Followers

Tuesday, January 7, 2014

Relaku Pujuk 39



Kami berdua menunggang motosikal untuk ke kebun keluarga Ishamudin. Sebaik sahaja sampai, terbeliak mataku melihat pokok rambutan ditanam dengan teratur. Ada bermacam-macam jenis rambutan yang ditanam oleh nenek Ishamudin. Ada yang berwarna kuning dan merah. Yang berwarna merah pula banyak jenis. Ada yang besar, bulat, bujur dan botak. Isinya ada yang manis, ada yang masam.  Setelah meninjau sekitar kebun, aku dan Ishamudin duduk sambil merehatkan badan. Penat berjalan sekeliling kebun. Terdapat juga buah langsat, nangka, cempedak. Teringin nak makan sayur cempedak muda masak lemak.
“Awak, awak pandai buat sayur cempedak muda masak lemak tak?” Aku buat muka selamba bertanya kat suami aku ni. Aku memang tak pandai masak pun. Pelik betul. Biasa suami yang tanya kat isteri, sekarang terbalik pulak.
“Kenapa?”
“Teringin nak makan. Sedap,kan.” Dia angguk kepala.
“Belajarlah memasak. Aku tak pandai sangat. Kalau masak lauk macam ayam dan ikan tu, memang aku pandai. Sayur ni, ada kurang sikitlah.” Aku angguk kepala.
“Okey. Nanti, nak minta tolong mak ajarkan. Kalau nak suruh mak, macam tak patut pulak,kan.” Nasib baik mak mertua aku tak banyak soal. Kalau dia nak bising pun, rasanya memang tak dapatlah. Bukankah mak aku awal-awal dah cakap yang aku ni tak pandai memasak? Jadi, terpaksalah dia terima menantunya yang tak pandai memasak ni. Ishamudin geleng kepala.
“Aku nak panjat pokok ni. Kau tunggu kat bawah ni. Kutip buah-buah yang aku petik kejap lagi.” Aku angguk kepala. Takkan nak geleng kepala pulak. Mahu kena tempeleng?
“Awak, betul saya tak boleh panjat?” Dia geleng kepala.
“Jangan nak malukan aku. Kalau orang lain tengok, malulah aku,” Aku mencebik dan terus mencapai guni yang kami bawa bersama tadi. Satu persatu tangkai buah rambutan jatuh dihadapanku. Aku mendongak memandang cik suami aku kat atas pokok tu. Dia buat tak nampak aku kat bawah ni.
“Awak, kenapa asyik jatuh atas kepala orang ni?” Aku bercekak pinggang. Dia tergelak besar di atas sana. Mana tidaknya, sekarang rambut aku dah berubah corak. Kebetulan setangkai buah rambutan jatuh atas kepala aku.
“Aikss...sejak bila isteri aku bertukar fesyen rambut. Rambutan??? Rambut tambah Hutan. Betullah tu.”  Aku kertap gigi. Geram dah ni. Sengaja nak kenakan aku.
“Baik awak turun. Kalau tak, saya tebang pokok ni. Punyalah besar kawasan ni, atas kepala saya juga awak jatuhkan tangkai rambutan tu.” Marahku siap tangan berada dipinggang. Dia tergelak senang di atas pokok tu. Sikit pun dia tak takut dengan ugutan aku.
“Larat ke kau nak tebang pokok ni dengan pisau kecil kau tu?” Aku pandang pisau ditanganku. Erkkk...yelah. Kalau aku nak tebang pokok rambutan tu, setahun pun belum tentu tumbang. Pisau untuk potong sayur tu manalah sesuai untuk tebang pokok besar tu.
“Kutip je buah tu. Nanti tak habis, aku tinggalkan kau kat sini.” Aku berdengus kasar. Siap hentak kaki lagi. Dia tergelak besar di atas pokok tu. Seronok sangat kenakan aku. Tanpa suara, aku kutip semua buah-buah rambutan tersebut.
“Awak, hauslah. Teringin nak minum air kelapa muda,” Aku pandang wajah suamiku yang sudah kemerahan itu. Penat sangat agaknya. Perlahan aku sapu peluh yang menitik didahinya. Tanpa amaran, Ishamudin cium dahiku. Aku mencebik. Suka sangat ambil kesempatan.
“Tanda terima kasih.” Aku tersengih. Tak kisah pun sebenarnya. Kalau boleh nak lama-lama.
“Haus?” Aku angguk kepala. Matanya meliar memandang sekeliling.
“Sekejap.” Dia terus berlalu ke arah pokok kelapa yang berada tidak jauh dari tempat kami berehat. Aku hanya memerhati Ishamudin yang tangkas sekali memanjat pokok kelapa tersebut. Sekejap je, dia datang bersama 2 biji buah kelapa muda.
“Nah!!” Aku menyambut buah kelapa yang sudah di kupas  itu.
“Terima kasih.” Dia angguk kepala.
“Sedap. Manislah air kelapa ni. Awak nak minum?” Dia terus menyambut buah kelapa tersebut tanpa banyak soal.
“Awak, awak ada dengar bunyi tak?” Aku terdengar bunyi berdengung. Tapi masih jauh. Dia memandang ke atas. Kami berdua berlari ke tempat luas untuk melihat apa yang menghasilkan bunyi tersebut.
“Macam bunyi lebah je.” Aku angguk kepala. Masa kat kampung, aku selalu juga dengar bunyi kawanan lebah ni berterbangan di udara. Mungkin mencari tempat untuk membuat sarang.
“Mawar cepat lari.” Aku terus berlari mengekori langkah Ishamudin. Tanganku digenggamnya. Malang betul nasib kami berdua sebab dikejar oleh lebah. Tadi, bunyinya masih jauh, tiba-tiba pulak semakin dekat dengan kami berdua.
“Aduh!!! Awak, sakit. Aduh!!” Aku menjerit kesakitan bila telingaku disengat oleh lebah tersebut. Kemudian satu lagi dileherku. Ishamudin terus menarik kepalaku dan dimasuknya ke dalam bajunya. Kami berdua duduk bersembunyi sehingga kawanan lebah itu pergi. Ayah aku pernah berpesan, kalau terdengar bunyi lebah, cepat-cepat tutup kepala kalau kita tak pakai tudung. Takut, lebah tu ingat kepala kita ni kawan-kawan dia. Rambut kita ni warna hitam,kan. Serupa macam sarang lebah.
            Setelah agak lama mendiamkan diri, Ishamudin mengeluh lega.
“Kau tak apa-apa?” Aku gigit bibir menahan tangis. Dari tadi telinga dan leherku berdenyut. Mungkin bisa lebah tu sudah mula bertindak.
“Kat mana kena?” Soalnya bimbang.
“Rasanya macam kena kat telinga dan leher,” Ishamudin sentuh telinga dan leherku. Kemudian dia tergelak.
“Lebah tu, macam tahu-tahu je nak buat tanda kat mana. Malam ni, kalau orang nampak ni, memang bersedia nak kena usik oleh mereka kat kilang tu,” Aku pandang wajah Ishamudin dengan wajah penuh tanda tanya. Tak faham dengan apa yang dia cakap tadi.
“Kasihan isteri aku ni. Telinga dah besar sebelah.” Aku sentuh telinganya terasa kebas. Ishamudin berdiri dan mula beredar meninggalkanku.
“Awak nak pergi mana?” Ishamudin potong batang keladi, kemudian dia menghampiriku.
“Awak nak buat apa dengan batang keladi tu?” Aku bertanya pelik bila melihat dia cuba untuk meletakkan keratan batang keladi tadi ke telingaku.
“Kau tak tahu, getah keladi ni, dapat mengubat kesan kena sengat lebah ni?” Aku terdiam. Memang dulu, ayahku ada berpesan. Kalau kena sengat oleh tebuan, lebah atau yang seangkatan dengannya, boleh cuba letak getah keladi. Tapi tak tahulah betul ke tidak teori dia. Ishamudin terus melekapkan hujung batang keladi tersebut ke telinga dan leherku. Tapi, memang mujarab, lepas letak getah keladi tu, hilang sikit rasa sakitnya.
“Nasib baik tak kena muka. Kalau tak, kembang semangkuk muka kau,” Usiknya. Aku pukul lengannya. Kemudian aku perhatikan Ishamudin sedang meletakkan getah keladi tersebut ke tapak tangan dan lehernya.
“Awak kena sengat jugak?” Dia angguk kepala.
“Kat mana lagi kena?” Dia tunjuk di atas kepalanya. Perlahan aku belek tempat yang disentuhnya. Bila aku perhatikan, masih terdapat seekor lebah di atas kepalanya.
“Awak, masih ada lebahlah?” Tapi bila aku perhatikan betul-betul, lebah tu sudah mati sebenarnya.
“Dah matilah awak.”
“Erkk...kau sumpah aku mati?”
“Isk.. awak ni. Orang cakap, lebah ni dah mati. Apa pulak cakap macam tu,” Aku pukul bahunya. Dia tersengih.
“Ye? Mati kena pukul tadi. Sebab tu kena sengat kat tapak tangan ni,” Terangnya.
“Kat leher awak pun ada.”
“Memang sesuai sangat tu. Malam ni bersedialah  nak kena usik.” Aku karutkan dahi.
“Kenapa?”
“Takde apa-apa. Jum. Balik.”
            Aku tergelak bila melihat kepayahan suamiku memikul guni yang penuh berisi buah rambutan. 
“Gelak. Nanti aku letak atas bahu kau, baru tahu,” Ugutnya. Aku terus tutup mulut dan berjalan perlahan disebelahnya. Ketika di atas motorsikal, aku masih lagi tergelak bila teringat keadaan Ishamudin ketika memikul guni tersebut.
            Sebaik sahaja sampai di rumah, aku terus bercerita dengan mak mertuaku tentang kami kena kejar oleh lebah tadi. Tergelak besar mak mertuaku. Ishamudin hanya mendiamkan diri. Malas nak ikut serta sesi ulang tayang kisah lucu kami berdua tadi.

***********************
“Gosok baju dan seluar aku jugak.” Aku menyambut baju yang dilontarnya tepat mengena mukaku. Aku pandang pelik ke arah suami aku tu. Aih...takkan nak hantar aku ke tempat kerja bersemangat macam tu sekali?
“Apa lagi yang kau termenung tu?” Aku tersengih. Cepat-cepat aku gosok bajunya dan bajuku. Selesai menggosok, aku menghampirinya.
“Nah!!”
 “Awak hantar saya petang nanti?” Dia angguk kepala. Matanya masih setia merenung screen laptop.
“Letak kat sana. Bukan nak pakai sekarang,” Aku gigit lidah dan tersengih. Terlupa pulak. Dia kan kerja pagi. Selepas menyimpan bajunya ke dalam almari, aku menghampirinya.
“Awak buat apa?” Khusyuk betul dia kerja. Aku dekatkan kepala dan hampir mendarat dibahunya. Dia menjeling sekilas ke arah ku. Aku tersenyum manis. Dia geleng kepala.
“Apa tu?”
“Lukisan untuk gambarajah coil yang baru tu. Kau ingat tak rupa bobbin tu?” Aku garu kepala.
“Apa nombor sample tu?”
Sample 1528.” Aku karutkan dahi.
“Sample tu susah nak buat. Wayer dia guna saiz apa? Kalau tak silap, bentuk kon tapi ada 5 laluan wayer.” Dia kerutkan dahi.
“Susah nak lukis kalau tak nampak bobbin tu.” Aku renung wajahnya. Peluang itu aku gunakan untuk merenung wajahnya.
“Aku tahulah aku ni handsome, tapi sekarang aku tengah buat kerja. Kalau kau nak goda aku sekarang, aku belum berminat lagi.” Aku mencebik.
Aku sentuh bahunya. Mereka kata, badan Ishamudin sekarang semakin tegap. Semalam tak ingat pulak nak test badan pak cik ni. Dia menoleh padaku. Aku tersengih lagi.
“Kenapa? Kau betul-betul nak goda aku?” Aku terus geleng kepala.
“Bukan. Ermmm...boleh tak saya...” Nak teruskan atau tidak? Ishamudin berdiri dihadapanku. Aku gigit bibir kemudian aku garu kening. Sekejap jariku beralih pula ke telinga. Auch....Sakit. terlupa pulak telinga aku kena sengat pagi tadi.
“Mawardina isteriku??” Suaranya begitu perlahan. Aku tersipu malu. Ahhhh...dia guna lagi ayat tu. Aku masih berfikir samaada hendak meneruskan niatku sebentar tadi atau melupakannya.
“Eh!! Apa ni?” Aku terkejut bila dia memeluk tubuhku.
“Kau nak cakap apa tadi?”
“Errr....Boleh tak saya sentuh dada awak?” Aku gigit bibir sambil memandang ke arah lain. Aku yakin dahinya berkerut seribu. Yang pasti pipiku merona merah saat itu.
“Kau nak buat apa? Bukan sebelum ni, kau pernah sentuh, pernah tengok,kan?” Aku angguk kepala.
“Tapi kali ni lain. Cuma nak pastikan je. Sebelum ni tak perasan.” Aku bukan sengaja nak sentuh pun. Cik kak- cik kak kat kilang tu paksa aku check sama ada badan Ishamudin ni tegap atau gemuk. Aku tak nak suami aku gemuk. Nanti mudah dapat penyakit. Nasib baik dia tidak merokok, kalau tidak, terpaksalah aku menahan nafas bila berada dekat dengannya.
“Kau nak pastikan apa?”
“Errmm...Kasi saya sentuh sekejap je,” Aku bersuara lembut sambil buat muka comel. Dia terus merenung wajahku dengan riak tanda tanya.
“Kau pernah kena cium?” Soalnya selamba.
“Hah!!” Aku tutup mulutku dengan tangan kemudian geleng kepala. Dia tersenyum sinis. Tidak lama kemudian dia membuka bajunya.
“Ehhh... Tak perlu buka baju. Orang sentuh sekejap je.” Aku menahannya dari membuka baju. Dia hanya menjeling padaku.
“Kenapa nak sentuh dada aku?” Aku gigit jari. Kemudian mulut aku kembongkan. Jari telunjuk kiri dan kanan bertemu. Aku takut untuk memandang wajahnya. Wajahku juga terasa panas.
“Ermmm....Nak tahu, awak ni gemuk atau tough.” Aku mencuri pandang ke arahnya. Dia kerutkan dahi. Aku menanti dengan sabar komennya. Tentu sekejap lagi telingaku akan menerima ayat paling power dari suami aku ni.
“Kau tak penat asyik buat muka macam-macam dekat aku? Dari tadi aku perhatikan kau. Mulut buntal ada, muncung itik pun ada. Macam kucing minta kesian ada jugak.” Aku kerutkan dahi.
“Apa benda tu?”
Kenapa nama binatang semua yang keluar. Dia tayang skrin telefonnya padaku. Terbeliak mataku  melihat gambar wajahku dengan pelbagai riak.
“Bila awak tangkap gambar tu?” Dia buat tak tahu je dengan soalan aku tadi. Macam jirus air atas daun keladi pulak. Soalan aku tadi langsung tak masuk dalam telinga dia. Huh!!! Rosak...rosak...
“Kau nak tahu aku gemuk atau apa tadi?” Dia mendekatkan wajahnya. Aku berundur  ke belakang.
“Err...Nak tahu awak gemuk atau tough. Berbadan sasa....errr...tegap...macam ahli bina badan tu,” Dia tergelak.
“Kenapa? Dulu aku tak tegap?” Aku angguk kepala. Ye. Dulu dia agak kurus.
“Nampaknya aku dah berjaya jaga badan. Sejak balik dari bulan madu kita tu, aku selalu pergi gym. Kalau aku duduk kat rumah sewa tu, aku asyik teringat kat kau. Cuma sejak seminggu ni, aku tak pergi gym. Tak sempat.” Dia teringatkan aku? Bohonglah.
“Awak teringatkan saya?” Soalku teruja. Tapi seketika kemudian, aku mencebik bibir. Tentu dia sengaja nak mengusik aku.
“Tak percaya?” Aku geleng kepala.
“Tak percaya sudah. Kau nak pegang atau tak?” Aku angguk kepala dan perlahan jariku menyentuh dada dan perutnya. Aku tekan perlahan dan aku angkat muka merenungnya.
“Mulut tu tutup. Syaitan berlumba-lumba masuk dalam mulut tu,” Dia pukul dahiku.
“Keras betul.” Aku tak tahu pula yang badan dia ni tegap macam ni. Seingat aku, masa di Sabah hari tu, takdelah badan dia macam ni. Malam kat rumah sewa hari tu, pun aku tak perasan pulak badan dia tegap macam ni. Mana nak perasan kalau dah perasaan takut tu bermaharajalela. “Puas?” Aku angguk kepala. Kemudian dia berbaring di atas katil.
“Aku nak tidur. Kau tak nak tidur. Nanti mengantuk masa kerja.” Aku panjat katil dan duduk disebelahnya.
“Awak pun nak tidur juga? Nanti malam tak dapat tidur,”
“Aku dah kerja shiff malam. Mulai minggu ni.” Aku meniarap dan memandang wajahnya. Ketika itu matanya terpejam.
“Awak kerja malam? Maknanya, awak sama shiff dengan saya?” Dia angguk kepala tanpa membuka matanya. Aku tersenyum manis. Dan terus berbaring disebelahnya. Jadi, taklah susah aku nak fikir siapa yang akan hantar dan jemput aku balik kerja.
“Terima kasih awak,”
“Takkan terima kasih je.” Aku buka mata dan ternampak jarinya menunjal pipinya sendiri. Aku gigit bibir. Mesti ada saja cara untuk mengenakan aku.
“Ishh...Awak ni,” Dia tersenyum.
Tiba-tiba perangai gila-gila aku datang. Sepantas kilat aku cium pipinya kemudian aku terus benamkan wajahku atas bantal. Lama. Masih tiada tindak balas, perlahan aku buka mata. Aku hanya nampak wajah suamiku tersenyum senang dalam keadaan mata terpejam. Melihat dia tidak bergerak, aku akhirnya cuba melelapkan mata.

********************

“Mawar...”
“Mawar bangun. Dah lambat ni,”
Aku mengeliat. Setelah selesa, aku duduk bersila ditengah katil sambil menggosok mataku. Sisa mengantuk masih menguasaiku.
“Cepat mandi lagi. Kau belum sembahyang Asar lagi tu.” Aku angguk kepala dan berjalan perlahan ke pintu bilik.
“Kau nak pergi mana tu?” Aku berpaling namun mataku masih terpejam.
“Nak mandi,” Aku menjawab perlahan kemudian aku duduk mencangkung.
“Kau nak aku tolong mandikan?” Aku dapat rasakan tangannya menyentuh lenganku.
“Hah!! Mandikan saya? ehh...tak nak..tak nak..” Aku gosok mata dan berdiri tegak.
“Habis tu, apa kau buat kat sini, bilik mandi kat sana,” Aku berpaling ke tempat yang Ishamudin tunjuk.

******************************************
p/s : Selamat membaca semua. maaf sebab lambat post new entry.. tak lupa juga nak ucap selamat tahun baharu buat semua yang mengungjungi blog ini.. terima kasih tak terhingga buat kalian semua. semoga tahun baharu ini lebih bermakna dari tahun lepas.. amin..

4 catatan:

lin ms said...

Sayang la xdpt diterbitkn novel ni.Sweet je mawar & suami nye.

MaY_LiN said...

alahai
suka ngan dorang ni

Unknown said...

best.

Unknown said...

Sweet couple nie...