Followers

Wednesday, October 30, 2013

Relaku Pujuk 32



Aku menunggu dengan sabar di guardroom. Beberapa kali aku pandang jam. Mana pulak pak cik ni pergi. Takkan dah lupa nak jemput isteri dia yang comel ni. Ataupun, dia masih merajuk kerana hal semalam. Aku mengeluh. Nak call dia atau tak? Ahhh…tunggu jelah. Kalau dia tak datang jugak. Aku tak nak balik ikut dia. Biar dia tahu aku merajuk sebab tunggu dia macam patung  kat sini. Dah bermacam fesyen aku gayakan dekat guardroom ni. Pak cik guard tu pulak dah pandang semacam kat aku. Sekejap duduk, sekejap berdiri kemudian duduk lagi. Sepak batu kecil yang terdapat di atas lantai guardroom.
“Ni yang aku benci sangat ni. Kata nak ajak aku balik. Batang hidung pun tak nampak,” Aku dah mula membebel.
“Malas aku nak balik. Tidur lagi baik. Sudahlah perut orang lapar ni,” Aku menghentak kaki menuju ke kantin asrama. Beberapa langkah kemudian, telefonku berbunyi. Siapa yang call aku waktu ni. Malas nak layan. Aku terus mencari tempat duduk. Nak beli makanan, kantin dah tutup. Apa aku nak buat kat sini.
Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba terdengar suara warden bertugas menyebut namaku dan meminta aku turun ke bawah sebab suami aku panggil. Wah!!!! Sampai macam tu sekali. Malunya aku. Semua orang tahu aku nak balik dengan Ishamudin. Lepas ni mesti aku kena usik oleh cik kak-cik kak kat bilik dan kilang nanti. Ketika aku sampai di guardroom, Ishamudin berpeluk tubuh sambil matanya memandang tajam  kearahku. Bila melihat dia memakai baju melayu, aku tergoda lagi. Terlupa sekejap tadi aku  marah sebab dia datang lambat. Macamana nak marah ni. Susah betul kalau berkahwin dengan lelaki kacak macam suami aku ni. Nak marah pun tak dapat. Baru tengok muka dia rasa marah dah hilang. Kalau dia pujuk, memang cair dibuatnya.
“Jum,”
Erkkk…itu je? Baik tak payah naik. Tunggu je kat bawah tu. Merungut dalam hati je.
            Kami sama-sama mendiamkan diri. Tidak ada mood hendak berbual. Aku keluarkan ipod yang dihadiah olehnya kepadaku masa di Sabah hari tu. Terus aku sumbat earbud ke telinga dan cuba melelapkan mataku.
            Hampir 1/2 jam, kami sampai di halaman rumah Ishamudin. Aku pura-pura tidur. Nak tangok macamana cik abang aku ni nak kejutkan aku. Beberapa minit berlalu, masih tiada apa-apa tindakan darinya. Kemudian aku terasa rambutku disebak ke belakang. Terasa tangan kasarnya mengusap pipiku. Tak nak biarkan dia bertindak lebih jauh, aku pura-pura menggeliat dan sekaligus menepis tangannya yang berada di pipiku.
“Dah sampai?” Soalku sambil menguap dan menggosok mata. Ishamudin sedang menggaru kepalanya. Buat muka selamba. Macamlah aku tak tahu apa yang dia buat tadi. Aku sembunyi gelak.
“Tak nak naik ke? Saya mengantuk ni. Penat siang tadi belum hilang lagi ni,” Aku keluar dari kereta dan bersenam sekejap. Dia masih kaku di dalam kereta. Aku menyembunyikan senyum. Mesti dia malu sebab terkantoi tadi. Dengan isteri sendiri pun nak malu. Hahahaa…        
            Aku terus masuk ke dalam rumah sebaik sahaja ibu mertuaku membuka pintu rumah. Selepas bersalaman dan bertanya khabar aku terus masuk ke bilik kami. Aku cuci kaki kemudian terus melompat ke atas katil. Kain selimut tebal yang berlipat elok di atas katil aku capai. Mengantuk sangat mataku ini. Hampir-hampir tak dapat dibuka. Perut lapar pun dah tak terasa lagi. Tidak sampai 1 minit, aku sudah belayar jauh. Sedar je, bila dengar suara kasar mengejutkanku.
“Mawar, bangun. Sembahyang subuh,” Sayup-sayup aku terdengar suara Ishamudin memanggilku. Rasanya baru sekejap tadi aku pejamkan mata. Takkan dah siang.
“Mawar, bangun. Nak mengelat lagilah tu,” Aku buka mata perlahan dan duduk termenung di tengah katil.
“Saya kat mana ni?” Soalku pelik. Mataku meliar memandang sekeliling bilik. Cantik betul bilik ni. Semalam aku tak perasan pulak warna bilik ni. Ungu muda. Aku tersenyum lebar.
“Berangan pulak. Aku cium kang,”
“Erkk….Cium? iskh..” Alamak!! Macamana boleh terlupa yang aku berada di bilik Ishamudin. Aku turun dari katil dan berlari ke bilik air. Ishamudin hanya memerhati pelik kearahku. Ketika aku keluar dari bilik air, dia masih tayang riak pelik dia. Aku ada buat salah ke semalam?
            Aku menyarung telekung dan berdiri di belakang Ishamudin yang sudah sedia menunggu untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
“Assalamualaikum…Assalamualaikum..”
“Assalamualaikum..Assalamualaikum..”
            Aku menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Ishamudin. Selesai berdoa, Ishamudin berpaling padaku. Aku berlutut dihadapannya dan terus menarik tangannya. Tangan kasar itu aku cium dengan rasa rendah diri. Sekali lagi aku tersentak bila Ishamudin menarik wajahku dan mencium dahiku. Aku masih kaku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Hendak beredar, tangan Ishamudin masih melekat di kedua-dua belah pipiku. Aku gigit bibir tanda tak puas hati ni. Tapi, tak pula aku cuba untuk melarikan diri. Hanya mataku sahaja memandang ke arah lain. Tak sanggup hendak menentang matanya. Bimbang aku tergoda padanya. Tak pasal-pasal aku cium dia pulak. Wajahku semakin merona merah sebab terlalu lama sangat di renung. Aku tahulah aku ni cantik, tapi, kalau tengok lama-lama, nanti jemu. Huhuhu…
“Ehem…” Akhirnya keluar juga suaraku. Kaki dah lenguh sebab duduk berlutut lama sangat. Lagipun tangan aku pun dah kebas ni sebab kaku je dari tadi. Yang suami aku ni buat-buat tak faham pulak. Nampak macam tak sedar je. Kalau aku cium pipi dia baru tahu. Erkkk… apa yang aku merepek ni. Aku geleng kepala.
“Kenapa?” Mataku memandang tepat ke matanya. Wajahnya jelas sekali keliru.
“Apa yang kenapa?” Haiii.lah…awal pagi dah tanya soalan pelik.
“Kenapa kau geleng kepala?” Aku tersenyum. Kemudian pipi sengaja dikembungkan. Akhirnya aku mengeluh lega bila tangan Ishamudin melurut jatuh. Mungkin dia baru tersedar yang tangannya sedang menyentuh pipiku.
“Takde apa-apa. Errr…saya nak sambung tidur boleh?” Aku bertanya selamba sambil menanggalkan telekung ku.
“Apa pulak nak sambung tidur. Tolonglah mak kat dapur tu. Buatkan sarapan ke,” Aku mencebik.
“Yelah…yelah..” Aku menghentak kaki namun tetap juga keluar dari bilik menuju ke dapur. Bila aku sampai di dapur, sunyi je. Mana pulak mak mertua aku pergi. Mungkin dia sembahyang kot. Mataku liar mencari cerek untuk memasak air. Ketika aku sedang mencuci pinggan kotor di dalam singki, aku terkejut bila mendengar bunyi kucing bergaduh. Tanpa menunggu lama, aku terus berlari masuk semula ke dalam bilik kami. Aku peluk lutut sebab takut sangat bila dengar bunyi kucing bergaduh. Ishamudin yang sedang menghadap laptop memandangku dengan kerutan di dahi.
“Kau kenapa?” Aku gigit bibir.
“Awak tak dengar bunyi kucing bergaduh tadi?” Dia angguk kepala.
“Kucing bergaduh tu kat luar sana. Bukan dalam rumah. Itu pun nak takut?” Aku mencebik.
“Isk..awak ni. Seram tau bunyinya. Mak takde kat luar tu. Awak temankan saya ye,” Aku turun dari katil menghampirinya.
“Aku ada kerja nak buat ni,” Dia sedang menaip resume.
“Awak nak cari kerja lain?” Dia angguk kepala.
“Kenapa? Awak tak nak kerja satu tempat kerja dengan saya ye? Awak malu bekerja satu tempat dengan saya?” Aku bertanya sedih. Sampai hati dia. Ni yang buat aku rasa hendak menangis ni.
Papp….
“Aduh!!” Aku gosok dahiku yang dipukulnya sebentar tadi.
“Asyik nak fikir benda yang bukan-bukan je.” Marahnya. Aku mencebik. Habis tu, kenapa nak cari kerja lain.
“Sudahlah. Bising je kau ni. Pergilah tidur.” Aku mengeluh dan terus naik atas katil. Mataku masih merenungnya. Biar dia tahu aku berkecil hati dengannya. Kalau dia bekerja di tempat lain, semakin jauh jarak antara kami. Semakin sukar untuk kami jatuh cinta. Dia memang tak sayangkan aku. Aku berpaling ke belakang apabila terasa airmata mula mengalir dipipiku. Kenapa mesti ada rasa sedih. Mestilah sedih. Aku yang tak sedar diri ini terlalu mudah menganyam perasaan. Terlalu mudah menyerah hati pada yang tak sudi. Kenapalah hati aku ni terlalu lembut.

***********************
            Siangnya kami  menghabiskan masa di rumah nenek Ishamudin. Rumah nenek Ishamudin ni agak besar berbanding rumah keluarga Ishamudin. Aku seronok berjalan di sekeliling rumah tersebut. Rumah papan yang cantik dan klasik.
“Sham, nak pergi mana tu?” Aku menoleh. Ishamudin segak sekali memakai baju t-shirt longgar dipadankan dengan seluar jean biru gelap. Dia tetap tampan dimataku tak kira apa saja yang dia pakai. Bila masa pula dia tukar baju? Biarlah. Tak penting.
“Nak hantar Arisa ke asrama. Mak Cik Lia minta tolong tadi.” Nek Salmah angguk kepala. Ishamudin terus berlalu tanpa memandang ke arahku. Erkk…dia lupa ke dia ada isteri kat sini? Kalau dia pergi, habis tu, aku macamana?
“Sham, isteri kamu tu?” Barulah dia berpaling ke arahku. Aku buat-buat tak tahu.
“Dia tinggal kat sini sekejap. Tak jauh pun asrama Arisa tu. Lagipun, dia bawa kawan dia sekali. Terlebih muatan pulak kalau bawa Mawar.” Aku tersentak. Bibir digigit geram.
“La, habis tu, Mawar tu macamana? Kesian pulak tengok dia sorang-sorang kat sini.”
“Takpe nek. Mawar malas nak keluar jugak. Mawar nak berehat kat rumah.” Aku tersenyum dalam paksa. Orang tak sudi nak bawa kita, buat apa nak paksa. Aku menoleh sekilas ke arah Ishamudin yang sudah masuk ke dalam kereta. Aku mengeluh berat. Aku ni bukan sesiapa pun pada dia. Langkah di atur menuju kebuaian yang terdapat di halaman rumah Nek Salmah. Aku hanya melihat dari ekor mata ketika kereta Ishamudin berlalu. Nasib baik aku bawa novel sekali. Taklah bosan sangat.
            Aku tersentak bila bunyi hon kereta kedengaran dekat sekali. Nasib baik tak terjatuh dari buaian tu. Bila aku berpaling, beberapa orang anak muda tersengih-sengih padaku. Aku kerutkan dahi. Macam tak pernah tengok orang perempuan pulak mereka ni. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku meneruskan bacaan yang tergendala sebentar tadi.
“Hai!!! Sombongnya.” Aku tetap tidak mengendahkan mereka. Kalau dilayan makin jadi pulak nanti.
“Sorang je ke? Nak kami temankan?”
“Kesian dia tinggal sorang kat sini. Suami dia pulak pergi berjoli dengan perempuan lain.” Aku gigit bibir. Sesedap rasa je kutuk suami aku. Aku terus berdiri dan berjalan perlahan menuju ke rumah.
“Ala…sombongnya. Marilah keluar dengan kita orang.” Ni yang aku malas nak keluar rumah. Aku terus masuk ke rumah tanpa berpaling.
“Kenapa Mawar?” Aku tersenyum kelat.
“Ada orang usik Mawar kat luar tu,” Jawabku lemah. Lebih baik aku duduk kat ruang tamu ni.
“Kalau Mawar nak berehat, pergilah ke bilik hujung tu. Isham selalu bermalam kat situ. Boleh dikatakan itu dah jadi bilik dia.” Aku tersenyum dan terus angguk kepala. Memang saat ini, aku nak lelapkan mata je dari memikirkan tentang Ishamudin dengan sepupu dia tu. Pelik betul. Hari ni,kan hari sabtu, awal pulak dorang tu balik ke asrama.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Eh!! Haris. Naiklah.” Aku kerutkan dahi. Siapa lelaki kacak yang sedang tersenyum di hadapan pintu rumah Nek Salmah ni? Lelaki itu tersenyum manis kearahku. Aku membalasnya kemudian menunduk sedikit kepala.
“Siapa gadis cantik ni, nek?” Soalnya teruja. Aku kerutkan dahi.
“Isteri Isham. Mawar. Mawar, mari. Ini sepupu Isham. Haris. Hari tu dia tak dapat balik. Maklumlah, orang dah kaya sejak jadi bos sekarang ni.”
“Isk..Merepek je nenek ni. Mana ada kaya. Haris sibuk sangat. Lagipun, belum mampu nak mengupah pekerja, terpaksalah Haris sendiri turun padang.” Nek Salmah tersenyum. Lelaki yang bernama Haris tadi mengambil tempat duduk di sebelah Nek Salmah selepas mereka bersalaman.
“Mawar, hidangkan air untuk Haris. Cucur udang tadi masih ada,kan.” Aku angguk kepala.
“Wah!! Nek, cantik betul isteri Sham tu. Bertuah betul Sham. Tak dapat kahwin dengan Hadiah, dia kahwin pulak dengan gadis cantik tu.” Aku geleng kepala mendengar kata-kata lelaki itu.
“Memang bertuah. Kau bila lagi. Takkan nak membujang sampai ke tua. Umur kamu tu bukannya semakin muda.” Aku tersenyum mendengar Nek Salmah membebel.
“Kalau jumpa perempuan cantik macam dia tu, sekarang juga saya berkahwin, nek.” Nek Salmah geleng kepala.
“Jemputlah minum.”
“Terima kasih. Duduklah sekali. Saya nak berkenalan dengan isteri Sham ni.” Aku serba salah. Aku tak kenal sangat lelaki ni. Aku pandang wajah Nek Salmah.
“Duduklah Mawar.” Akhirnya aku  duduk bertentangan dengannya.
“Macamana boleh terkahwin dengan Sham ni? Kamu berdua memang dah lama kenal?” Banyak betul soalan. Apa aku nak jawab ni.
“Mawar ni, sepupu jauh Sham. Nenek dia dan nenek mak Sham kamu adik beradik.” Aku angguk kepala. Terima kasih nek, sebab tolong Mawar jawab soalan tu.
“Nenek nak ke dapur. Kamu berdua berbuallah dulu. Nak buat kuih untuk dihantar ke rumah orang meninggal kat hujung kampung tu.”
“Mawar tolong.” Aku menawarkan diri. Rasa tidak selesa berdua dengan lelaki dihadapanku itu. Nek Salmah terdiam.
“Haris, lupa pulak nak tanya tujuan kamu datang tadi.”
“Yelah nek. Nampak perempuan cantik terus lupa ingatan. Mak suruh ambil kuih.”
“Yelah. Tunggu sekejap.” Nek Salmah terus ke dapur. Aku tunduk merenung kaki sendiri.
            Aku tersentak bila mendengar suara orang bergelak ketawa. Perlahan aku angkat kepala dan menjenguk keluar rumah. Haris berdiri seketika kemudian duduk kembali.
“Arisa dan Sham. Kenapa Sham kahwin dengan awak ye? Saya rasa, kalau Arisa dah habis belajar, tentu Sham akan berkahwin dengan Arisa.” Aku gigit bibir mendengar ayat tersebut. Sabar Mawar. Jangan jatuhkan maruah kau depan orang lain.
“Mungkin juga. Itu yang dinamakan jodoh.” Aku menjawab tenang. Kami berdua berpaling ke pintu rumah sebaik sahaja mendengar suara teruja Arisa memanggil Haris.
“Abang Haris. Bila sampai.” Mataku bertemu pandang dengan Ishamudin. Wajah tanpa riak dihadiahkan padaku.
“Arisa.. ceria nampak. Seronok dapat keluar dengan Sham.” Arisa tersengih. Satu yang aku tak suka tentang gadis tinggi lampai ni. Dia tak pernah menegur aku. Tersenyum padaku pun  susah.
“Mestilah seronok. Kita jalan-jalan sekejap tadi. Kan, Abang Isham.” Jawabnya manja. Kenapa aku rasa sakit hati.
“Saya ke dapur dulu.” Aku berdiri dan sedia untuk beredar.
“Mawar, duduklah dulu. Kita borak-borak.” Aku tersenyum pada Haris. Ishamudin yang sedang duduk disebelahku, aku buat tak nampak.
“Saya nak ambil cawan sekejap.”Aku terus berlalu.
“Maaflah Abang Sham. Terlupa pulak hari ni hari sabtu.” Aku kerutkan dahi mendengar suara manja Arisa.
 “Abang ingatkan korang memang ada kelas tambahan ke apa ke kat sekolah tu. Sebab tu abang pun tak bertanya.” Aku gigit bibir. Suara Ishamudin begitu lembut sekali menjawab. Huh!!! Lelaki. Memang pantang dapat jumpa perempuan. Aku terus berlalu ke dapur. Lupa hari ni hari sabtu konon. Sengaja nak keluar dengan suami aku.
“Terima kasih sebab abang sudi temankan Arisa pergi beli buku tadi.” Aiks…sengaja nak bagi aku dengar ye.
“Dah terlanjur keluar, pergi jelah,kan.” Iskh…geramnya aku. Ada jugak yang aku bagi pelempang sekejap lagi.
“Jemputlah minum.” Pelawaku. Arisa langsung tidak menjawab malah memandang wajahku pun dia tidak sudi.
“Hai… Arisa. Sham tu suami Mawar. Tak nampak isteri dia kat depan tu.” Aku tersenyum kelat. Arisa buat tak endah.
“Bukannya Arisa buat benda tak elok. Takkan dia nak cemburu pulak.” Aku angguk kepala. Malas aku nak buang masa cemburukan kau tu. Apa yang pasti,Ishamudin dah jadi suami aku.
“Beruntung kau Sham. Dapat isteri cantik macam Mawar ni. Memahami pulak tu.” Aku tersenyum. Memang sangat memahami. Sesekali aku terasa seperti Ishamudin sedang memandang kearahku. Bila melihat kerancakan mereka berbual, aku meminta diri untuk ke dapur.
“Nek, saya nak berehat kat bilik sekejap.” Nek Salmah angguk kepala.
Aku duduk tegak di atas katil. Sakit hati betul dengan mereka kat luar tu. Baik aku tak payah ikut dia balik. Ingatkan dapat habiskan masa dengan dia, rupanya dia nak habiskan masa dengan sepupu dia tu. Kenapa tak kahwin dengan sepupu dia tu. Kenapa ajak aku kahwin? Aku rebahkan kepalaku di atas bantal. Terasa air mata mengalir di pipi. Kenapa aku terlalu mudah tersentap bila Ishamudin tidak mengendahkanku.
            Aku terjaga bila terasa ada sesuatu bergerak dikeningku. Beberapa kali aku tepis, masih juga dia datang. Perlahan aku buka mata dan aku terus berpaling bila menyedari Ishamudin sedang merenungku.
“Bangun. Sembahyang Asar lagi. Lepas ni kita balik rumah,” Aku berdengus kasar dan terus berlalu ke bilik air. Hati masih sakit sebab ditinggalkan tadi.  Dia hanya memandang pelik kearahku tanpa berniat hendak meminta maaf. Buat-buat tak fahamlah tu. Lebih baik berdiam diri daripada aku memalukan diri sendiri. Sudah jelas dan nyata dia tidak menyukaiku. Lebih baik aku ikut rentak dia.
            Aku membuang pandang keluar tingkap. Suasana sepi di dalam kereta membuatkan fikiranku melayang entah ke mana. Sejak semalam, aku melancarkan perang dingin dengan suamiku. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Itu lebih baik dari hatiku terluka.

*************************
p/s : Selamat membaca semua.. kalau ada yang kurang, harap maafkan...

6 catatan:

Anonymous said...

Ciannye mawar

Anonymous said...

Nak lagiiiii......xsabar dah tgu next n3...tq cik writer

Unknown said...

bagus mawar saya sokong awak.

Anonymous said...

Best laa citer ni.. Tak sabar tunggu sambungan. Beshhhh

MaY_LiN said...

nk lg.. :)

Unknown said...

tqvm semua...in shaa Allah, minggu depan saya upload new entry...