Hujung minggu begini, kami berdua menghabiskan
masa di rumah sahaja. Nasib baik kami berdua terus keluar dari rumah sewa itu.
Dua hari selepas kami berdua berpindah, rumah tersebut diserbu oleh pihak
berkuasa kerana terdapat laporan tentang perbuatan tidak bermoral penghuni di
rumah tersebut.
“Ehhh!!! Apa kau nak buat ni?”
“Siang ayamlah.”
“Uiii...Tingginya kau angkat pisau tu. Aku ingat kau nak potong kayu tadi.”
Aku berdengus kasar.
“Habis tu, macamana nak siang ayam ni?” Dia tergelak.
“Sini. Sampai bila nak pandai ni?” Aku berdengus kasar. Hari ini, minggu
pertama kami berdua tinggal di rumah mertuaku.
Selama seminggu ni, aku rasa senang sebab mak
mertua aku tu okey. Lemah lembut orangnya. Ramah. Berbeza dengan bapa mertuaku,
dia agak pendiam tapi kalau pandai berbual dengannya, seronok juga sebenarnya.
Aku rasa perangai Ishamudin ni dia ambil dari ayah dia. Suka bergurau dengan
mak mertuaku. Kadang-kadang, aku cemburu tengok mereka tetap mesra biarpun
berada dihadapan anak-anaknya. Ishamudin taklah teruk sangat, dia pun kuat
mengusik jugak.
“La..Orang baru je nak belajar.” Dia menyerahkan pisau tersebut padaku
semula.
“Okey. Letak ayam tu elok-elok. Tangan yang sebelah tu alihkan. Nanti tak
pasal-pasal aku dapat isteri kudung.” Aku gigit bibir. Dia ni nak mengajar ke
nak sakitkan hati aku?
“Hati-hati. Pisau tu tajam.” Aku terus menghentak pisau tersebut dengan
kuat dan ganas sehingga ayam yang aku potong terjatuh ke bawah. Ishamudin
ketawa besar.
“Ganasnya.” Tanpa menghiraukannya, aku meneruskan kerjaku. Setelah selesai,
aku tersenyum lebar.
“Siap. Lepas ni nak buat apa?”
“Cuci bersih. Lepas tu letak dalam bakul kasi airnya menitis untuk buang
darah tu semua.” Aku angguk kepala.
Kemudian, sementara menunggu ayam yang diperap
dengan bahan-bahan tadi, aku memotong sayur labu air pula. Dengan yakin aku
cuci labu tersebut dan selepas membuang kulitnya, aku terus memotong ikut
bentuk dadu. Ketika itu Ishamudin sedang menjawab panggilan telefon dari pihak
kilang. Ada sesuatu yang berlaku di kilang yang memerlukan penerangan darinya.
“Ehh!! Apa kau buat ni?” Aku pandang wajahnya. Tangannya menyentuh ketulan
labu air yang telah di potong.
“Siapa ajar kau potong sayur ni macam ni?” Aku kerutkan dahi.
“Kenapa? Salah?” Soalku pula. Dia sudah tergelak besar.
“Luculah kau ni. Mana ada orang potong labu air macam ni. Macam buah dadu
je aku tengok. Mari sini,” Aku muncung mulut.
“Manalah orang tahu.” Dia membahagikan labu air tersebut kepada 4 bahagian.
Kemudian di potong nipis-nipis.
“Bukan tak boleh potong macam tu, tapi, kalau potong nipis macam ni, lagi
cepat masak.”
“Owh!!! Macam tu,”Aku angguk kepala. Sedikitpun aku tidak terasa hati
dengan tegurannya.
“Ayam tadi rasanya dah sedia untuk dimasak.” Kami berdua sama-sama memasak.
Dia begitu rajin membantuku di dapur. Tak sangka
pulak dia boleh jadi suami yang baik. Aku tersengih bila melihat dia sedang
memakai apron.
“Aduiiii...sakitnya. Tak naklah masak. Minyak tu terkena tangan orang,” Aku
menjarakkan diri dari dapur. Kuali yang terdapat minyak panas itu aku biarkan
sahaja di dapur.
“Kenapa biarkan api dapur tu terpasang?” Dia terus menutup api dapur gas
tersebut setelah asap keluar dari kuali dengan tebalnya.
“Tangan saya terkena minyak panas tadi,” Aku meniup belakang tanganku yang
terpercik minyak panas sebentar tadi.
“Sini,” Dia terus membelek tanganku dan meniupnya perlahan. Aku tersengih.
Seronok kena manja.
“Dah okey. Buat perlahan-lahan. Mari tengok aku buat. Nama saja perempuan,
tapi tak tahu memasak,” Aku mencebik bibir. Aku memerhati Ishamudin memasak.
Begitu berhati-hati dia melakukan kerjanya. Hampir 2 jam kami berdua di dapur,
akhirnya aku ambil tugas mencuci bekas yang digunakan oleh Ishamudin dan semua
masakan itu akhirnya siap juga. Ada Ayam
Masak Kicap dan sayur Labu Air masak
sup. Cukuplah. Ulaman juga sudah tersedia. Sambal untuk ulaman tu, aku yang buat. Kalau nak buat sambal tu,
aku memang pakar, sebab aku suka semua jenis ulaman.
“Errkkk...Kacang bendi tu nak buat apa?” Aku bertanya padanya. Kacang bendi
yang sudah direbus itu menarik perhatianku. Walaupun, aku suka ulam-ulaman,
tapi, kacang bendi tu, aku belum dapat terima. Tekak tiba-tiba terasa hendak
muntah.
“La, kau tak pernah makan kacang bendi, ni? Sedap kalau dibuat ulam.” Aku
geleng kepala. Tekakku loya bila melihat kacang bendi tersebut.
“Werrkk...” Aku berlari ke bilik air.
“Mawar kenapa?” Aku terkejut bila Ishamudin berada dipintu bilik air.
Wajahnya jelas sekali risau.
“Takde apa-apa. Saya tiba-tiba rasa hendak muntah bila tengok kacang bendi
tu. Kacang tu, ada lendir, kan?” Barulah wajahnya beriak tenang.
“Kau ni,kan. Sengaja buat aku terkejut.” Aku tayang wajah tak bersalah. Nak
buat macamana. Tekak aku ni, sensitif.
“Dah okey?” Aku angguk kepala. Kami menyambung semula makan tengahari yang
tergendala sebentar tadi. Aku tersenyum lebar bila ternampak segelas rebina
dihulurkan padaku.
“Terima kasih,”
“Aku ingatkan kau mengandung tadi. Buat terkejut aku je.” Aku membeliakkan
mataku. Dia tutup mulut menyembunyikan gelak. Macamlah aku tak nampak.
“Mulut tu boleh kawal sikit ye. Mengandung apa pulak? Saya dan awak mana
pernah err.... buat benda tu?” Aku menjawab sambil tunduk merenung nasi di
dalam pinggan.
“Itulah yang aku fikir tadi. Macamana kau boleh mengandung, kalau aku tak
pernah sentuh kau?” Aku menjeling sekilas kearahnya.
“Mak awak bila balik?” Aku cuba mengubah topik perbualan.
“Mereka bermalam di rumah Mak Long.”
“Owhh...Kalau macam tu, boleh tak malam ni saya tidur kat bilik Isha?” Aku
bertanya sambil buat muka manis. Ishamudin pandang wajahku dengan satu renungan
yang tajam sekali. Kecut perut aku dibuatnya.
“Tak boleh.” Aku menghentak kaki.
“Kenapa pulak tak boleh?”
“Aku kata tak boleh, tak boleh lah. Banyak tanya pulak dia. Kau nak lari
dari tugasanlah tu.” Aku mencebik. Dia dah sediakan tugas padaku supaya
mengurut badannya bila kami bercuti. Kira okeylah tu, dari dia suruh aku urut
badan dia setiap malam. Mahu penat tangan aku dibuatnya. Sudahlah badan dia
keras, jari aku pula halus dan kecil. Memang tak sesuai untuk mengurut.
“Dah...dah.. Tak payah nak buat muncung itik macam tu. Kau ingat cantik
buat macam tu?”
“Awak ni jahat tau.” Kau meneruskan suapan tanpa menghiraukan Ishamudin
dihadapanku.
Setelah mengemas dan
mencuci pinggan mangkuk yang kotor, aku berlalu ke ruang tamu untuk menonton
televisyen.
“Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa lagi yang boleh? Kuku besi betul orang
tua tu,” Aku membebel sambil tanganku menekan butang pada remote control.
“Cerita semua tak best.” Akhirnya aku menompang dagu memandang skrin gelap
dihadapanku.
“Ha....Yes..” Aku berlari ke bilik tidur kami. Aku tersenyum lebar bila
melihat laptop suamiku berada di atas meja kerjanya.
Aku tergelak melihat
gambar-gambar yang di ambil ketika kami berbulan madu hari tu. Kebanyakannya
gambar Ishamudin sebab aku yang bawa kamera. Dia pula jadi model tak bertauliah
sepanjang kami bercuti. Gambar aku dan Ishamudin ketika kami berada di jambatan
malam itu menarik minatku. Ketika itu kami saling berbalas renungan dan
tersenyum penuh makna. Lama gambar itu aku tatap dan debaran di dada terasa
semakin kuat.
“Kau buat apa tu?”
“Mak!!” Aku tersentak bila disergah kuat oleh Ishamudin. Aku terus menukar
gambar tersebut.
“Kenapa? Kau dah jatuh cinta pada aku? Kau dah sedia untuk goda aku?” Aku
gigit bibir. Dia duduk di atas meja sambil merenung wajahku.
“Merepek,” Aku menjeling sekilas wajahnya.
“Kita dating lagi nak tak?” Aku
kerutkan dahi. Teruja pulak dengar dia nak ajak aku dating.
“Nak ke mana?” Aku bertanya sambil memandangnya.
“Kat kampung ni je, seronok kalau keluar berjalan-jalan di tepi sawah tu.
Sekarang sawah padi sedang menghijau. Kita bawa kamera, kita tangkap gambar
pemandangan yang indah kat kampung ni.” Aku tersenyum lebar. Boleh juga. Tentu
seronok dapat menghirup udara segar di kampung Ishamudin ni.
“Errmmm..Okey.” Aku terus berdiri
dan menyikat rambut. Ishamudin pula berlalu ke katil.
“Kau nak pergi mana tu?” Aku karutkan dahi. Tadi dia juga yang ajak aku
keluar, kenapa tanya soalan macam tu pulak?
“Kan kita nak keluar?”
Dia tersenyum dan menepuk tilam disebelahnya. Aku
faham dengan isyarat itu. Sejak berkahwin dengannya, aku mula menyedari
perangainya yang romantik itu. Suka panggil aku dengan bahasa tubuhnya.
Perlahan aku menghampirinya dan duduk disebelahnya.
“Kat luar tu masih panas. Kita tidur dulu. Lepas Asar nanti, baru kita
pergi jalan-jalan,” Dia terlebih dahulu berbaring dan dengan selamba dia
menarik tanganku untuk berbaring sama dengannya. Aku tidak menolak.
“Haikal ada jumpa kau?” Aku menoleh ke sisi.
“Tak. Lama dia cuti ye. Agaknya teruk kena belasah kot?” Dia menoleh
sekilas padaku.
“Eleh...takkan pukul sikit macam tu demam seminggu,” Ucapnya jengkel. Aku
tersengih.
“Nanti kalau saya kerja malam, macamana saya nak turun kerja? Balik tu nak
naik bas nombor berapa?” Aku mengiring memandangnya. Niat hendak tidur tadi
bertukar. Lebih baik aku mengambil masa ni untuk berbual dengannya.
“Jangan risaulah. Itu kita fikir kemudian,” Jawabnya selamba.
“Apa pulak fikir kemudian. Petang esok dah mula kerja malam,” Aku tolak
tangannya yang berada dikepalaku. Suka hati dia nak usap rambut aku. Tapi, best
jugak. Rasa seperti terlalu disayangi olehnya. Nasib baik tangan dia ni memang
degil macam orangnya jugak. Berkali-kali ditolak masih jugak melekat kat kepala
aku ni.
“Esoklah kita fikir,” Selamba je dia bagi jawapan lepas tu dia cium dahiku.
Ahhh!!! Dia suka buat aku tergoda. Aku pukul dadanya perlahan. Aku merenung
siling bilik. Bila terpandang cicak di atas siling bilik, serta merta aku
melompat kesebelahnya.
“Mawar, kenapa ni?” Aku bersembunyi dibelakangnya sambil tangan menunding
ke siling bilik.
“Cicak tu tengok sayalah, awak,”
“Hah!!! Cicak pun nak skodeng isteri
aku?”
“Iye.”
“Mana ada. Merepek je kau ni. Kasihan cicak tu. Tak pasal-pasal kena
fitnah.” Ishamudin beralih ke tengah sedikit. Aku kembali menelentang. Dia ni.
Orang cakap betullah.
“Dah...tidur lagi,” Aku angguk kepala. Tapi mataku masih belum dapat lelap.
Terbayang-bayang cicak tu tengok aku. Mataku terbeliak dan serta merta bulu
romaku meremang bila terpandang cicak tadi sedang elok landing atas perut aku.
“Ahhh!!!!” Aku menjerit kuat lantas memukul badan Ishamudin.
“Mawar!! Kenapa ni?” Sekali lagi Ishamudin menjerit.
“Tu..tu..ci..ci....cak..a....wak...tolong buang,” Aku pejam mata dan
menangis bila terpandang cicak tu buat muka tak bersalahnya landing atas perut aku. Entah bila masa
pulak dia jatuh atas perut aku. Kenapa tak jatuh atas perut Ishamudin tu.
Kenapa perut aku juga dia jadikan landasan.
“Aih!!! Cicak ni pun nak mencabul isteri aku. Takkan dengan cicak pun aku
nak bersaing,” Ishamudin membebel. Suami aku ni, sempat pulak nak marah cicak
tu. Orang dah ketakutan ni. Aku buka sedikit mataku memandang atas perutku.
“Awak, buanglah. Saya takut ni. Geli betul tengok binatang tu,” Aku
meronta-ronta sambil menendang-nendang angin.
“Dah buang. Isk..ni mesti cicak jantan. Aihh...cicak..cicak..semua nak
berebutkan bini aku ni.” Dia membebel lagi.
“Dah buang?”
“Sudah.” Aku terus duduk.
“Awak dah bunuh cicak tu tak?” Aku sekarang memang dalam ketakutan.
Betul-betul takut.
“Belum. Ni ha...”
“Mak!!!” Aku terus masuk dalam pangkuannya lalu memeluk erat lehernya.
“Awak..buanglah. tak nak tengok,” Aku gosok kepalaku didadanya.
“Luculah kau ni. Penakut,” Ejeknya dalam ketawa besarnya. Perlahan aku
pukul belakang tubuhnya.
“Adui!!! Okey. Lepaslah. Macamana nak bernafas ni,” Perlahan aku meleraikan
pelukan dan merenung tajam wajahnya. Dia terus tersenyum melawan renunganku.
Aku ralit bila direnung sedemikian. Apabila terasa wajahnya semakin mendekat,
aku pura-pura batuk.
“Ehem..” Aku berusaha membawa kami ke alam nyata.
Beberapa ketika kemudian, kami berdua
masing-masing kaku. Aku buat-buat sibuk sambil memandang ke arah lain. Aku
takut untuk memandang wajahnya saat itu.
“Kurang asam punya cicak. Yang kau landing atas perut aku kenapa? Landinglah atas perut orang tu. Dia
ingat perut aku ni lapangan terbang ke apa,” Aku bersuara perlahan membebel
mengutuk cicak. Sebenarnya, aku masih malu. Ishamudin tergelak. Aku turut sama
tergelak. Akhirnya kami berdua tergelak besar.
“Cicak tu memang nak kena goreng agaknya. Punyalah besar perut aku ni,
perut isteri aku jugak tempat dia nak landing.”
Aku mencebik.
“Kenapa?” Aku kerutkan dahi bila mendengar soalan tiba-tibanya itu.
“Kenapa apa?”
“Kau buat muka macam tu kenapa?”
“Takde apa-apa,”
“Kau nak cakap atau tak?”
“Takde apa-apa. Iskh..awak ni,” Aku sedia untuk turun dari katil.
“Baik kau cakap, kalau tak, cicak besar landing
atas perut kau tu kelak,” Mataku terbeliak mendengar kata-kata yang keluar dari
mulutnya. Erkkk...cicak besar?
“Cicak besar? Mana? Awak jangan nak takutkan saya lagi.” Aku terus melompat
atas katil. Dia tergelak lebih kuat dari tadi.
“Penakut betul. Cicak besar tu, akulah,” Dia ketawa lagi. Aku gigit bibir.
Marah dah ni. Sempat pulak dia kenakan kita.
“Awak ni,kan..eeiii..geramnya aku...Awak dan cicak tu sama je. Gatal,” Aku
cubit lengannya.
“Mawar...aduh..sakit...Sakitlah,” Dia menepis tanganku.
“Padan muka.” niat hendak tidur terbatal. Akhirnya kami duduk diluar
menonton televisyen.
Petangnya seperti yang
dijanjikan, kami berdua menghabiskan masa dengan mengelilingi kampung. Kami
berdua menghabiskan masa di jeti setelah selesai merakam gambar pemandangan
sawah padi. Seronok sangat bila menghirup udara petang yang nyaman itu. Rambut
panjangku dibiarkan bebas. Cuma rambut depan aku ikat supaya tidak mengganggu
pandanganku.
“Kenapa?” Aku angkat kening bertanya padanya yang begitu asyik merenung
wajahku. Aku sentuh pipi dan seluruh mukaku. Matanya masih meratah segenap inci
wajahku. Aku kecilkan mata. Mesti dia fikir benda yang bukan-bukan. Aku usap
rambutku perlahan. Tiba-tiba petang ni aku rasa aku dah jadi perempuan melayu
terakhir pulak. Kemudian aku pasangkan penutup kepala baju jaket yang dia paksa
aku pakai sebelum keluar dari rumah tadi.
“Jangan,” Tanganku dihalang. Aku kerutkan kening. Pelik betul perangai dia
petang ni.
“Kenapa?” Soalku ingin tahu.
“Cantik.” Aku gigit bibir. Tersipu malu bila dia puji aku cantik.
Seronoknya bila ada orang puji.
“Ye ke?” Macam tak percaya pulak dia puji aku.
“Tapi aku tak suka share kecantikkan kau dengan orang lain,” Aku mencebik.
Sebab tu dia suruh aku pakai jaket dia ni. Bila
aku tengok baju yang aku pakai, aku tersenyum lagi. Suami mana tak cemburu
kalau tengok isteri dia pakai baju ketat macam yang aku pakai ni. Dia tak
halang, tapi, dia suruh aku pakai baju jaket dia. Matanya masih merenung
wajahku. Aku jadi tak selesa. Terasa seperti dia sedang menggoda aku saat ni.
“Awak nak goda saya eh?” Soalan berani mati aku tanya. Dia tersentak.
Beberapa saat kemudian dia angguk kepala. Giliran aku pula yang tersentak dan
menjarakkan diri darinya. Sebelum sempat aku lari, dia terlebih dahulu menarik
pinggangku. Terasa wajahku membahang.
“Kenapa? Kau tak suka?” Ucapnya perlahan. Tangan kasarnya mengusap
rambutku. Aku bermain dengan jari sendiri. Dalam hati aku cakap, aku suka.
Tapi, kepala aku dah geleng dulu. Dia tergelak.
“Comel je bila kau tersipu malu macam ni.” Aku menjeling tajam padanya. Dia
angkat kening dan tersenyum.
“Miang.” Dia angguk.
“Dapat isteri cantik macam ni, siapa yang tak miang?” Soalnya selamba.
Tangannya terus membelai rambutku. Aku tunduk merenung jari-jemari sendiri semula. Kami sama-sama
mendiamkan diri.
“Lepas ni kita pergi kebun. Petik buah rambutan. Nak tak?”
“Buah rambutan?” Dia angguk kepala.
“Nak. Banyak tak? Boleh tak saya panjat?” Aku tersengih. Wajah Ishamudin
saat itu, usah cakap. Bengang habis.
“Isk...sedar sikit kau tu perempuan. Nak panjat pokok pulak dia.” Aku
mencebik.
“Salah ke? Dulu, selalu Mawar panjat pokok rambutan ayah tau.” Sampai
sekarang pun, aku masih panjat pokok rambutan. Pokok rambutan yang ayah aku
tanam tu, rendah je. Dahannya kecil-kecil.
“Tak salah. Tapi, sekarang kau dah kahwin. Kawal sikit perangai tu,” Aku
buat muka tak puas hati.
“Yelah. Awak je menang.” Mengalah jelah. Kalau nak bertekak, bukan dapat
hasil pun. Silap hari bulan, melepas aku nak tengok dia panjat pokok rambutan
tu.
“Awak, dulu, masa kecil-kecil, ayah selalu bawa kita orang ke kebun. Masa
tu, masih hutan tebal. Kawan saya ni, dia tak pandai panjat pokok. Apa jenis
pokok, semua dia tak pandai. Satu hari tu,kan...” Aku tergelak besar bila
teringat kenangan lalu.
“Apa yang terjadi? Macam best je,” Soalnya teruja.
“Masa hendak pergi petik buah rambutan tu, tiba-tiba, kami terdengar bunyi
pelik. Kruhkkhk..kruhhh..” Aku dah buat bunyi pelik. Kerutkan di dahi Ishamudin
aku buat tak tahu.
“Tiba-tiba bunyi macam binatang sekor tu kenapa?” Aku tergelak lagi.
“Bunyi babi hutan. Saya dan Kak
Rina, kawan saya tu dengan kakak dia. Kami berempat berlari macam orang tak
cukup tanah. Lepas tu kan... bila babi hutan tu dah pergi. Baru saya nampak,
kawan saya yang tak pandai panjat pokok tadi, dah elok je dia duduk kat dahan
paling atas sekali.” Ishamudin geleng kepala.
“Lepas tu, nak turun ke bawah, dia tak pandai. Sampai menangis sebab takut
nak turun dari pokok tu,” Aku tergelak lagi. Bila di ingat balik, aku terasa
hendak ketawa. Masa tu, memang terus lupa kelemahan kawan aku tu. Dalam keadaan
takut, manusia boleh buat apa saja.
Aku terdiam bila menyedari
Ishamudin sedang merenung wajahku. Aku tersipu malu. Sejak kebelakangan ni,
hubungan kami semakin hari semakin pelik aku rasakan. Dia tidak seperti dulu
lagi. Dia layan aku dengan baik.
“Awak ni. Malulah saya. Tengok kat tempat lainlah,” Aku tolak pipinya. Dia
tersengih.
“Aku suka tengok kau bercerita. Ceria sekali. Patutlah Asran dan Haikal tu
suka berkawan dengan kau. Bila berada di sisi kau, aku terlupa di mana kita
berada.” Aku memandang wajahnya sekilas. Tak sanggup nak tengok lama-lama.
Nanti aku jatuh cinta. Errr...pembetulan. Nanti aku semakin cinta.
“Saya biasa je. Awak tentu bosan dengar celoteh saya tu,kan,” Aku beranikan
diri untuk bertanya. Dia geleng kepala.
“Aku suka. Meriah rumahtangga kita dengan sikap peramah dan ceria kau ni,”
Aku angguk kepala.
“Okey. Kita pergi sekarang. Nanti lambat pulak.”
“Sempat ke? Esok je kita pergi. Saya tak puas lagi dating dengan awak,” Aku tarik tangannya. Aku mendongak memandang
wajahnya sambil tersenyum manis. Ishamudin pandang wajahku dengan kerutkan di
dahi. Dia kembali duduk.
“Tak puas dating dengan aku?” Aku
angguk kepala. Bila lagi nak habiskan masa dengan dia.
“Kau suka dating dengan aku?”
Angguk lagi. Dah macam lagu kumpulan Ahli Fikir tu. angguk-angguk,
geleng-geleng. Dia tersenyum kemudian geleng kepala. Aku tersenyum puas dan
memeluk lengannya.
*****************
p/s : Selamat membaca semua.. maaf sebab lambat post entry ni... hujung tahun macam ni, memang sibuk sangat. harap kalian bersabar ye...
5 catatan:
alahai
manja nye dorang ni
Rotflol....
Keep it up!
nak lagi.
best..
best..
Post a Comment