Hari ni, sudah 4 hari aku terlantar di hospital.
Bermakna, sudah 2 hari aku tak turun kerja. Morning
sickness aku memang teruk, langsung tak dapat menjamah makanan sehingga aku
terpaksa bermalam di wad dan dimasukkan air. Ishamudin tetap setia menemaniku.
Perlahan aku buka mata melihat sekeliling bilik yang berwarna putih itu.
Ishamudin sedang membaca buku di sebelahku.
“Sayang dah bangun?” Aku angguk kepala lemah. Ishamudin cium dahiku.
Tangannya mengusap rambutku. Matanya merenung sayu padaku. Airmatanya mula
bergenang. Aku tersenyum lemah. Ahhh...suami aku dah buat perangai pulak.
Lelaki macho ni dah pandai menangis.
“Abang janganlah nangis. Nanti Mawar nangis jugak. Siapa yang nak pujuk
siapa?” Ishamudin tergelak dan ketuk kepala aku perlahan. Aku tersenyum lebar.
Itu baru dirinya yang sebenar. Aku gosok dahiku dan pura-pura mengaduh
kesakitan.
“Abang tak tahu macamana nak tolong sayang.” Ucapnya lemah.
“Mawar dah rasa bahagia jika abang sayangkan Mawar,” Aku cium tangannya.
Ishamudin tersenyum.
“Selama ni abang memang sayangkan Mawar.” Aku angguk kepala. Aku percaya
dia cintakan aku.
“Kasih sayang abang buat Mawar kuat untuk melalui semua ini.” Dia tersenyum
dan sekali lagi dahiku dikucupnya.
“Macamana hari ni? Okey tak?”
“Okey sedikit dari semalam. Tapi, perut Mawar laparlah.” Aku sentuh
perutku. Dia geleng kepala.
“Sekarang belum waktu makan lagi.” Aku angguk kepala.
“Kalau macam tu, nak makan abang boleh?” Aku bertanya serius. Ishamudin
kerutkan dahi. Itupun buat dia pening.
“Lapar sangat ke? Nak abang beli roti?” Aku geleng kepala.
“Atau sayang nak abang cium?” Dia angkat kening sambil mendekatkan wajahnya
ke wajahku. Aku menolak wajahnya.
“Isk...Abang ni, tak malu ke? Nanti orang tengok,” Marahku. Padahal, aku
tak kisah pun. Sebab, kami berada di dalam bilik. Teman sebilik aku tadi pergi
buat check up kat bawah.
“Bagi abang kiss sikit je. Dah lama puasa ni,” Bisiknya perlahan sambil
tangannya sudah berada di belakang tubuhku sehingga menyebabkan badanku
terdorong ke depan. Aku pukul dadanya. Ishamudin tersenyum menggoda. Aku
tertawan dan merelakan dia mencium pipiku. Ketika dia hendak mencium bibirku,
pintu bilik diketuk dari luar.
“Ehemmm,” Aku tersipu malu. Ishamudin pula garu kepala yang tidak gatal.
“Sorry. Errr..Isteri saya pergi mana tadi?” Aku pukul lengan Ishamudin. Tak
pasal-pasal kena tangkap basah dengan suami perempuan yang sama bilik dengan
aku tadi.
“Err...Dia pergi jumpa doktor kat bawah,” Aku menjawab gugup.
“Terima kasih.” Dia terus keluar. Aku cubit geram lengan suamiku. Dia
tayang riak selamba. Memang tak tahu malulah suami aku ni.
“Abang ni, buat malu orang je,” Marahku.
“Iskk...apa pulak nak dimalukan. Kita dah kahwin. Masih dalam mood honeymoon pulak tu. Tak sangka,
abang ni hebat jugakkan.” Dia angkat kening. Aku kerutkan dahi.
“Hebat? Pasal apa? Kalau pasal nak ambil kesempatan tu, abang memang nombor
satu,” Kutukku selamba. Dia menjegilkan matanya. Aku buat tak kisah.
“Nak kena lagi? Abang belum sempat lagi nak kiss sayang tadi,” Aku
mencebik.
“Abang, berapa hari abang nak cuti ni? Nanti, berlambak kerja abang kat
kilang tu,” Dia geleng kepala.
“Abang dah settle semua kerja
yang tertunggak minggu lepas. Sebab, abang dah nampak sayang macam tak sihat.
Jadi, senang sikit kalau nak cuti emergency.”
Jawabnya tenang. Aku angguk kepala.
“Sayang,” Ishamudin angkat kening. Aku kerutkan dahi. Apa pulak kali ni.
Jari telunjuknya menyentuh bibirnya. Erkk..Belum habis lagi rupanya. Aku
pandang kiri dan kanan. Line clear.
Aku angguk kepala. Ishamudin tersenyum lebar dan terus memaut kepalaku dan
meragut lembut bibirku. Nak buat macamana kalau hati dah rindu. Aku layan
jelah. Perlahan tanganku menolak dadanya. Terasa seperti diperhatikan.
“Kenapa?” Aku gigit bibir lantas tunduk merenung jari jemari sendiri.
“Abang ni memang romantik tak bertempat. Terkejut beruk adik tadi. Dapat
tayangan free pulak tu. Nasib baik, adik datang sorang,” Isha geleng kepala.
Aku cubit paha suamiku.
“Abang rindu sangat kat isteri abang ni,” Ishamudin menjawab selama.
Tangannya seperti biasa. Memang asyik melekat dipinggangku.
“Mawar, ni, mak kirim bubur ayam. Dia tahu kau tak selera nak makan makanan
kat hospital ni.” Aku tersenyum lebar. Terus aku hulurkan tangan pada Isha
untuk menyambut bekas bubur tersebut.
“Abang suapkan,” Gembira tak terkata bila orang tersayang menawarkan diri
untuk menyuap. Aku cium pipinya. Ishamudin geleng kepala.
HARI ke-lima, aku dibenarkan keluar. Walaupun,
masih lemah, tetapi selera makanku sudah meningkat. Aku diberi cuti sehingga
hari jumaat.
“Sayang, abang pun nak cuti jugak,” Suami aku dah buat hal lagi. Ada jugak
yang nak kena balun dengan bantal kejap lagi.
“Abang, kalau abang tak turun kerja jugak, nanti hujung bulan kita ni nak
makan apa? Siapa nak cari duit untuk belanja?” Aku marah dia cukup-cukup. Ikut
suka hati dia je nak turun kerja atau tidak. Ingat kilang tu dia yang punya.
“Ala..duit simpanan abang tu masih cukup untuk kita.” Aku mengeluh. Cik
abang aku ni memang tak makan saman tau.
“Kalau macam tu, abang duduk kat rumah, Mawar pergi kerja. Rimas tau asyik
duduk kat rumah. Sudahlah takde kawan, asyik duduk je. Mak pun tak benarkan
Mawar buat kerja. Dah macam puteri raja pulak.”
“Okeylah tu. Abang ni putera raja.”
“Ermm..Raja Gopal.” Dia tergelak.
“Kalau abang turun kerja, nanti abang rindu kat sayang. Macamana?” Aduh!!!
Parah dah macam ni.
“Abang call Mawar. Kita 3G.” Dia angguk kepala.
“Okey.” Tak sangka pulak suami aku ni manja terlebih. Nampaknya, lelaki
garang dulu dah jadi budak manja. Macamana aku nak bermanja dengan dia? Sabar
jelah.
*****************
“Yang ini okey,” Aku geleng kepala.
“Yang itu seksi sangat.”
“Okeylah tu. Pakai waktu dengan abang je,” Aku pukul bahunya. Asyik nak
menggatal je orang tua ni.
“Mawar nak cari baju untuk pergi kerja, bukan untuk tidur sayangku.” Dia
tersenyum lebar.
“Sayangku? Ermmm...abang suka. Sayangku, kita beli baju ni khas untuk
sayangku ketika bersama abang,” Aku jengilkan mata padanya. Dia buat selamba.
Aduh!!! Dengan keadaan macam sekarang ni, kena pakai baju macam tu pulak. Sabar
jelah. Aku usap perutku. Sekarang kandunganku sudah masuk 5 bulan. Baju-bajuku
semuanya sudah tidak muat. Jadi, Ishamudin bawa aku keluar shopping baju
mengandung.
“Yang ini okey.” Aku tersenyum lebar bila melihat baju mengandung yang
tergantung di situ.
“Ye? Okey. Sayangku nak beli berapa pasang?” Erkk...aku geleng kepala.
“Beli 2 pasang dulu. Bulan depan beli lagi,” Dia terdiam sejenak.
“2 pasang? Mana cukup. Kita beli 4 pasang.” Aku mengeluh.
“Abang, tak payah membazir. Baju Kak Ana dan Kak Rina tu masih elok lagi.”
Ishamudin geleng kepala.
“Sayangku. Jangan degil okey. Abang ada duit lebih ni. Baju tu bukannya ada
tarikh luput. Lepas bersalin nanti, masih boleh di simpan untuk tahun depan
pulak.”
“Hah!!!! Tahun depan?” Dia angguk kepala sambil tangannya dengan tangkas
menanggalkan penyakut pakaian tersebut.
“Cik, ambil yang warna merah jugak.” Aku geleng kepala. Semuanya 5 pasang.
“Abang kena simpan duit untuk anak kita nanti. Janganlah boros sangat,” Dia
tersengih.
“Takpe. Kalau tak cukup jugak, kita jual balik buku-buku sayang tu,”
Terbeliak mataku mendengar cadangannya.
“Hah!!! Mana boleh. Mawar sayang semua buku tu tau.” Dia mencebik.
“Kalau sayang baca buku tu, abang kat sebelah pun sayang buat tak nampak,”
Alamak!!! Aku gigit lidah sendiri. Memang pun. Tabiat membaca novel tu memang
tak dapat dibuang. Cuma sekarang ni, aku mula belajar membaca buku-buku ilmiah
pulak. Ishamudin suruh aku baca buku-buku agama dan setiap malam dia rajinkan
diri membaca buku untuk anakku. Katanya, kena biasakan anak sejak dari dalam
perut lagi. Sambil itu, telefon pun
penuh dengan mp3 surah-surah pendek. Untuk memudahkan aku dengar tak kira di
mana sahaja.
“Siapa cakap. Kalau abang nak tahu, melalui novel tu, Mawar jadi romantik
tau.” Aku melirik manja padanya. Ishamudin geleng kepala.
“Tak percaya. Abang patut mula baca novel cinta tau. Melalui novel tu,
abang dapat menyelami hati perempuan. Apa yang perempuan suka dan apa yang kami
tak suka. Tapi, lelaki pandang remeh tentang tu.” Ishamudin kerutkan dahi.
“Macamana novel boleh terangkan hati perempuan?”
“Novel cinta ni ramai penulis wanita. Apa yang terlintas dihati dan fikiran
mereka, mereka luahkan di dalam novel. Mereka mahu lelaki layan mereka
bagaimana. Apa yang buatkan perempuan terasa hati. Apa yang perempuan tak suka.
Semuanya terungkap di dalam novel tau.” Ishamudin mendengar dengan tekun.
“Jadi, apa yang perempuan inginkan dari lelaki?” Aku terdiam. Apa yang
perempuan nak dari lelaki?
“Bergantung pada setiap wanita. Lain orang lain yang mereka nak. Tapi,
kebanyakannya, kaum perempuan inginkan pelindung atau tempat bergantung bagi
memastikan mereka selamat. Minta diberi perhatian. Disayangi dan tak mahu
dilukai.” Ishamudin angguk kepala.
“Yang itu, semua lelaki tahu. Tak perlu baca novel pun.”
“Memang mereka tahu, tapi tak melaksanakannya. Bila nampak perempuan
berdikari, mereka lepas tangan.” Ishamudin pandang wajahku.
“Abang macam tu ke?” Soalnya. Aku tersenyum.
“Abang terlebih prihatin.” Aku tergelak. Dia besarkan matanya.
“Lepas ni kita terus balik ye. Kaki Mawar dah sakit ni.” Sejak mengandung
ni, aku tak larat untuk berdiri lama.
“Okey.”
*********************
KELUAR dari tandas aku tersentak bila namaku dipanggil kuat. Lantai tandas
ini pula agak licin.
“Mawarrrr...”
Aku pejam mata bila terasa badanku hampir terjatuh. Namun aku mengeluh lega
bila tubuhku dipeluk seseorang.
“Sayang tak apa-apa?” Aku buka mata perlahan. Wajah risau Ishamudin menyapa
mataku.
“Mawar ok. Bila abang sampai?” Aku bertanya pelik. Tadi, aku tak nampak dia
di dewan makan. Sejak mengandung ni, aku selalu berulang alik ke tandas. Asyik
nak terkucil je. Tak sangka pulak tadi aku hampir terjatuh sebab lantai depan
tandas tu licin.
“Sayang, boleh tak hati-hati sikit berjalan tu. Nasib baik abang sempat
sambut sayang tadi.” Aku tersengih.
“Maaf.” Aku buat muka kasihan. Dia gigit bibir. Geramlah tu.
“Mawar jangan ambil mudah tentang keselamatan Mawar. Kalau kebetulan abang
ada di sisi Mawar, dapat juga abang jaga Mawar. Kalau ditakdirkan abang pergi
jauh, siapa nak selamatkan Mawar?” Marahnya. Terkebil-kebil mataku kena marah.
Bila dia marah hilanglah panggilan sayangnya padaku.
“Abang nak pergi ke mana? Abang memang selalu ada di sisi Mawar. Tak kira
jauh mana pun abang pergi, abang mesti balik bila Mawar panggil.” Aku peluk
lengannya sambil tersenyum manis. Ishamudin mengeluh.
“Macamana abang nak nasihatkan bakal mak budak ni?” Aku tersengih. Kami
masuk ke dalam production. Ketika
Ishamudin buka pintu untukku, aku melepaskan pelukan di lengannya. Tak nak
nanti di tengok oleh pekerja lain tu. Mesti mereka mengata aku ni manja sangat
dan suka menunjuk sayang aku pada Ishamudin. Aku pernah dengar mereka mengumpat
tentang aku. Aku tahu mereka cemburu sebab aku kahwin dengan Ishamudin yang handsome ni. Tapi, semua itu pekerja
baru jelah dan juga sekutu-sekutu Ilyana tu.
“Kenapa?” Ishamudin
“Tak ada apa-apa,” Aku berjalan selamba di sebelahnya.
“Kenapa abang tengok sekarang ni, sayang dah tak suka nak peluk abang masa
kat kilang ni. Dah jemu ye?” Duganya. Aku mencebik bibir.
“Abang pun sama,” Dia tergelak.
“Eleh...Setiap kali abang peluk sayang, tentu sayang tolak. Baru berniat
nak peluk, sayang dah lari jauh. Sudahlah masa kat rumah tu sikit je sayang
habiskan masa dengan abang,” Mengadu pulak dia. Mana sempat nak layan dia.
Sambil menolong ibu mertuaku mengemas rumah dan mencuci pakaian, aku juga
menghabiskan masa membaca novel dan buku-buku ilmiah.
Masa untuk Ishamudin
memang terhad. Di kilang pulak, aku sibuk sejak order semakin meningkat sekarang ni.
“Tak selesalah.” Aku menjawab lemah dan terus duduk di kerusiku. Ishamudin
masih setia menemaniku.
“Abang balik lah ke tempat kerja abang tu. Nanti orang tengok kita lepak
kat sini. Nanti mereka cakap yang Mawar ni tak kerja, asyik memadu asmara
dengan abang,” Aku meluahkan rasa tidak senangku. Walau cuba di kawal untuk tidak
memikirkan tentang kata-kata yang menyakitkan hati oleh mereka-mereka yang
benci melihat kami berdua bersama, namun hati ini tetap terasa bila ada yang
berani menyindir.
“Biarlah mereka semua tu. Kita bukan mengganggu mereka.” Aku mengeluh lagi.
“Memang tak ganggu mereka, tapi, tak naklah menimbulkan rasa tak puas hati
mereka. Biar bersederhana. Kalau kat rumah, Mawar tak kisah. Tapi, kalau kat
luar, kena kurangkan ye.” Dia terdiam.
“Okey. Syarat, sayang kena lebihkan masa untuk abang. Lagi satu, jangan
kuat sangat bekerja. Sayang sekarang ni semakin rajin. Di rumah bekerja, di
kilang bekerja.” Aku tersenyum.
“Abang jangan risaulah. Sekarang ni, kandungan Mawar dah ok.” Kami berdua
berpaling ke arah suara rakan-rakanku yang baru masuk.
“Sham, kenapa dengan Mawar kali ni?” Aku tersengih.
“Macam biasa. Dia hampir terjatuh kat depan tandas tu tadi.” Semua mereka
merenung tajam padaku.
“Lantai tandas tu licin. Bukan salah Mawar pun.” Aku berdalih. Mereka hanya
mampu geleng kepala.
***************************
p/s : Selamat membaca semua. selamat hari raya maaf zahir dan batin.. maaf sebab lmbt post new entry. lama betul nak habiskan.. sabar ye.. tak lama lagi habis lah ...
5 catatan:
Best! Rindu ngn Mawar...
Salam Aidilfitri, cik Writer
Maaf zahir & batin
kaira!!!!!
nak lg nak lg
:)
Lama tak up entry baru. Menanti nie......
Akak nk lgg
Lama nya nk update!urghhhh!come onnnnnnnn
Post a Comment