Followers

Monday, September 23, 2013

Relaku Pujuk 27



“Yang ini cantik.” Aku tayang kotak permata yang beraneka warna di hadapan Ishamudin. Dia berpeluk tubuh. Muka pulak macam orang tak puas hati.
“Memang cantik, tapi tak sesuai untuk mak. Beli yang lain je.” Aku muncung mulut.
“Semua tak sesuai. Kaki orang dah lenguh ni,” Aku membebel sambil memukul pahaku. Bayangkan, sudah hampir 2 jam kami mengelilingi pasar tersebut tetapi masih juga belum berjumpa yang berkenan dihati. Esok kami akan balik, jadi hari ini kami berdua membeli buah tangan untuk mereka.
“Beli keronsang pun okey jugak. Yang ini cantik.” Aku teruja melihat keronsang berjuntai yang berada dihadapanku. Bentuknya juga agak unik.
“Yang ini cantik. Cubalah.” Aku kerutkan dahi. Pak cik ni, mana aku nak letak. Aku bukannya pakai tudung pun. Saja nak kenakan aku. Dengan baju t-shirt warna putih sendat di dalam kemudian gaun jean paras lutut bewarna biru serta seluar jean putih, mana sesuai pakai keronsang tu.
“Owh!! Lupa pulak. Tapi, takpe. Benda ni boleh disimpan. Bila kau dah pakai tudung kelak, tak perlulah pergi beli. Lagipun, boleh juga kalau pakai kat sini kan?” Dia sentuh bahu dan dadaku dengan hujung jarinya. Aku menjeling tajam padanya. Dia hanya tersengih. Walaupun tak puas hati, aku tetap juga mencuba.
“Yelah. Cantik. Bunga ros warna putih biru ni memang cantiklah. Nak beli yang mana satu untuk mak?”  Aku bertanya sambil membelek satu persatu keronsang berantai tersebut.
“Mak kau ke mak aku?” Aku berpaling kearahnya.
“Dua-dualah. Takkan nak beli satu je. Mana adil. Kalau awak tak mampu bayar, saya sendiri akan bayar,” Suka sangat nak naikkan darah aku.
“La, marah pulak. Memang patut pun aku tanya mak yang mana satu. Sekarang ni, kita dah ada dua orang mak.” Aku mendiamkan diri. Aku salah faham ke?
“Kakak-kakak kau pun, mesti nak jugak. Kita beli yang cantik-cantik, lepas tu biar mereka sendiri yang pilih.” Aku angguk kepala. Itu semestinya. Kakak-kakak aku memang suka kalau aku bawa balik keronsang ni.
“Saya nak beli cenderahati untuk kawan-kawan saya. Isha suruh beli mutiara untuk dia.” Dia angguk kepala.
            Aku berjalan laju setelah selesai memilih dan membiarkan Ishamudin membayarnya. Aku berhenti di sebuah gerai yang menjual anting-anting.
“Comelnya.”
Aku mencuba sepasang anting-anting bewarna hijau itu dan berpaling ke belakang. Aku memandang sekeliling. Namun wajah yang di cari tidak kelihatan. Aku tak senang hati. Pantas aku tanggalkan anting-anting tersebut dan mencari Ishamudin. Bagaimana aku boleh terpisah darinya. Sebentar tadi aku yakin yang dia sedang mengekoriku dari belakang. Ke mana dia menghilang? Kenapa orang semakin ramai kat sini? Macamana aku nak cari dia ni? Aku berusaha menolak orang yang berada dihadapanku. Namun tidak berjaya. Aku semakin tidak keruan. Kemudian aku berdiri ditengah-tengah jalan. Orang semakin ramai berasak-asak dan ada yang bertolak sesama sendiri. Mungkin disebabkan  sekarang ni cuti sekolah dan ramai orang mengambil peluang bercuti. Aku terasa hendak menangis. Kalau aku kehilangan Ishamudin, di mana aku hendak mencarinya. Sudahlah aku tak ingat kedai mana yang pernah kami singgah. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berdiri di tempat yang agak tinggi dan luas. Berharap Ishamudin menjumpaiku. Setelah hampir setengah jam menunggu, aku semakin gelisah.
“Mana dia ni? Awak, cepatlah datang,” Aku bersuara perlahan. Setelah penat berdiri, aku duduk. Aku gigit bibir menahan airmata yang hampir jatuh. Silap aku juga, kerana takut dirompak, aku telah menyerahkan telefon dan dompetku pada Ishamudin sebaik sahaja kami tiba di situ.
“Mawar,” Aku angkat muka saat terdengar namaku di panggil. Bila aku angkat muka, wajah risau Ishamudin menyapa mataku.
“Awak?” Dia angguk kepala dan mengeluh berat lalu merapatiku.
“Kau ni kenapa? Kau tahu tak aku risau bila tengok kau dah tak ada di sebelah aku tadi? Kenapa suka sangat buat aku risau?” Ishamudin menyiga. Aku terdiam. Niat untuk memeluknya sebentar tadi aku batalkan. Hatiku berbunga riang bila mendengar suara garaunya sebentar tadi. Tetapi bila dia marahkan aku, aku terasa hati tau.
“Awak ni. Orang sedih sebab tak jumpa awak. Awak pulak marah-marah,” Aku merungut.
“Aku terkejut je. Lain kali, boleh tak jangan pergi jauh dari aku. Tangan tu, lain kali pegang tangan aku macam ni. Faham?” Ishamudin genggam erat tanganku. Aku mencebik namun dalam hati aku mengucap syukur pada Allah S.W.T sebab menemukan kami. Aku tidak tahu apa yang terjadi jika kami terpisah lebih lama.
“Saya baru je berniat nak peluk awak tadi,” Aku membentak halus. Aduh!!! Terlepas. Aku garu kepala. Bila bersama Ishamudin, aku sering kali hilang kawalan.
“Hah!!”
“Errr...takde apa-apa.” Aku tersengih.
“Betul kau nak peluk aku?”  Soalnya selamba lalu menghentikan langkah. Aku tersentak.
“Boleh ke?” Aku bertanya bodoh.
“Nak peluk, peluk jelah. Aku ni suami kau. Halal,” Aku mencebik.
“Tak naklah. Tadi awak dah marah saya. Mood nak peluk awak dah hilang,” Ishamudin gigit bibir. Aku jungkit bahu dan sedia untuk beredar. Langkahku terhenti.
“Nak peluk atau tidak?” Aku tetap geleng kepala. Dengan selamba dia memeluk tubuhku erat sekali.
“Lain kali jangan tinggalkan aku,” Ucapnya perlahan. Aku tergamam. Perlahan aku membalas pelukannya. Agak lama kami berpelukan di tengah pasar tersebut.
“Errr...Awak, semua orang tengok kita,” Aku menolak tubuhnya. Dia garu belakang tengkuknya setelah melepaskan tubuhku. Comel sangat wajahnya saat itu.
“Okey. Mari,”
Aku terus memeluk lengannya ketika kami meninggalkan tempat aku menunggunya dengan setia. Aku terus menggenggam erat tangannya. Dia juga membalas genggamanku. Hatiku berbunga indah. Apakah dia juga merasa apa yang aku rasa?
“Kau beli apa untuk kawan-kawan kau?” Aku geleng kepala.
“Tak sempat beli. Lagipun, telefon dan dompet saya ada pada awak.” Aku bersuara lemah. Dia mengeluh.
“ Kau nak beli apa?”
“Tadi saya nampak anting-anting yang cantik. Saya nak cari anting-anting je.” Dia angguk kepala.
            Kami singgah di sebuah gerai menjual anting-anting. Aku memilih beberapa pasang anting-anting untuk rakan-rakanku. Ishamudin turut sama memilih cincin. Tangannya masih menggenggam erat tanganku. Aih, mana pak cik ni letak barang-barang yang kami beli tadi?
“Err...Awak, mana kotak-kotak keronsang tadi?” Aku pandang wajahnya yang selamba itu. Kemudian dia menepuk belakangnya. Aku menoleh. Owh!! Dalam beg. Bila masa pulak dia beli beg. Setahu aku, tadi dia hanya pakai beg kecil kat pinggang dia je. Tangannya asyik membelek cincin berpasangan di gerai itu.
“Kau rasa yang mana satu cantik?” Aku kerutkan dahi. Nak buat apa beli cincin tu? Cincin silver pulak tu.
“Ini cantik.” Aku tunjukkan sepasang cincin yang berbentuk simple tapi menarik. Ishamudin tersenyum dan angguk kepala.
“Aku pun rasa yang ini cantik. Yang ini okey jugak.” Aku meneliti cincin tersebut dan aku dapati terdapat bentuk salib diukir kemas di dalam cincin tersebut. Aku berbisik ditelinganya. Seperti biasa, kerana dia agak tinggi, jadi aku terpaksa menarik lehernya dan berbisik ditelinganya. Dia tidak kisah jika aku menarik lehernya. Ketika aku berkira-kira hendak berbisik ke telinganya, dia terus berdiri tegak menyebabkan aku terpaksa berpaut pada lehernya. Kakiku tergantung.
“Ehhh!! Awak. Nanti saya jatuh,” Aku meronta minta diturunkan. Dia hanya tergelak dan mengikut permintaanku. Aku gigit bibir menahan marah. Dan berbisik kasar ditelinganya.
“Ukiran dia macam bentuk salib lah.” Ishamudin memerhati dengan lebih dekat dan dia angguk kepala.
“Yelah. Sorry. Aku tak perasan tadi. So, ambil yang ini?” Dia menyua sebentuk cincin yang agak kecil kepadaku.
“Cuba dulu. Kalau tak muat, nanti suruh mereka ubah ikut saiz jari kau,” Aku tersentak dan memandang wajahnya.
“Untuk saya?” Aku bertanya bodoh.
“Yelah. Untuk siapa lagi? Aku memang nak beli untuk kita berdua.” Aku tersenyum lebar dan terus aku menghulur jari jemariku padanya. Tetapi, dia buat tak tahu. Aku muncung mulut dan menyarung sendiri cincin tersebut ke jari manisku.
“Cincin ni nak letak kat mana?” Aku bertanya padanya. Dijarinya, cincin yang kami pilih tadi memang sesuai untuknya.
“Pakai je. Letak kat jari sebelah kanan pulak.” Aku angguk kepala.
Aku tetap selesa memakai cincin emas tersebut. Cincin yang disarungkan oleh Ishamudin ketika kami selesai upacara akad nikah minggu lepas. Lagipun, cincin itu adalah cincin yang dia pilih sendiri. Mulanya aku tak nak pakai tapi, dia kata cincin tu memang dia yang pilih ikut jari aku. Aku hairan mengapa pilih ikut jari aku? Dia sendiri tidak sedar apa yang dia buat. Itu cincin pertama yang dia beli. Tetapi kerana tidak muat ke jari Kak Diah, dia beli lagi satu. Nasib baik dia tidak menukarkannya ke kedai. Sebaliknya dia simpan dan akhirnya cincin tersebut berguna juga pada hari kami bernikah. Oleh itu, aku sangat sayangkan cincin itu kerana Ishamudin pernah berpesan padaku bahawa itu cincin kesayangannya. Jadi, ia juga akan jadi cincin kesayanganku. Lebih-lebih lagi, bila cincin tersebut di letak elok dalam bekas cincin yang aku pernah minat dulu. Tak sangka dia sempat membeli bekas cincin tersebut sebelum majlis akad nikah kami berlangsung. Terharu sangat bila mengenangkan saat-saat akhir kami handak diijab kabul. Aku tersenyum lebar bila melihat jari kami terdapat sepasang cincin yang serupa. Sekarang kami ada cincin yang sepasang. Aku dekatkan tanganku dengan tangannya.
“Cantik. Macam suami isteri,” Aku tergelak mengenangkan komenku sendiri.
“Huhhh...dah kenyataannya kita ni suami isteri.” Ishamudin ketuk dahiku perlahan. Aku tersengih. Aku rasa bahagia bila bersamanya saat ini.
“Terima kasih awak,” Dia angguk kepala. Aku kembali memeluk lengannya.
            Kami berjalan lagi di sekitar kawasan tersebut. Setelah hampir setengah jam berjalan, kami berdua berhenti bila terpandang sekumpulan orang ramai sedang menari diiringi muzik tempatan. Aku tarik tangannya menghampiri tempat tersebut.
“Awak, best lah.” Kamera digital aku serahkan padanya. Kemudian aku ikut sama bertepuk tangan mengikut rentak mereka yang lain. Beberapa orang penari berpakaian tradisional tempatan sedang menari ditengahnya. Kemudian, perlahan mereka menghampiri penonton dan menarik tangan mereka untuk turut serta menari. Teringin juga nak mencuba tarian tradisional Sabah ni.
            Aku pandang wajah Ishamudin bila seorang gadis menarik tanganku. Ishamudin geleng kepala melihat aku yang begitu teruja dengan keadaan tersebut. Mula-mula agak susah untuk mengikut rentak mereka. Lama-kelamaan, aku mula dapat mengikut rentaknya. Aku ketawa riang sebab dapat menari bersama mereka. Pengalaman pertama aku kat tempat orang. Ishamudin hanya mampu geleng kepala. Tetapi, dia tidak lupa untuk merakam setiap gerak geriku. Aku melambai padanya, dia tersenyum senang.
            Kami semua bertepuk tangan setelah selesai menari. Aku menghampiri Ishamudin.
“Rugi awak tak ikut sama. Seronok tapi penat,”
“Padan muka.” Aku mencebik. Tak kisahpun. Janji seronok.
“Lepas ni nak pergi mana lagi?” Soalku sambil mengikat rambut.
“Makan.” Aku angguk kepala dan berjalan laju dihadapannya.
“Ehemmm...” Aku berpaling bila mendengar Ishamudin berdehem dibelakangku. Matanya memandang tanganku. Aku kerutkan dahi. Apahal pulak ni? Bila melihat tiada reaksi dariku, Ishamudin menghampiriku dan menggenggam erat tanganku. Aku tersengih.
“Sorry.” Dia geleng kepala. Tak sangka dia ni lebih prihatin. Tak kenal maka tak cinta. Siapa sangka Ishamudin yang dingin menjadi begitu baik dan memberi sepenuh perhatian padaku sejak kami sampai di sini.

            *********************************
p/s : Selamat membaca semua. ada tak yang ingat kat cite ni... maklumlah dah lama tak update ...

4 catatan:

Anonymous said...

wow...akhirnyer...dah lame tunggu smbungan citer niii....happy sgt...

MaY_LiN said...

kaira..nak lagi..
hihihihi

nursya said...

Bl leh dpt edisi cetak nie???
X sbr da..penat tggu nie.....
Huhuhu

Unknown said...

best...