Followers

Monday, May 12, 2014

Relaku Pujuk 48



“Kita bermalam di hotel malam ni, nak tak?” Tiba-tiba aku dapat idea gila macam tu. Dia geleng kepala dan menolak dahiku.
“Nak goda aku?” Aku tersengih kemudian geleng kepala.
“Taklah. Saya nak pujuk awak je,” Aku tersenyum penuh makna.
“Tak payahlah. Kita jalan-jalan, lepas tu kita balik.”
“Betul awak tak nak bermalam di hotel ni?” Sengaja aku mengusiknya. Dia tersenyum dan geleng kepala.
“Yelah..siapalah kita ni.” Aku pura-pura merajuk dan meninggalkan Ishamudin di belakang.
“Mawar, kenapa ni?” Dia tarik tanganku sehingga membuatkan aku terpeluk dirinya. Aku tersenyum lebar namun pura-pura serius bila Ishamudin angkat wajahku. Aku berpaling ke arah lain.
“Betul kau nak bermalam di hotel?” Soalnya. Aku terus mendiamkan diri. Pura-pura merajuk.
“Janganlah senyap macam ni. Mawar, cakaplah sesuatu.” Aku berpeluk tubuh dan berpusing membelakanginya.
“Orang tak sayang kita. Manalah sudi nak bermalam dekat hotel tu,” Aku bersuara merajuk. Ishamudin tarik bahuku perlahan. Aku menepis tangannya.
“Kau betul-betul nak bermalam di hotel?” Aku angguk kepala.
“Kau tak kisah dengan apa yang Suri cakap tadi?” Aku tersentak bila nama Suri disebut. Aku tak tahu mengapa aku tak ambil kisah dengan apa yang bekas kekasih Ishamudin cakap tadi. Aku lebih kisahkan tentang perasaan Ishamudin. Dikhianati oleh kekasih dan tunangnya. Tetapi berdasarkan kata-kata gadis bernama Suri tadi, Kak Diah juga menjadi mangsa.
“Yang mana satu?” Sengaja aku bertanya.
“Tentang kelakian abang ni,” Jawabnya perlahan. Aku berpaling dan merenung wajahnya. Dia membahasakan dirinya abang atau aku salah dengar.
“Errkk...Awak..abang?” Aku kerutkan dahi. Dia garu kepala sambil tersengih.
“Kenapa? Mawar tak suka? Tak suka tak mengapalah,” Lemah suaranya saat itu. Aku geleng kepala.
“Suka sangat.” Giliran aku pulak yang memeluk lehernya. Sepantas kilat aku cium pipinya. Wajahnya jelas sekali terkejut. Tapi aku buat tak tahu dan terus menyembunyikan wajahku ke dadanya. Perlahan dia usap rambutku.
“Nakal.” Marahnya. Aku tersenyum bahagia. Lama kami mendiamkan diri menghayati suasana pantai yang damai itu. Aku peluk erat pinggang Ishamudin dan kami sama-sama merenung laut yang terbentang luas dihadapan kami.
“Soalan abang tadi, Mawar belum jawab.” Aku terdiam.
“Soalan apa?”
“Tentang abang ni.” Aku tergelak halus. Kalau orang lain tahu kami tak pernah bersama sebagai suami dan isteri, memang mereka akan fikir macam tu. Tapi, bagi aku, sebagai isterinya aku tahu dia lelaki yang sihat, normal. Kerana, Ishamudin melayan aku seperti perempuan dan isteri cuma dia menghormati aku kerana  belum bersedia untuk menunaikan tanggungjawabku padanya.
“Awak..”
“Abang. Lidah tu nak kena gigit ye..” Aku tersengih. Tersasul pulak. Tak biasa lagi panggil dia abang.
“Bagi Mawar, abang okey je. Abang tak sentuh Mawar sebab aw...er..abang tak nak paksa Mawar.” Dia peluk erat tubuhku.
“Terima kasih sayang.” Kami mendiamkan diri seketika. Aku menikmati haruman minyak wangi yang dipakainya.
“Ermmm...Awak, dah lama saya nak tahu apa yang menyebabkan awak terpaksa berkahwin dengan saya?” Aku merenung wajahnya minta kepastian. Selama ini, semua orang hanya mendiamkan diri tentang perkara tersebut.
“Abang..”
“Ups...salah lagi....” Aku tersengih. Dia geleng kepala.
“Sayang  tak pernah dengar dari rakan-rakan yang lain?” Ahhh...dia panggil aku sayang pulak. Aku geleng kepala. Selama ni, mereka tak pernah bertanya atau bercerita tentang perkara itu.
“Sebenarnya Diah kena tangkap basah dengan suami dia sekarang ni,” Aku tersentak.
“Tangkap basah?” Dia angguk kepala.
“Abang dapat panggilan dari kawan abang yang satu kampung dengan Diah. Dia ceritakan semua tu. Tapi, sayang nak tahu, abang tak rasa sedih bila dengar berita tu. Malah abang rasa lega.” Aku karutkan dahi.
“Lega?”
“Lega akhirnya ada juga alasan untuk tidak jadi berkahwin dengan dia.” Aku kerutkan dahi. Lega sebab tak jadi kahwin dengan Kak Diah? Tapi, kenapa?
 “Sehari sebelum kita terperangkap dalam bilik tu, Isha bagitahu abang, sayang dan ibu sayang nak datang ke rumah. Bila dengar sayang nak datang ke rumah, abang nak call sayang supaya jangan datang.” Sambungnya.
“Kenapa?”
“Abang takut abang akan batalkan perkahwinan abang dengan Diah bila nampak sayang. Tetapi mungkin dah jodoh kita, bila dengar tentang Diah kena tangkap basah, abang bagitahu  mak untuk pinang sayang. Kesian sayang terpaksa kahwin dengan abang. Tapi, percayalah, abang memang berniat untuk berkahwin dengan sayang. Cuma, mungkin cara tak betul, jadi sayang pun rasa abang ni paksa sayang kahwin dengan abang.” Dia tersenyum senang dan mencium dahiku.
“Jadi, abang yang cadangkan pada mak untuk pinang saya?” Dia angguk kepala dan tersenyum lagi.
“Setiap selepas sembahyang abang berdoa semoga abang dapat melupakan sayang jika sayang bukan jodoh abang. Tetapi, semakin hari, abang semakin teringatkan sayang. Abang jadi keliru. Majlis perkahwinan abang dengan Diah semakin dekat, tapi hati abang masih belum dapat melupakan sayang. Abang keliru dan mohon petunjuk dari Allah S.W.T. memang abang berserah padaNya. Alhamdulillah, memang jodoh kita sangat kuat. ” Aku terharu mendengar ucapannya. Aku pun pernah mengalaminya. Aku pernah merasa tidak tenang setiap kali melihat dia bersama wanita lain. Walaupun mulutku mengata benci, tapi, jauh di sudut hati aku rasa terlalu dekat padanya.
“Tapi kenapa abang sedih waktu mak bertanya pada saya malam tu?” Dia mengeluh.
“Abang sedih bila mengingatkan kalau-kalau sayang tolak pinangan abang tu. Abang tak sanggup kehilangan sayang. Abang tahu, semua perangai tak elok abang terhadap sayang selama ini membuatkan sayang bencikan abang,” Aku tersenyum sinis.
“Kerana perangai buruk abang tu, saya hampir tak dapat tidur malam tau. Setiap masa teringatkan perbuatan abang tu. Tapi, jauh di sudut hati, saya suka bila abang marahkan saya. Maknanya abang sedar kehadiran saya,” Dia tersenyum.
“Samalah kita. Tapi, masa tu, abang nak ingatkan diri abang tentang status abang yang dah jadi tunang orang. Terpaksalah berkasar dengan sayang. Maafkan abang ye. Abang cuma nak sayang benci dan marahkan abang,”
“Tapi tak berjaya. Abang buat saya teringatkan abang setiap masa. Dan, bila abang tersenyum, abang buat saya gila bayang,” Dia tergelak dan terus menarik pinggangku merapatinya dan renungannya yang lembut itu menusuk jauh ke dasar hatiku. Debaran di dada semakin kuat. Rasa seperti baru lepas menamatkan larian 100 meter.
“Saya cintakan abang,” Ucapku tanpa dapat ditahan. Dia tersentak. Pantas bahuku ditolak dan ketika itu dia merenung wajahku dengan riak tidak percaya. Aku sendiri tidak percaya dengan apa yang aku ungkapkan sebentar tadi. Bila tersedar, aku tunduk malu. Benar-benar malu kerana terlepas cakap. Aku pukul mulut sendiri. Mulut ni memang sentiasa memalukan tuannya.
“Mawar cakap apa tadi?” Aku geleng kepala. Bagaimana boleh terlepas pulak. Aku tutup mulutku dan terus menunduk. Perlahan Ishamudin sentuh daguku dan matanya merenung kasih padaku.
“Abang tak salah dengar,kan?” Aku angguk kepala. Sepantas kilat, tubuhku dipeluknya.
“Terima kasih sayang. Abang cintakan sayang juga,” Aku mendongak memandang wajahnya. Matanya berkaca. Aku tak salah dengarkan? Dia cintakan aku? Ishamudin cintakan aku? Rasa nak pengsan. Tapi, aku tak nak terlepas saat-saat indah bersamanya.
“Abang menangis?” Soalku pelik.
“Abang menangis gembira. Akhirnya cinta abang berbalas,” Aku tergelak. Luculah dia ni.
“Jadi, kita dah okeylah ni?” Soalku selamba. Dia angguk kepala.
“Ye. Kita bermalam di hotel ye.” Aku kerutkan dahi.
“Buat apa?”
“Itulah. Dah lama sangat tangguh ni,” Dia angkat kening. Aku tunduk malu. Perlahan aku pukul dadanya. Dia tergelak besar.
“Tadi tak nak bermalam di hotel. Sekarang nak pulak,” Dia tersengih.
“Takpelah. Kita balik rumah je. Membazir je kalau bermalam di hotel.” Usulnya kemudian.
“Betul tak nak bermalam di hotel?” Usikku lagi. Dia geleng kepala.
“Tak nak. Abang nak kenangan itu di bilik tidur kita sendiri,” Aku tersipu malu. Sekali lagi dadanya menjadi sasaran tanganku. Nakal sangat.
“Apa maksud kawan abang tadi tu?” Aku mendongak memandang wajah Ishamudin. Teringat dengan kata-kata perempuan tadi.
“Yang mana satu?”
“Tentang  Kak Diah,” Ishamudin tarik nafas kemudian menghembusnya perlahan.
“Err...Sebenarnya...” Ishamudin terdiam. Lama wajahku di renungnya.
“Tak payah fikirlah. Tak penting semua tu. Lagipun, tak elok bercerita tentang keburukan orang lain,” Aku terdiam dan angguk kepala. Yang penting aku tahu Ishamudin cintakan aku.
“Abang cintakan saya jugak ye?” Dia angguk kepala. Aku tersenyum lebar.
“Abang, nak dengar abang panggil Mawar macam kat dalam kapal terbang dulu tu,” Aku mendongak memandangnya. Dia tersenyum dan menarik hujung hidungku.
“Mawardina Isteriku,” Aku tersipu malu. Seronok pulak dengar dia panggil macam tu.
“Sayang awak,” Tak sangka aku terlebih dahulu meluahkan cinta padanya.
“Terima kasih isteriku. Abang gembira sangat sebab dapat cinta dari Mawar,” Kami berdua berjalan seiringan menuju ke kereta setelah matahari mula menyembunyikan diri.

******************************
p/s : Selamat membaca semua. maaf sebab biarkan anda semua tertunggu-tunggu. sibuk sangat sejak kebelakangan ni... 

8 catatan:

Unknown said...

BEST 3X NAK LAGI.

MaY_LiN said...

kaira!!!!!
suka sgt
yeay!!!!
akhirnya

Anonymous said...

SO SWEEEEEEEETTTTT!!! Bahagia sungguh isham dan mawar ni <3<3<3<3<3...Cepat sambung ye,tk sabar nk baca bab 49..

Unknown said...

best2......nk lg....so sweet

Unknown said...

Lagi lagi lagi !!!!!!! Besttttttt!!!!!! Smpai chapter brapa ekk??

Anonymous said...

Sweet..best sgt...nk lgi...
-ada

wawa said...

best lama dh tgu nak lagi

Anonymous said...

Best.. best... nak lagi... "sayang awak....." :-)