Followers

Sunday, April 7, 2013

Relaku Pujuk 20




Hari persandingan....

Sepanjang majlis berlangsung, bayang wajah Kak Diah tidak kelihatan. Sebenarnya aku bingung sebab aku tak tahu mengapa Ishamudin dan Kak Diah tidak jadi berkahwin. Aku pernah bertanya pada Isha tapi hampeh, selamba  je dia jawab, sebab takde jodoh. Semua orang yang aku tanya, semuanya geleng kepala. Kenapa semua orang nak berahsia denganku. Kadangkala aku merasa hairan, kerana, setiap kali aku menghampiri saudara mara Ishamudin untuk turut serta berbual, mereka seperti cuba mengelak bercerita tentang tersebut. Semuanya, cakap, dah ditakdirkan aku dan Ishamudin berkahwin.  

“Pengantin lelaki, peluklah isteri tu.” Wajahku terasa panas bila terasa tangan kasar Ishamudin berada dipinggangku. 

Jauh juga aku mengelamun tadi sehingga tidak sedar sekarang kami sudah berada di atas pelamin. Apalah jurugambar ni, ikut suka hati dia je nak beri arahan. Patut juga aku pernah dengar orang kata, raja paling bodoh adalah raja sehari. Walaupun dia jadi raja pada hari tu, tapi dia kena ikut semua yang orang suruh dia buat. Dan mahkluk Tuhan kat sebelah aku ni, memang pelakon yang hebat. Dia masih mampu tersenyum sedangkan aku bagai hendak menjerit dengan keadaan ini. Seperti yang dijangka, timbul pertanyaan demi pertanyaan tentang perkahwinan kami. 

“Kasihan budak tu. Terpaksa jadi pengantin terjun.” Aik...Pengantin terjun? Biasa aku dengar orang cakap bidan terjun. Pengantin terjun pun ada jugak?  

“Awak, pernah dengar pengantin terjun?” Aku bertanya pelik sebaik sahaja kami berjalan menuju ke pintu rumah. Kasut  tumit tinggi yang aku pakai ini membuatkan aku asyik hendak terjatuh. Nasib baik Ishamudin dengan rela hati memberi bantuan. Sepanjang majlis, tangannya asyik melingkar dipinggangku. Dia tersenyum kecil.

“Baru hari ni dengar. Tak sangka pulak, kau yang jadi pengantin terjun aku. Ini yang dinamakan jodoh yang telah  Allah S.W.T  tentukan  untuk setiap hambaNya. Dan, aku terima kau seadanya.” Aku tertawan bila terpandang senyum manisnya. Dia memang mahal dengan senyuman, tetapi sekali dia tersenyum, boleh angau aku dibuatnya. Kata-kata  dihujung ayatnya tadi menyentuh hatiku. Aku berdoa semoga, hatiku mudah menerima dirinya.

“Kau tahu tak mengapa budak lelaki tu tak jadi kahwin dengan tunang dia?” Aku menoleh sekilas pada wanita-wanita yang sedang berbual tidak jauh dari tempat kami berdiri.

“Tak tahu pulak. Takde pulak Yon tu cakap apa-apa,” Aku mengeluh. Nampaknya, semua orang tak tahu. Mengapa mereka tak jadi berkahwin ye? Aku mendongak memandang wajah tenang lelaki disebelahku. Tangannya tetap setia berada di pinggangku. Takkan dia putuskan pertunangan sebab nak kahwin dengan aku.

“Aku tahulah aku ni handsome, tapi, sekarang ni, kita kat depan orang ramai. Kalau aku buat aksi 18sx kat sini, kau juga yang malu,” Aku tayang riak tak puas hati. Sempat juga nak kenakan aku. Aku gigit bibir menahan marah. Namun hanya seketika bila melihat Ishamudin membalas senyum dari ibunya. Aku mengeluh lemah dan turut sama membalas senyuman ibu mertuaku.

“Awak, kasut siapa yang awak pinjam ni? Saya asyik nak jatuh dibuatnya,” Aku bertanya  bila mendapat peluang ketika kami berdua selesai tayang muka untuk tetamu di bawah. Sebelum ni, aku berkeras nak guna sandle biasa, tetapi mereka melarang sebab tak sesuai untuk majlis bersanding. Tak sesuai? Kalau aku jatuh sebab pakai kasut ni, siapa yang susah?

“Isha. Dia kata kalau kau guna kasut tu, baru nampak sesuai berdiri kat sebelah aku. Kau kan spesis kontot.” Pantas aku cubit perutnya. Dia suka sangat mengusikku. Ini ke perangai dia yang tersembunyi itu? Kalau betul, memang tak terlayan aku dibuatnya.

“Adui!! Sakitlah.” Aku tersenyum puas dapat melihat dia kesakitan.

“Padan muka,” Dia buat muka marah dan  menarik pinggangku mendekatinya. Dadaku berdebar kencang. Kami berdua saling bertatapan seketika sebelum terdengar suara sumbang Isha mengutuk.

“Hai, pengantin baru ni. Sempat pulak nak bermesra depan orang ramai ni. Aku ingat korang ni kahwin sebab terpaksa, rupanya rela terpaksa.” Isha berdiri betul-betul dihadapan kami berdua. Aku tersipu malu. Apa pulak terpaksa. Jauh disudut hati aku rela menjadi isterinya. Aku pandang wajah Ishamudin sekilas. Tapi, bagaimana dengan dia? Dia rela ke?

“Apa pulak terpaksa. Abang rela je kahwin dengan Mawar. Tak tahulah dia ni,” Aku mencebik mendengar Ishamudin menjawab begitu. Isha angguk kepala.

“Dia pun relalah bang. Kalau tak rela, takdenya dia berdiri kat sebelah abang sekarang ni,” Ishamudin tergelak halus. Aku cubit lengan Isha. Pelukan dibahuku semakin erat. Aku mendongak memandang wajah Ishamudin. Adakah benar dia rela untuk berkahwin denganku? 

“Yang kau bagi aku pakai kasut tumit tinggi ni kenapa? Abang kau ni, asyik ambil kesempatan kat aku.” Isha tersengih. Lengan Ishamudin aku peluk erat. 

“Eleh..siapa yang ambil kesempatan sebenarnya? Aku atau kau. Tengok,” Ishamudin menepis tanganku yang sedang memeluk lengannya. Sebaik sahaja peganganku terlepas, aku hampir terjatuh. Pantas lengan Ishamudin aku tarik.

“Awak...kalau saya jatuh tadi, siapa yang susah?” Marahku. Ishamudin tersengih. Isha geleng kepala.

“Mana ada istilah ambil kesempatan. Dia dah jadi suami kau. Dia hanya jalankan tanggungjawab untuk memastikan isteri dia selamat.” Ishamudin tergelak halus. Aku siku perutnya.

“Kawan Isha ni asyik bagi siku kat perut abang je dari tadi,” Aku bulatkan mata kearahnya. Sempat pula nak mengadu. 

“Bila abang dan Mawar nak menyanyi ni?” Aku pandang wajah Ishamudin yang sedang menyembunyi gelaknya.

“Mawar dah hafal lagu tu?” Aku geleng kepala.

“Takpe. Aku tahu, kau tak sempat nak hafal. Jadi, aku dah bagitahu mereka supaya pasang kat TV tu. Ada lirik sekali,” Aku gigit bibir. Dia memang sengaja nak kenakan aku. Belum sempat aku hendak membidas kata-katanya, suara Kak Onah menjerit memanggil namaku mematikan niatku.

“Mawar  tahniah!!... aduh!! Kesiannya aku kat kau. Ni semua Hadiah punya pasal.” Aku kerutkan dahi bila mendengar Kak Onah membebel. Kenapa dengan Kak Diah? Kak Onah tahu tak sebab mengapa mereka tak jadi berkahwin? Aku pandang wajah tenang Ishamudin. Sedikitpun dia tidak terusik bila mendengar nama Hadiah.

“Dah jodoh mereka. Apa-apa pun, akak doakan semoga hubungan kamu berdua bertambah baik lepas ni.Tak boleh gaduh-gaduh lagi. Gaduh sayang boleh.” Kak Mila tepuk bahuku. Aku tersenyum kelat.

“Sham, jaga elok-elok budak tak cukup umur ni. Kalau dia buat perangai, maafkanlah dia. Kami semua anggap dia macam adik kami sendiri.” 

Aku terharu mendengar luahan hati Kak Kate. Betapa mereka menyayangi aku. Biarpun, aku belum lama mengenali mereka. Dari jauh, aku tersenyum saat terpandang wajah muram Abang Asran. Dia menghampiri kami berdua.

“Tahniah!! Sham, Mawar. Aku tak sangka kamu berdua akan kahwin hari ini. Mawar, nampaknya, melepaslah saya.” Abang Asran menatap sayu wajahku.

“Abang  Handsome ni, manalah tahu, nanti abang balik bawa isteri dari Korea pulak.” Aku cuba menceriakan suasana. Abang Asran tersenyum sambil geleng kepala.

“Tak nak lah. Mereka tu bukannya cantik betul-betul. Abang nak gadis melayu.” Aku terdiam sejenak. Pantas aku tarik tangan Isha.

“Ni pun gadis melayu. Abang nak?”

“Mawar... kau dah gila?” Aku tergelak bila melihat wajah merah Isha. Padan muka. Tadi gelakkan aku.

“Mawar, Mawar. Perangai masih tak berubah. Mawar dah jadi isteri orang tau.” Aku muncung mulut. 

“Yelah..yelah.” Mereka tergelak melihat gelagatku. Buruk benar rupanya, bila pengantin menghentak kaki. Huhuhuhu... Ishamudin turut sama tergelak senang.

“Apa gelak-gelak,” Aku menjeling sekilas wajah suamiku. Senang hati gelakan aku. Dia terus tersenyum. 

“Mawar memang cantik hari ni. Sham, bertuah dapat isteri cantik macam Mawar ni,” Kembang hidung bila dengar Abang Asran puji aku. Tapi, apa nak dihairan, Abang Asran memang selalu puji aku. Ishamudin tersenyum senang sambil menggenggam erat jari jemariku. 

Kasihan kat Abang Asran. Kalaupun aku tak kahwin dengan Ishamudin, aku tetap tidak dapat menerima dia sebagai kekasih. Aku sudah menganggapnya seperti abangku sendiri. Aku terasa pelukan dipinggangku semakin erat. Aku pandang wajah Ishamudin yang selamba itu. Kening aku angkat.

“Sakitlah.” Aku bersuara perlahan.

“Kau dah jadi isteri aku. Mata tu kena jaga sikit.” Dia berbisik keras ditelingaku. Malas nak layan. Aku mendiamkan diri. Dalam hati dah macam gunung berapi yang bakal meletus. Oleh kerana kami berada dikhalayak ramai, terpaksalah aku menahan rasa hati sepanjang majlis perkahwinan kami berlangsung.

“Sitahhhhh!!!!!” 

Aku tutup mulut bila menyedari suaraku terlepas. Beberapa orang memandang ke arah kami. Sitah merenung tajam. Aku gigit bibir dan tersipu malu. Dibelakangnya ada beberapa orang lagi rakan-rakannya. Bila aku pandang betul-betul, rupa-rupanya teman satu sekolah denganku.

“Kita orang datang tak bawa hadiah. Siapa suruh kau kahwin terjun?” Aku kerutkan dahi. Kahwin terjun? Berapa banyak bahasa baharu yang aku dengar hari ni.

“Takpelah. Janji korang datang. Aku pun tak sangka aku kahwin terjun dan jadi pengantin terjun hari ni. Nasib baik kau dapat cuti, sayanglah kat kau. Kawan-kawan, sorry, aku terkahwin awal,” Mereka tergelak besar. Aku tersenyum.

“Mawar, tak nak kenalkan suami kau?” Aku pandang wajah Ishamudin dan kemudian beralih pula pada Sitah, Ani dan Shila.

“Mereka ni kawan Mawar. Ani, Shila dan akhir sekali, Sitah. Kenalkan?” Dia angguk kepala.

“Ishamudin. Jemputlah makan.” Ishamudin mempelawa mereka menjamu selera. Ani dan Shila dah tersenyum meleret. Mulalah tu.

“Mawar, handsomelah laki kau. Kalau aku kena jadi pengantin terjun, aku sanggup. Kalau kau tak nak, kenapa tak bagi kat aku?” Aku gigit bibir bila Ani berbisik ketelingaku sebelum aku dan Ishamudin beredar untuk berjumpa kawan-kawannya pula.

“Jangan kau jealous, okey. Dah tak payah nak berangan. Pergi makan. Sekejap lagi, aku dan my hubby nak menyanyi,” Aku senyum penuh makna padanya. 

Aku melambai tangan pada mereka dan menghampiri Ishamudin yang ketika itu sedang berbual dengan rakan-rakannya. Lengan Ishamudin aku peluk erat. Dari jauh aku membalas senyuman ibu dan ibu mertuaku. Jelas terpancar riak gembira di wajah mereka. Sekali lagi aku mendongak merenung wajah lelaki yang sudah menjadi suamiku ini. Apakah sikapnya akan berubah selepas ini?

“Sekarang kita ada acara paling istimewa. Ini permintaan pengantin perempuan. Dia nak dengar suami dia menyanyi. Jadi, dengan tidak membuang masa, kita jemput pengantin lelaki Ishamudin serta isterinya Pn.Mawardina. Opss.... salah info tadi, mereka akan berduet. Mereka memilih lagu  Penghujung Cintaku,” Aku gigit bibir mendengar siulan pemuda-pemuda kampung serta sorakan dari tetamu yang hadir. Kami berdua berjalan seiringan menuju ke tempat pengacara Majlis.

“Terima kasih sebab sudi datang ke majlis perkahwinan kami. Walaupun ada yang hairan sebab pengantin saya tidak sama dengan yang berada di dalam kad jemputan tu. Dah, jodoh saya dengan dia ni, jadi saya terima dengan hati yang terbuka,” Aku kelu lidah mendengar ucapanya.

“Tahniah!! Dapat isteri cantik macam tu, aku pun rela,” Aku kerutkan dahi mendengar suara sumbang menyampuk. Mereka tergelak besar. Mana aku nak letak muka ni. 

“ Terima kasih,” Aku gigit bibir merenung tajam wajah Ishamudin yang tergelak halus.

“Terimalah Penghujung Cintaku,”

Semua tetamu menunggu dengan sabar. Ishamudin tarik nafas dan merenung lembut kearahku. Saat itu, aku rasakan seperti kami memang pasangan suami isteri yang sedang dilamun cinta. Bait-bait lagu yang dinyanyikan seolah-olah menyatakan rasa hati kami berdua saat itu.

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

Aku tersenyum manis sambil membalas genggaman tangannya. Terbuai dengan liriknya. Tanpa aku sangka, aku menyanyi tanpa melihat skrin Tv. Dia tersenyum padaku.

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ishamudin begitu khusyuk sekali menyanyi. Suaranya juga merdu. Kalaulah itu janjinya, akulah yang paling bahagia saat ini. Dimataku hanya wajah dia. Kami saling bertatapan.

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Dia tersenyum sambil meramas jari-jemariku. Kami berada di dunia kami sendiri. 

Tepukan gemuruh mengiringi penamatnya. Aku tersipu malu bila Ishamudin dengan selamba mencium dahiku dikhalayak ramai.

“Terima kasih, Mawar,” Ucapnya perlahan. Aku angguk kepala.

*************************

p/s :  Selamat membaca... kalau tak best jangan segan dan malu untuk memberi komen. komen kalian semua amat dihargai untuk meningkatkan mutu penuluisan saya. terima kasih sebab setia mengunjungi blog saya. biarpun, tiada entry terbaru.

3 catatan:

Eijan said...

So sweet couple ni...walau jadi pengantin 'terjun' tp Mcm org sdg dilamun cinta...Akak dah baca versi lama dulu...rasanya isham mmg jatuh cinta dah pd mawar tp dia dah bertunang dgn Diah tu yg buat2 poyo aje kat mawar... Tu yg bila suggest mawar jadi pengganti, dia on aje sbb dlm hati keduanya dah mmg ada taman...

Keep on update jgn buat kita tertunggu ye...Good job

Unknown said...

Sis Eijan, memang dalam hati dah ada taman... hahaha...terima kasih

ina said...

basttt
smbung n3