Followers

Thursday, June 19, 2014

Relaku Pujuk 52



“Seorang isteri Isham, seorang lagi bekas tunang dia. Berkawan baik ye?” Aku kerutkan dahi. Ini perempuan gedik yang tak henti-henti nak mengorat Ishamudin. Sejak bila dia aktif balik nak mengorat suami aku ni. Ketika itu, aku duduk makan dengan Kak Diah. Walaupun, Kak Diah masih tak banyak cakap, tapi, aku tetap nak berkawan dengannya.
“Kenapa? Kau cemburu?” Kak Diah bertanya sinis.
“Buat apa saya nak cemburu. Mana tahu, awak dan isteri Isham ni nak bercinta dibelakang Isham tu. Nanti, bolehlah saya masuk line. Yelah, isteri dan bekas tunang dia bercinta. Tentu gempakkan.” Dia ketawa besar. Aku kerutkan dahi. Perempuan ni bercakap ikut sedap mulut dia je. Entah apalah yang dia merepek tu.
“Ye ke? Aku rasa kau berangan je nak dekat dengan Isham tu. Kat mata dan hati dia hanya ada nama isteri dia. Jangan nak bermimpi di siang hari.” Kak Diah membelaku? Terharunya. Aku tahu Kak Diah ni baik sebenarnya.
“Yelah. Sekarang kamu berdua semakin rapat. Pn.Mawar tak tahu ke, perempuan ni suka kaum sejenis?” Aku gigit bibir. Apa masalah perempuan yang sorang ni. Aku tak kisahlah tentang hal peribadi dia. Sekarang dia sudah berkahwin dan aku yakin, dia cuba berubah. Mengapa harus dia dipandang hina? Takde ruangkah untuk mereka bertaubat?
“Awak ni kenapa? Kenapa awak nak memburukkan orang lain?” Aku berang.
“Buat apa saya nak burukkan nama orang yang memang buruk pun. Kalau dah les tu, sampai bila-bila pun macam tu,” Kutuknya. Kak Diah terdiam.
“Dan, awak. Kalau tak kerana dia kena tangkap basah dengan kekasih gelap dia, takdenya awak kahwin dengan Ishamudin tu.” Aku tersentak. Kekasih gelap?
“Awak ni kenapa? Nak memfitnah orang je.” Aku pulak meninggi suara. Semakin ramai orang berkumpul di situ.
“Saya rasa awak tak tahu ye. Dia kahwin dengan suami dia sekarang ni sebab nak tutup malu keluarga dia je. Benda tak baik macam tu, lambat laun akan terbongkar jugak. Tapi, tak sangka pulak, awak ni perempuan murahan. Sanggup jadi pengantin terjun. Yelahkan. Siapa nak tolak peluang dapat kahwin dengan lelaki handsome.” Aku gigit bibir. Tapi, hari tu, Ishamudin bagitahu aku, Kak Diah kena tangkap basah dengan suami dia yang sekarang ni? Yang mana satu betul ni?
“Awak tak percaya? Kalau awak nak tahu, bekas kekasih Isham tu les...sama macam bekas tunang dia ni. Dan, tak mustahil awak pun macam mereka jugak.”
Panggg.....
            Aku tersentak. Wajah Kak Diah merah menyala. Aku terdiam.
“Kalau kau nak hina aku, aku tak kisah. Sebab, kenyataannya, aku memang macam tu. Kalau pun kau nak merampas Isham tu, gunalah akal sikit. Kau mencemuh isteri dia seperti kau menjatuhkan maruah Isham. Kau ingat dengan buat begitu, Isham akan sukakan kau? Beranganlah kau. Perempuan gedik macam kau tu ada hati nak dekat dengan Isham. Cermin muka tu dulu. Sudahlah muka tak cantik, perangai menggedik. Mulut pulak busuk. Hati lagilah busuk.” Aku menahan tubuh Kak Diah yang hendak memukul gadis tersebut.
“Kak, sudahlah. Malulah orang tengok tu,” Aku menenangkannya.
“Yang awak bela sangat perempuan ni kenapa? Memang dia kekasih gelap awak,kan?” Gadis itu masih belum puas mengapi-apikan Kak Diah. Aku mengeluh lagi. Kalau aku lepaskan Kak Diah ni, lagilah haru. Tak pasal-pasal, mereka bertumbuk dekat sini. Kenapalah mereka ni asyik nak memalukan kaum hawa? Bergaduh pasal lelaki.
“Mawar...” Aku berpaling ke arah Kak Onah dan rakan-rakanku yang lain.
“Hei..perempuan, baik kau masuk ke office tu sebelum aku sumbat kau dalam tong sampah tu,” Kak Mila tunding jari pada perempuan tadi. Aku tak tahu siapa nama dia.
“Ini tempat awamlah,” Marahnya dan masih tidak berganjak. Aku gigit bibir. Perempuan ni memang celupar mulut dia.
“Tau pun. Kalau nak bertanding berdebat pergi kat tempat lain. Kat sini orang nak menghadap rezeki, bukan nak dengar kau bercakap perkara yang bukan-bukan tu.” Kak Onah menyampuk. Aku mendiamkan diri. Perempuan itu merenung sinis padaku. Tentu dia marah sebab, kawan-kawan aku semua membelaku.
            Dia tersenyum sinis dan terus melanggar tubuhku dengan kuat sehingga aku jatuh terduduk. Nasib baik, aku sempat berpaut pada kerusi dan dengan perlahan aku duduk di atas lantai. Tiba-tiba perutku terasa sakit. Aku gigit bibir menahan sakit perutku.
“Mawar, kenapa ni?” Aku geleng kepala. Tanganku menyentuh perut dan aku berusaha untuk berdiri.
“Takde apa-apa kak.” Aku terus duduk di kerusi.
“Sayang, sayang tak apa-apa?” Aku tersenyum tawar bila Ishamudin memeluk tubuhku.
“Perut Mawar sakit,” Aduku. Entah bila Ishamudin sampai.
“Hah!! Sakit perut? Ya Allah. Kita ke klinik ye,” Ishamudin terus mencampung tubuhku dan membawa ku pergi. Aku sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
            Ishamudin meletakkan tubuhku di atas katil dengan perlahan. Pipiku disentuh lembut.
“Sabar sayang.” Aku pejamkan mata. Kenapa tiba-tiba perut aku sakit sangat ni. Aku salah makan ke?
“Doktor. Tolong check isteri saya ni? Tiba-tiba je sakit perut,” Aku gigit bibir menahan sakit. Lama doktor tersebut membuat pemeriksaan keatasku.
“Saya tak pasti sangat tentang ni. Lebih baik awak bawa dia ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.”
“Jadi, doktor tak tahu penyakit dia?” Ishamudin bertanya marah.
“Maaf. Saya ni cuma check pesakit biasa-biasa je.” Ishamudin berdengus kasar. Dia menghampiriku semula.
“Mawar, kita pergi hospital ye?” Aku geleng kepala. Mungkin lepas berehat sekejap nanti, okeylah tu.
“Takpe bang. Agaknya, Mawar tersalah makan,” Aku berusaha untuk berjalan.
“Tak kira. Lepas ni, pergi jumpa Kak Onah atau Madam. Kita balik. Abang tak sanggup tengok sayang sakit macam ni.” Aku angguk kepala. Tiada guna hendak membantah.

**************************

“Terima kasih sayang,” Ishamudin tersenyum-senyum. Sebelah tangannya masih setia menggenggam erat jemariku. Sekali-sekali diciumnya. Aku geleng kepala. Sejak keluar dari hospital tadi, senyum manis terukir dibibinya.
“Sama-sama kasih.”
“Tak sabar nak tunggu dia lahir. Tentu comel macam ayah dia,” Aku mencebik. Hilang rasa sakit bila mendengar berita baik tersebut. Aku tergelak bila mengingatkan telatah suamiku ketika diberitahu tentang kandunganku tadi. Sampai melompat pak cik sorang ni. Tak malu betul. Tahulah dia happy, tapi cubalah kawal sikit. Ini tidak, selamba je dia melompat kat dalam bilik tu. Nasib baik, bilik tu tertutup. Doktor perempuan yang merawat aku tu hanya tersenyum.
“Kejap lagi nak call mak kat kampung, lepas tu nak bagitahu Zam. Dia kata, kalau Mawar  mengandung dalam tahun ni, dia bagi hadiah kat abang,” Aku kerutkan dahi.
“Apahal pulak Abang Zam nak bagi hadiah kat abang? Sepatutnya, dia bagi hadiah kat Mawar.” Ishamudin tersengih.
“Sebab abang dah buktikan kelakian abang,” Ishamudin angkat kening. Aku mencebik.
“Takpe. Orang nak minta hadiah dari orang yang buat Mawar jadi macam ni,” Ucapku selamba.
“Ermmm...Cakap je, sayang nak apa. Abang akan bagi,”
“Betul?”
“Betul.”
“Tak menyesal?”
“Apa saja untuk isteri abang ni.”
“Kalau macam tu, Mawar nak abang tidur kat luar untuk seminggu ni,”
“Hah!!! Tidur kat luar? Kenapa?”
“Hadiah untuk Mawar.”
“Isk..Merepek je. Tu bukan hadiah. Tu mendera namanya. Janganlah sayang. Nanti abang kebulur nak peluk sayang,” Dia merengek.
“Memang Mawar nak dera abang. sebab...”
“Sebab apa? Kalau abang ada buat salah, abang minta maaf,” Ishamudin tarik tanganku.
“Abang tipu Mawar tentang Kak Diah.” Wajahnya berubah suram.
“Tipu? Apa yang abang tipu?” Ishamudin kerutkan dahi.
“Dia kena tangkap basah dengan bekas kekasih abang,kan?”
“Siapa yang cakap?”
“Tadi tu...budak sengal yang cari pasal dengan Mawar dan Kak Diah tadi.” Ishamudin geleng kepala.
“Ya Allah....bukan macam tu. Sebenarnya, memang Suri perangkap Diah untuk berjumpa dengan dia. Lepas tu, dia upah lelaki untuk perangkap Diah. Lelaki tu, sebenarnya memang dah lama sukakan Diah. Kan hari tu abang dah cakap. Lelaki tu bukan orang lain pun, sepupu dia sendiri.” Aku termangu.
“Jadi bukan salah Kak Diah?” Ishamudin angguk kepala.
“Habis tu kenapa abang tak nak kahwin dengan Kak Diah?” Tiba-tiba kesian dengan nasib Kak Diah.
“Sebab abang tak yakin abang dapat terima dia setelah abang kenal Mawar.”
“Dalam hal ni, sebenarnya, abang yang bersalah?” Dia angguk kepala.
“Kalau Mawar nak kata itu salah abang. Abang terima. Semua sebab, abang dah jatuh cinta pada Mawar dan abang tak nak kehilangan Mawar,” Aku gigit bibir.
“Abang pentingkan diri sendiri.” Marahku.
“Abang dah jumpa lelaki tu. Dia mengaku nak kahwin dengan Diah. Dia mengaku yang dia cintakan Diah. Bila mendengar kesungguhannya, abang tahu itu yang terbaik untuknya. Sedangkan, ini sahaja caranya untuk abang putuskan pertunangan dengan Diah.” Jelasnya.
“Bagaimana kalau Mawar menolak untuk berkahwin dengan abang?”
“Abang batalkan majlis tu. Dan pikat Mawar supaya jatuh cinta pada abang,” Aku geleng kepala.
“Tapikan bang, betul ke Kak Diah tu errr...les....” Aku takut untuk bertanya. Rasanya, aku selalu sangat dengar tentang tu, jadi aku kena tanya jugak. Tak mahu lagi salah sangka. Ishamudin angguk kepala.
“Selama ni abang tahu?”
“Abang baru tahu sebelum kami bertunang. Dia nak berubah. Jadi abang bagi peluang untuk dia,” Aku angguk kepala. Baik hati juga suami aku ni. Tapi, orang kata, lelaki baik hati orang selalu ambil kesempatan.
“Abang nak saman perempuan yang tolak sayang tadi,” Ishamudin tiba-tiba bersuara marah. Aku pandang wajahnya.
“Ehh...Tak perlulah. Lagipun, Mawar tak apa-apa.” Aku genggam erat tangannya.
“Sayang, abang dah janji nak jaga sayang. Bila tengok sayang sakit tadi, abang rasa nak pengsan tau. Ya Allah ya Tuhanku, tak tahulah apa yang abang akan buat pada dia, kalau jadi apa-apa pada sayang,” Ishamudin usap pipiku. Nasib baik waktu itu, kami berhenti sebab lampu merah. Aku tarik tangannya dan cium.
“Lain kali, Mawar akan lebih berhati-hati. Abang jangan risau ye,” Aku tersenyum manis padanya. Dia tarik hidungku.
“Dengan perangai budak-budak Mawar tu, macamana abang tak risau. Lagi dilarang lagilah dia buat. Kan abang dah cakap hari tu, jangan rapat sangat dengan Diah tu. Tak dengar cakap isteri abang ni,” Ishamudin ketuk dahiku. Aku kecilkan mata sambil tanganku menggosok dahiku yang menjadi mangsa jari jemari kasar Ishamudin sebentar tadi.
“Abang, tak baik tau buat dia macam tu. Dulu abang pernah bagi peluang untuk dia berubah. Kenapa sekarang abang nak halang Mawar dari tolong dia?”Ishamudin mengeluh.
“Abang takut Mawar terikut-ikut perangai dia?” Dia geleng kepala.
“Bukan. Entahlah. Susah abang nak terangkan. Tengok, setiap kali sayang dekat dengannya, mesti ada sahaja perkara yang terjadi. Nasib baik abang tak jadi keluar tadi. Kelam kabut abang keluar dari makmal tadi tau.” Aku gigit bibir.
“Maaf.”
“Takpe. Jadi, malam nanti abang boleh tidur dengan sayang?”
“Ermmm...tengoklah macamana. Kalau mood Mawar okey. Boleh. Kalau tak okey, terpaksalah abang tidur kat luar.” Aku menjawab selamba. Ishamudin gigit bibir menahan geram.
********************************
“Ya Allah, Mawar. Jangan berlari. Budak ni, nak kena azan kat telinga tu sekali lagi agaknya. Tu, suami kau dah bagi jelingan maut,”Aku memperlahankan larian dan akhirnya aku berjalan perlahan. Aku pandang ke arah yang di tunjuk oleh Kak Mila sebentar tadi. Ishamudin pandang aku dengan tajam sekali. Ditangannya terdapat pinggan dan gelas. Kecut perut bila melihat wajahnya saat itu. Entah bila cik abang aku tu berdiri kat tiang tu. Dadaku berdegup kencang apabila semakin menghampiri Ishamudin.
“Isteri kamu ni, Sham. Susah nak cakap. Dah berapa kali orang larang dia, jangan berlari. Mawar, jangan berlari. Masih jugak macam tu,” Giliran Kak Kate menyampuk. Aku tersengih cuba memujuk suamiku dalam diam. Banyaknya bodyguard suami aku ni.
“Sebab tu saya rasa, saya nak ikat kaki dia. Suka sangat berlari.” Aku buat muncung itik kat depan dia.
“Kalau Mawar berjalan macam kura-kura, bila nak sampai? Lepas tu nak kena berebut lagi dengan pekerja lain. Nanti kebuluran pulak saya ni,” Aku berpeluk tubuh membelakangi suamiku.
“Takdenya suami kau nak biarkan kau kebulur Mawar sayang. Dia dah siap order untuk kau tadi. tu ha..kat tangan dia tu,” Aku terus berpaling bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kak Onah.
“Iye?”
“Iye. Dia,kan rehat awal tadi.” Ishamudin masih tayang wajah tak puas hatinya padaku. Bila dia terlalu prihatin, terharu rasanya. Ini yang buat aku makin sayang kat suami aku ni. Dengan selamba aku peluk tubuh Ishamudin. Ishamudin mengangkat tinggi pinggan yang berisi nasi bagi memudahkan kau memeluknya.
“Abang jangan marah ye? Tadi tu, tak sengaja,” Aku tersengih macam kerang busuk. Hahahhaa...kalau nak pujuk dia, kenalah buat muka comel.
“Dah tak marah lagi?”
“Marah sikit. Lain kali jangan berlari. Ingat anak abang kat dalam tu,”
“Yelah. Anak abang sorang.” Rajukku.
“Marah pulak dia. Tapi, masih sudi nak peluk abang?” Usiknya. Aku tidak menghiraukannya.
“Baby kat dalam ni rindu nak peluk abah dia,” Ciptalah alasan. Walau hakikatnya, aku yang rindu kat dia. Ishamudin geleng kepala.
            Kami melangkah ke meja makan. Setelah rakan-rakanku sampai, barulah Ishamudin beredar.
“Kak Onah, tolong tengok-tengokkan isteri saya ni. Dia selalu lupa yang dia tu mengandung.” Pesannya. Aku mencebik.
“Beres,” Aku tarik tangannya.
“Kenapa?”
“Abang dah nak masuk?” Dia angguk kepala.
“Jadi, abang tak nak temankan Mawar makan?” Soalku sedih. Dia geleng kepala dan tersenyum.
“Sayang ni, nak buat drama pulak kat kilang ni. Masa rehat abang dah  habis. Abang sengaja rehat awal supaya senang nak order makanan untuk sayang dan sayang tak perlu nak berebut dengan mereka semua tu,” Aku angguk kepala. Sedih jugak sebab dia tak temankan aku rehat.
“Bertuahnya ada orang baik hati macam Isham. Mawar, lain kali tak payahlah kau nak berlari maraton dalam kilang ni. Kandungan kau tu, tak sihat sangat,kan?” Aku angguk kepala. Memang doktor dah pesan supaya aku tidak terlalu banyak bergerak. Memandangkan ini kandungan pertama aku, jadi aku dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja berat.
“Tak dapatlah nak tolong kakak-kakak semua.” Mereka geleng kepala. Kebiasaannya, aku yang juara berlari kat adalam kilang ni. Sekarang dah pencen.
“Takpe. Kau dah tolong kita orang kalau kau jaga baby kau tu elok-elok.” Aku angguk kepala.
“Kak, kenapa tak nampak Kak Diah ye?” Aku hairan kerana sejak seminggu ni, tak nampak lagi wajahnya.
“Dia dah tukar bahagian.”
“Tukar bahagian? Kenapa?”
“Manalah orang tahu. Biarlah.”
“Saya nak ucap terima kasih sebab dia tolong saya hari tu,” Aku pandang sekeliling.
“Dia minta maaf kat kau hari tu. Dia takut nak jumpa kau dan Isham. Dia rasa bersalah. Disebabkan dia, macam-macam perkara yang terjadi kat kau,” Aku terdiam.
“Saya tak ambik hati pun. Okeylah. Kalau dia selesa macam tu, saya berdoa semoga dia sentiasa bahagia. Saya kesian tengok dia je.”
“Tak payah fikir tentang orang lain. Lebih baik kau fikir tentang diri sendiri. Isham tak kisah kau masih bekerja?” Kak Mila bertanya.
“Dia tak kisah pun.”
“Ye ke? Nampak macam dia sayangkan kau. Tapi, pelik pulak. Dia tak suruh kau berhenti bekerja?” Aku kerutkan dahi.
“Saya yang tak nak berhenti. Saya masih larat nak kerjalah kak,” Memang aku dah cakap kat Ishamudin, selagi aku mampu bekerja, aku akan bekerja.
“Tapi,kan elok kalau kau duduk rumah je,” Aku tersenyum. Kalau boleh, selagi mampu, aku nak bekerja.
“La..kalau saya berhenti bekerja, nanti ada orang rindukan saya. Siapa yang susah?” Aku angkat kening pada mereka.
“Yelah Kate. Kalau Mawar berhenti bekerja, siapa nak usik kita orang lagi,” Kak Sally pula menjawab.
“Aahh...Kalau budak sorang ni takde. Sunyilah hidup aku.” Kak Mila gosok kepalaku. Aku tersengih.
“Kak, minggu depan Abang Asran balik,kan?” Tiba-tiba aku teringat pada Abang Handsome. Lama dah tak jumpa dia. Kalau dia tahu aku dah mengandung, tentu dia bagi hadiah kat aku. Huhuhuhu...tak malu. Asyik berangan je.
“Rasanya minggu depan. Tapi, tak tahu pulak kalau mereka sambung lagi untuk sebulan.”
“Tak mungkin mereka sambung lagi.”
“Manalah tahu.”
            Kami terus berbual sambil tangan tetap bekerja. Aku angkat muka sebaik sahaja ternampak kelibat En.Haikal. Dah lama aku tak nampak dia. Makin handsomelah En.Haikal ni. kalau suami aku tahu aku puji lelaki lain, memang ada yang kena tidur kat luar. Hahhaa..rasanya, Ishamudin tak sanggup nak suruh aku tidur kat luar.
“Mawar, tahniah!!” Aku tersentak. En.Haikal berdiri dihadapanku. Aku angkat muka dan tersenyum padanya.
“Terima kasih En.Haikal. Tahniah je? Hadiah mana?” Aku memang tak tahu malu. Huhuhu...mereka yang lain geleng kepala. En.Haikal tergelak. Aku suka bila dia sudah mampu tergelak.
“Kalau saya bagi hadiah, nanti suami awak marah pulak.”
“Iskkk...Abang Isham tak kisah pun. Dia tahu, cinta saya untuk dia je,” Aku pernah bertanya pada Ishamudin tentang hubungan aku dengan En.Haikal. Dia tak kisah asalkan niat aku hanya untuk berkawan dengannya. Lagipun, katanya, dia tahu cintaku hanya untuk dia.
“Nantilah. Kalau saya belanja awak makan kat luar?” Aku tersentak.
“Alamak!! Kalau itu, memang dia tak benarkan. Huhuhu..” Aku buat muka sedih. En.Haikal geleng kepala.
“Mawar...Mawar... perangai masih tak berubah.” Aku tersengih.
“En.Haikal, lama tak nampak. Ke mana menghilang?” Kak Onah bertanya. En.Haikal hanya tersenyum.
“Saya banyak kerja kat BLC tu.” Kami angguk kepala. Kalau dia kat BLC, ada kemungkinan dia jumpa Sitah. Aku dah lama tak jumpa Sitah. Rindu pulak kat kawan aku seorang tu.
“En.Haikal, nanti, kalau jumpa kawan saya Sitah tu, kirim salam kat dia ye. Boleh minta nombor telefon dia tak? Saya dah tukar handphone, nombor dia pulak hilang.”
“Sitah? Ermmm...Yang keluar dengan awak masa kita tengok wayang dulu tu?” Aku angguk kepala.
“Okey. Nanti saya bagitahu dia. Awak nak hadiah apa tadi?” Aku tersengih.
“Tak kisahlah.” En.Haikal angguk kepala.
“Okey. Nanti saya cari hadiah apa yang sesuai. Saya pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Jangan nakal tau. Baby tu kena jaga.” Aku tersenyum senang. Aku sentuh perutku. Tak sangka usia kandungan aku sudah masuk 2 bulan.
“Mungkin betul En.Haikal tu memang ada hati kat kau dulu,kan?” Aku kerutkan dahi.
“Mana ada. Siapalah saya ni.” Aku merendah diri.
“Merepek je kau ni Mila.” Kak Kate geleng kepala. Aku mengeluh lega. Nasib baik Kak Kate menyangkal.
******************************
p/s : Selamat membaca semua...korang rasa okey tak cite camni? macam syok sendiri tak? hahhahaha.... nak buat macamana, itulah yg mampu otak saya hasilkan... korang layan jelah...

3 catatan:

Ziana Eunos said...

Best!!

MaY_LiN said...

nk lg
nk lg
nk lg
best je
tp klu wat part mawar n isham
banyaaaaaakkkkk banyak lg suka
hikhikhik

Anonymous said...

bila nk sambung nie?dh lma sye tunggu tau... :(