Followers

Friday, January 2, 2015

Cinta Bola 3



Putra masih leka memerhati gadis  yang berdiri kaku ditengah jalan. Kepalanya sahaja memandang kiri dan kanan. Putra gigit bibir kemudian menggaru kepala mencari idea untuk mendapatkan nombor telefon gadis tersebut. ‘Telefon dia,’ Putra tersenyum dan terus berjalan laju menghampiri gadis tersebut. Putra sengaja melanggar tubuh gadis tersebut dengan kuat sehingga telefon ditangan gadis itu terjatuh.
            Syifa tergamam seketika apabila melihat telefon bimbit kesayangannya sudah berderai di lantai.
“Telefon aku...” Ucapnya lemah.
“Err...Sorry. sorry cik.. saya tak sengaja. Saya minta maaf..” Putra meminta maaf. Syifa tunduk mengutip  telefon bimbitnya yang sudah pecah skrinnya. Airmata mengalir tanpa dapat ditahan. Bekecai hatinya melihat telefon bimbit kesayangannya pecah. Telefon pemberian abangnya minggu lepas sempena hari lahirnya yang ke-23. Putra turut sama tunduk membantu Syifa mengutip serpihan telefon tersebut.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja,” Ucapnya dengan riak bersalah.
“Putra, kenapa ni?” Putra angkat kepala mendengar suara sahabatnya.
“Aku terlanggar dia dan telefon dia terjatuh.” Putra masih duduk mencangkung di hadapan Syifa yang sudah terduduk.
“Abang...macamana Syifa nak call abang,” Syifa berbisik halus. Airmata semakin deras mengalir dipipinya. Otaknya kosong. Dia hilang punca. Hendak memarahi lelaki yang melanggarnya sebentar tadi dia tiada daya. Akhirnya dia menangis.
“Awak..saya minta maaf. Saya akan gantikan telefon awak ni.”
“Tak nak.. saya nak telefon ni jugak.” Bentaknya halus. Beberapa saat kemudian Syifa terdiam. Baru dia sedar, ramai mata memandang ke arah mereka. Syifa berjalan perlahan menuju ke kerusi menunggu. Putra mengekori langkah Syifa.
“Putra, kita orang nak gerak ni. Nanti tertinggal bas pulak.” Suara Zali memanggilnya. Putra garu kepala.
“Takpe. Macam ni je. Awak pakai telefon saya. Saya akan betulkan telefon awak ni.” Putra tarik telefon dari tangan Syifa kemudian dia keluarkan kad sim telefon tersebut lalu dimasukan ke dalam telefon bimbitnya sendiri. Kemudian, dengan selamba Putra dail nombor telefonnya.
“Okey, saya dah setkan nombor telefon saya dalam ni. Nombor awak pun saya dah simpan. Nanti, kalau dah okey, saya akan call awak.” Syifa hanya terdiam. Merenung wajah Putra tanpa riak.
“Awak dengar tak ni? Awak guna telefon saya dulu ye. Saya nak cepat ni.” Putra berpaling apabila melihat jurulatihnya sedang bercekak pinggang memanggilnya.
“Assalamualaikum,” Putra berlalu namun beberapa langkah kemudian dia berpaling.
“Sorry. Siapa nama awak?” Putra bertanya selamba. Dalam hati sudah tergelak sakan melihat wajah gadis tersebut. Jelas sekali dia masih blur.
“Syifa,” Putra tersenyum lebar.
“Cantik nama awak. Saya Putra. selamat berkenalan. Jumpa lagi.” Syifa angguk kepala. Beberapa saat kemudian telefon ditangannya berdering.
“Syifa kat mana ni?” Syifa masih terdiam. Matanya masih merenung belakang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Putra sebentar tadi.
“Syifa....”
“Err...ye..Abang. Syifa kat depan ruang menunggu ni.. telefon Syifa rosak tadi. Ada orang langgar. Lepas tu dia gantikan dengan telefon dia. Dia bawa telefon Syifa pergi. Macamana ye bang?” Syifa menerangkan hal sebenar tanpa ditanya. Matanya masih memandang ke arah bas yang membawa lelaki tadi. Syifa ketuk kepala sendiri. Ketika berada di dalam kapal terbang tadi, dia terlalu malu untuk meminta tandatangan lelaki tersebut. Sebentar tadi pula, kerana terlalu sedih, dia terlupa lagi. Beberapa saat kemudian dia tersenyum.
“Tapi tadi dia bawak telefon aku??? errkk... Macamana boleh tak perasan ni? Aduii... Syifa..Syifa...” Syifa ketuk kepala sendiri. Mengenang kecuaiannya sendiri.

***************
p/s : Salam sayang semua... selamat membaca.. tajuk tu, nanti saya akan ubah.. masih dalam pencarian tajuk yang sesuai.

3 catatan:

eija said...

sbug lg kak.. syifa yg blur..

Unknown said...

Akhirnya smbg jugak Cinta Bola ni... lama tunggu.. tp n3 pendek sgt la.. . X puas.. Kasi pnjg sikit nxt n3 bole? :)

MaY_LiN said...

kairaaa
smbg lg eh