Followers

Sunday, October 28, 2012

Relaku Pujuk 14




“Mawar, baik kau beredar sekarang jugak.” Sitah tarik tanganku supaya kami beredar.

“Apasal pulak aku kena lari? Nak lari ke mana?” Pelik betullah kawan aku yang sorang ni.

“Cepatlah. Kalau kau tak pergi sekarang, kau akan menyesal.” Ugutnya.

“Ala...aku belum habis makan lagi. Kau tahu tak, membazir makanan tu amalan syaitan?” Budak ni, itu pun tak tahu ke. Lagipun, perut aku masih lapar ni. Mana mungkin aku akan tinggalkan nasi aku macam tu je.

“Ikut suka hati kau. Aku dah bagi tahu, kau tak nak dengar.” Sitah berpeluk tubuh. Hari ini, kami berdua berjanji untuk keluar bersama memandangkan kami sudah lama tidak keluar bersama.

“Hoi..perempuan..” Aku kerutkan dahi. Siapalah yang kasar sangat tu. Boleh tak bagi salam terlebih dahulu. Zaman sekarang ni, budi bahasa dah ditinggal jauh dibelakang. Teringin juga nak tengok orang yang sungguh tak berbudi bahasa itu. Kenapa suaranya begitu dekat ditelingaku. Apabila aku berpaling...

Pangg....

“Aduh!! Apahal pukul orang ni?” Aku sentuh pipiku yang terasa perit kena penampar. Aku berdiri tegak sambil menyentuh pipiku. Kepala pula pening lalat dibuatnya. Kuat jugak penampar perempuan ni.

“Diah, apa ni?” Aku merenung tajam wajah-wajah dihadapanku. Ni dah melampau. Kau belum tengok aku marah lagi. Nafasku turun naik dengan laju sekali. Aku gigit bibir.

“Mawar, kau tak apa-apa?” Aku hanya merenung tajam ke arah Kak Diah. Isha sentuh pipiku. Dari mana Isha ni datang?

“Alamak!!! Berdarahlah. Sitah, kau tolong beli ubat, boleh?” Aku hanya mendengar suara Isha. Dimataku sekarang hanya ada dua orang manusia yang aku takkan lepaskan kali ni. Kalau Ishamudin memang aku pernah bagi penumbuk. Walaupun tak kuat sangat. Tapi kira okey jugak.

“Kali ni, apa pulak salah saya?” Aku nak tahu kenapa dia pukul aku tadi.

“Sebab kau, Isham nak tinggalkan aku. Perempuan tak malu,” Aku tersenyum sinis. Wajah cuak Ishamudin aku pandang sekilas.

“Huh!!! Sebab itu je?” Aku ketawa.

“Mawar, sabar.” Sitah rupanya masih ada disisiku. Aku berpeluk tubuh. Kau tak kenal aku lagi. Jangan ingat selama ni aku mendiamkan diri, kau semakin berani.

“Awak tahu tak, saya masih hormat pada awak sebab awak lebih tua dari saya. Saya diajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Tapi awak...” Wajahnya sedikit terkejut. Terkejut sebab aku berani lawan cakap dia. Kalau setakat mandi air orange, aku tak kisah sangat. Ni, sampai tahap kena penampar, memang aku tak boleh tahan.

“Isha, baik kau suruh abang kau bawa tunang dia pergi. Kalau Mawar mengamuk, kes polis dibuatnya.” Aku dengar Sitah berbisik perlahan pada Isha.

“Lebih baik abang bawa Kak Diah balik,” Isha menolak tubuh abang dan bakal kakak iparnya. Ishamudin menarik tangan Kak Diah. Entah mengapa aku rasa sakit hati melihat apa yang Ishamudin lakukan pada tunangnya. Selamba aku menghalangnya. Aku masih berpeluk tubuh dan merenung tajam ke arah Kak Diah. Dah macam samseng kampung dusun aku saat ni. Dia serba salah. Tadi bukan main lagi berlagak ye.

            Aku terus tarik rambutnya dan sebelah tangan pula memaut tangannya ke belakang. Rasakan. Suka sangat nak berkasar. Aku bagi kau sekali.

“Aduh!! Tolong Sham. Err...Budak, lepaskan aku.” Aku terus menekan badannya ke bawah. Sengaja aku sepak kakinya sehingga dia jatuh terduduk.

“Lagi? Nak main kasar lagi?”

“Tak...tak..sakit...Sham tolong..” Namun lelaki yang dia harapkan untuk menolong membiarkan sahaja tunangnya berusaha melepaskan diri.

“Kau dah pekak ke?”  Hah!! Alamak!! Sempat pulak aku berangan kat sini. Kalau tak kerana sekarang ni kami sedang menghadap rezeki dan ramai orang kat situ, memang ada yang nak kena belasah ni.

“Apa awak cakap?” Dia merenung tajam kearahku. Aku membalasnya.

“Awak kata saya penyebab dia tinggalkan awak?” Aku tolak bahunya. Lagak macam nak cari gaduh. Dia tersentak. Begitu juga Ishamudin. Wajahnya jelas menunjukkan dia tidak menyangka aku akan bertindak kasar.

“Saya nak pikat dia ni? Kalau dulu memang saya nak, tapi, sekarang, banyak lagi lelaki handsome kat luar ni. Lagipun, kalau setakat handsome macam dia ni, boleh jalanlah.” Aku pandang sekilas ke arah Ishamudin. Matanya terbeliak memandang kearahku. Aku tersenyum sinis. Apa ingat aku takut.

“Awak ingat saya ni dah kemaruk sangat ke sampai tunang orang pun saya nak kebas? Lelaki macam ni? Huh!!” Sekali lagi wajah lelaki dihadapanku dipandang. Dia sudah gigit bibir geram. Tahu marah.

“Awak dengar tak tu, dia tak hendak pun kat awak. Yang awak terhegeh-hegeh nak dekat dengan dia tu kenapa?” Kak Diah menempelak Ishamudin. Lelaki itu gigit bibir. Jelas sekali wajahnya sedang menahan marah.

“Saya pun sama macam dia. Kami tak suka antara satu sama lain. Kenapa awak masih tak percayakan saya? Kenapa masih juga cari kesalahan saya?” Giliran Ishamudin pula bersuara. Beberapa orang pengunjung kedai makan itu mula memandang ke arah drama yang kami lakonkan.

“Habis tu, minggu lepas kamu berdua pergi beli barang kahwin. Memang kamu berdua merancang untuk berkahwin. Betulkan? Kamu berdua bercinta dibelakang saya,” Ni dah lebih.

“Kan dah cakap hari tu, mak saya dan mak dia ni sepupu. Kami terserampak hari tu dan..”

“Cukup!!! Awak ni memang kuat cemburu ye. Kalau saya dapat kekasih kuat cemburu macam awak ni, dah lama saya tinggalkan. Buat apa nak teruskan hubungan kalau tiada kepercayaan dalam hubungan. Memang cemburu tanda sayang, tapi kena dengan keadaan, tempat dan masa, okey. Ni namanya cemburu buta. Lagi satu, kalau sebab lelaki ni, awak jatuhkan maruah awak sebagai perempuan, baik awak naik bangunan 5 tingkat tu..eh...tu tak cukup tinggi, bangunan 10 tingkat baru cukup, lepas tu awak terjun. Asyik menyusahkan orang je.” Kan dah kena ceramah.

“Kak Diah, sampai bila lagi Kak Diah nak susahkan Abang Sham. Kasihan dia tau. Macam-macam orang kata kat dia kerana perangai Kak Diah ni.” Isha pula menyampuk.

“Kau diam,” Tengkingnya membuatkan aku naik bulu. Ni yang aku tak puas hati. Dia ni, kan, semua orang dia nak marah.

“Awak marahkan adik saya?” Ishamudin bertanya kasar padanya sebelum aku sempat bersuara. Wah!!! Dia tetap bela adik dia. Nampaknya, dia memang seorang abang yang baik.

“Kenapa? Salah. Dia dan perempuan jalang ni sama saja.”

“Hello.... sekejap ye,” Aku menolak tubuh Sitah lalu menghampiri Kak Diah.

Panggg...

Puas hati ku bila dapat memberi penampar sulongku pada perempuan ni. Mereka berempat terpana. Aku tersenyum puas. Kak Diah sentuh pipinya. Aku menggenggam tanganku yang terasa sakit selepas menampar pipinya tadi. Itulah hadiah sebab suka-suka bagi nama kat aku. Bagilah nama yang baik sikit. Ini dia panggil aku perempuan jalang? Huh!! Memang cari nahas betul perempuan ni.

“Kau...” Dia menerpa kearahku namun sempat dihalang oleh Ishamudin.

“Kalau awak buat apa-apa lagi. Saya tak teragak-agak untuk putuskan pertunangan kita,” Kami berempat memandang wajah Ishamudin. Aku yang sedang berdiri dibelakangnya, tidak dapat melihat dengan jelas wajahnya saat itu. Ishamudin terus berlalu meninggalkan kami.

“Sham, tunggu. Sham, maafkan saya,” Kak Diah mengejar Ishamudin. Aku mengeluh lega.

“Mawar, sakit ke?” Aku sentuh tepi bibirku yang terasa pedih. Kalau tak kerana kami berada di khalayak ramai, memang teruk perampuan tu aku kerjakan.

“Sikit je. Mana ubatnya.”

“Sikit kau kata? Sampai berdarah bibir kau tu,” Aku hanya duduk menunggu Isha menyapu ubat tersebut. Sitah duduk disebelahku sambil memeluk bahuku. Entah bila masa pulak Sitah pergi beli ubat tu.

“Kenapa dia suka sangat ganggu kau?” Sitah bertanya perlahan.

“Sebab aku lebih cantik dari dia,” Selamba jawapanku membuatkan Isha tergelak.

“Sempat pula nak melawak. Aku kasihan kat abang aku. Dia dah tak boleh patah balik lagi.” Isha mengeluh. Aku tahu, dia tentu terasa hati bila abangnya dilakukan begitu.

“Isha, aku minta maaf sebab kutuk abang kau tadi.” Aku sentuh tangannya. Isha tersenyum.

“Aku tak kisah pun. Tapi, abang aku tu, dia suka sangat pendamkan perasaan dia. Dah bermacam-macam Kak Diah buat kat dia, dia masih juga tetap bersabar.” Aku mengeluh.

“Kau tahu, dulu, pernah Kak Diah tu belasah kawan aku sebab kawan aku tu suka kat Abang Sham. Teruk juga kawan aku tu kena.” Isha bercerita panjang lebar tentang kisah tersebut. Aku dan Sitah mendengar dengan khusyuk.

“Mawar, kenapa kau tak pukul dia tadi. Aku masih ingat masa kau marahkan Faridah dulu, sampai bengkak muka dia kau pukul,” Sitah bertanya pelik. Aku sendiri pun pelik. Di mana hilangnya sikap panas baran aku semasa di sekolah menengah dulu?

“Aku dah berubah kot. Sejak bekerja ni, aku dah malas nak marah-marah. Dulu, memang patut dia kena sebab tuduh aku mencuri duit Persatuan. Padahal dia yang mencuri duit tu.” Manusia mesti sentiasa cuba untuk berubah dan biarlah berubah ke arah kebaikan. Aku sendiri dapat rasakan, perangaiku sekarang tidak sekasar dahulu tetapi perangai nakal tu rasanya tak dapat diubah.

“Eh!! Isha, kau tak ikut mereka berdua tu?” Isha buat muncung itik.

“Malas aku nak ikut mereka tu. Asyik nak bergaduh je. Baik aku ikut korang berdua. Lepas ni nak pergi mana?” Aku kerutkan dahi memandang wajah Sitah.

“Jalan-jalan. Cuci mata. Mana tahu terserempak dengan mamat idaman melaya.” Sitah tergelak. Aku turut sama tergelak.

“Okey. Tapi, lepas korang temankan aku beli novel,” Mereka berdua buat muka tak puas hati. Setiap kali keluar, pasti ada sahaja novel baru yang aku beli.

“Hantu novel,” Aku hanya tersengih.

***********************
p/s : N3 kali ni pendek je... layan......

2 catatan:

MaY_LiN said...

uhuh..
bile la nak smp part dorang da kawin ni..
asik gaduh je
rase cam jauh lagi cite nye

Unknown said...

sis May_lin, huhuhu... memang jauh la.. mcm2 hal terjadi kat dorang berdua tu...