Followers

Friday, March 23, 2012

Ishamudin Cemburu













“En.Haikal, duduklah,” Aku tersenyum membalas senyum En.Haikal. Orang dah senyum dengan kita, tak baik biarkan macam tu je. Kena balas tau. Mataku mencuri pandang ke arah suamiku yang duduk tidak jauh dari tempat kami. Wajahnya serius. Rindu nak tengok dia tersenyum lagi. Aku mengeluh.

“Aih!! Pengantin baru kita ni mengeluh,” Aku tersengih. Wajah Kak Mila aku pandang dengan wajah comel.

“Suami awak marah, awak duduk makan dengan saya?” Aku geleng kepala.

“Taklah. Dia tak kisah pun,” Aku tersenyum kelat. Manalah aku tahu dia kisah atau tidak. Tapi, nampaknya dia tak kisah pun. Kalau dia kisah, tentu dia datang jumpa aku dan tarik aku supaya duduk makan dengannya.

“Yelah. Takkanlah Isham nak marah. Bukannya Mawar duduk berdua dengan En.Haikal. Kami semua ni ada jugak kat sini. Lagipun, kita makan kat dewan makan kilang je. Lainlah kalau makan kat luar sana tu,” Aku tersenyum lagi. padahal dalam hati dah bingung. Nampaknya, hubungan kami semakin keruh. Tentu dia fikir aku ni perempuan yang tak setia. Semalam menghabiskan masa dengan Abang Asran. Hari ni dengan En.Haikal pulak. Aku menyuap nasi perlahan. Mata pulak masih memandang wajah selamba si suami yang berada tidak jauh dari tempat kami duduk.

“Sikit Mawar makan hari ni,” Aku tersenyum lemah.

“Takde selera sangat En.Haikal.” Jawab ku dengan senyum plastik. Senyum pun ada senyum plastik ye? Aku pura-pura gembira padahal dalam hati ada ombak ganas.

“Mestilah takde selera kalau berpisah dengan suami.” Aku terbatuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kak Mila. Kak Mila ni,kan. Bila masa aku berpisah dengan Ihsamudin. Minta jauh dari perkara macam tu. Aku tak puas lagi jadi isteri dia.

“Ermmm...Takpe En.Haikal. Saya okey,” Aku menepis tangan En.Haikal yang mengusap belakang tubuhku. Pada masa yang sama aku dan Ishamudin berpandangan. Matanya jelas sekali terpancar riak marah. Aku gigit bibir. Beberapa saat kemudian, Ishamudin berdiri dan beredar menuju ke singki. Aku mengeluh. Aku mesti jumpa dia. Tak mahu dia salah sangka. Sudah hampir 2 minggu kami tidak bertegur sapa. Terlalu lama rasanya. sudah banyak dosa yang aku kumpul sebab tidak minta maaf padanya. Aku yakin sangat, dia berkecil hati padaku kerana keluar dengan Abang Zam tanpa bagitahu dia. Sudahlah dia menyediakan makan malam yang special untuk kami berdua. Tapi, aku yang tak berapa betul ni pergi keluar dengan abang aku tanpa bagitahu dia. Suami mana tak bengang jika isteri hilang sedang dia sudah buat dinner yang romantik?

“Maaf. Saya pergi dulu. Nak jumpa Abang Isham sekejap.” Wah!!! Tak sangka aku panggil Ishamudin abang kat depan mereka semua. Rasa macam best je panggil dia Abang Isham. Abang Ihsam. Comel je.

Aku terus berlari mengejar Ishamudin yang berjalan laju menuju ke surau kilang. Mungkin dia hendak menunaikan solat Zohor. Tapi, masih awal lagi ni. Ada 5 minit lagi. Ketika aku melalui kawasan menuju ke surau yang agak terlindung dari pekerja kilang yang lain, aku tersentak bila tubuhku ditarik kasar.

“To...” Mulut ku ditekup dengan tangan kasar. Bau minyak wangi yang aku hidu sekarang membuatkan aku berasa lega. Aku terus mendiamkan diri. Berada dalam pelukannya membuatkan hatiku memainkan irama yang indah sekali. Dalam diam aku rindukan pelukannya. Kalau dia suruh aku balik ikut dia, aku memang takkan tolak. Tapi, mahukah dia bawa aku balik hujung minggu ni? Dia kan tak cintakan aku. Aku mengeluh. Aku tersentak lagi bila Ishamudin tolak tubuhku menjauh darinya. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Dia ni,kan, aku baru nak berangan, dia dah cantas angan-angan aku tadi.

“Awak nak pergi mana?” Aku bertanya cemas bila Ishamudin hendak berlalu.

“Aku nak pergi sembahyang.”

“Tapi, saya belum puas jumpa awak,” Aku menghentak kaki. Dia kerutkan dahi. Seketika kemudian dia tersenyum sinis.

“Belum puas jumpa aku? Tapi dah puas jumpa Haikal tu?” Nada suaranya jelas sekali menunjukan dia sedang marah dan dia berusaha mengawalnya. Aku tarik tangannya semula. Hampir 2 minggu dia tak layan aku. Terasa kami semakin jauh. Tapi, dia tak patut buat aku macam ni tau. Sepatutnya dia pujuk aku. Tapi, sekarang, seperti aku yang paksa dia kahwin dengan aku.

“Awak, kami tak buat apa-apa pun.” Dia membuang pandang ke arah lain.

“Saya minta maaf jika ada buat salah yang saya tak tahu,” Aku bersuara perlahan lagi. Lebih perlahan dari tadi. Bila menyedari dia masih kaku dan langsung tidak membalas setiap kata-kataku, aku mengeluh dan melepaskan peganganku. Biarlah. Kalau orang tak sudi nak pandang kita nak buat macamana. Aku ni bukan isteri yang dia nak. Aku terus mendiamkan diri memerhati dia yang sedang berwudhu.

“Malam esok ikut aku balik kampung.”

“Hah!!!” Aku salah dengar ke? Dia ajak aku balik kampung? erkk.. senyum lebar terukir dibibir.

“Saya tak salah dengar,kan?” Tanyaku inginkan kepastian. Dia angguk kepala dan terus berlalu.

“Terima kasih awak. Akhirnya ada jugak alasan tak nak balik rumah Kak Rina. Tapi, abang Asran kata, awak duty minggu ni?” Aku peluk lengannya.

“Ehh..Batal air sembahyang aku. Kau ni...isk..aku tukar dengan Asran minggu ni.” Aku tersengih. Wah!!! Best lah Abang Asran. Tapi, maknanya, dia bawak aku balik sebab Abang Asran suruh. Takpelah. Yang penting aku dapat ikut dia balik. Dapat lepaskan rindu padanya. Senyum lebar ku ukir.

“Sorry.” Aku angkat tangan paras dahi. Buat tabik spring kat dia.

“Cepat ambil wudhu. Kita sembahyang sama-sama.” Aku angguk kepala.

Ramai jugak orang dalam surau ni. Aku berjalan ke bahagian perempuan. Tak sangka hari ni nasib aku baik. Ishamudin akan jadi imam kami. Bangga rasa hati bila si suami diberi kepercayaan untuk mengimamkan solat kami tengahari ni. Tapi, bila fikir balik, macam tak patut pulak. Si suami sembahyang tak pernah tinggal, tapi aku, free hair. Suami buat pahala, aku top up dosa. Aku mengeluh lagi. Bila nak berubah ni.

“Kenapa mengeluh ni?” Aku tersentak bila bahuku dicuit seseorang. Aku tersenyum pada wanita yang mencuit bahuku sebentar tadi. Aku tak kenal dia tapi oleh kerana kami ni saudara sesama Islam, jadi aku pun membalas dengan senyum manis.

“Takkan suami jadi imam pun nak mengeluh.” Aku tersengih. Dia kenal aku ni isteri Ishamudin. Tentu semua orang kenal aku. Aku je yang tak kenal orang.

“Bukanlah. Saya suka sangat dia jadi imam.” Dia angguk kepala. Kami mendiamkan diri bila mendengar suara lelaki membaca Iqamat.

Aku tunggu sehingga semua orang keluar dari surau. Perlahan aku menghampiri Ishamudin yang sedang bersandar di tepi dinding. Aku terus duduk dihadapannya. Masa rehat masih ada baki 5 minit lagi. Wajahnya aku tatap sepuas hati. Rindu sangat.

“Kenapa?” Soalnya pelik. Siap angkat kening. Wah!!! Handsomenya. Memang aku dah jatuh hati pada dia ni. Aku tersengih lalu menarik tangannya lalu ku kucup.

“Maafkan saya kalau saya ada buat salah pada awak,” Aku duduk berlutut dihadapannya. Nasib baik surau ni dah takde orang sebab semua orang sudah masuk bekerja semula. Kejap lagi loceng rehat untuk shiff kedua pula.

“Aku maafkan,” Jawabnya dingin dan aku sedia untuk membuka telekungku. Seketika kemudian aku terasa tanganku ditarik sehingga membuatkan aku jatuh terduduk di atas pangkuannya. Aku tergamam. Wajahku terasa membahang saat itu. Ishamudin pulak tetap selamba. Kemudian dia sentuh kedua-dua belah pipiku dan dengan pantas dia mencium dahiku. Aku gigit bibir. Isk...pak cik ni. Tak patut dia buat aku macam ni kat dalam Surau ni. Mana aku nak letak muka aku yang comel ni. Aku terus berdiri dan membuka kain telekung. Serba tak kena aku dibuatnya. Kain telekungku aku sangkut di penyakut. Tanpa memandang wajahnya, aku terus berlari keluar dari surau. Tak sangggup nak berhadapan dengan dia. Malu dan terharu. Aku tergelak lagi sehingga tanpa sedar aku terlanggar seseorang. Kenapa aku asyik terlanggar orang ni?

“Aduh!!!” Aku gosok dahiku.

“Mawar tak apa-apa?” Aku kerutkan dahi bila En.Haikal menggosok dahiku. Pada masa yang sama Ishamudin keluar dari surau. Matanya merenung tajam ke arah kami. Kemudian dia terus berlalu dengan riak wajah tegang. Tentu dia marah lagi. Bertambah bala lagi. Baru tadi minta maaf, sekarang aku dah buat hal lagi. Kenapalah En.Haikal ni berdiri tegak kat sini?

“Saya tak apa-apa. Saya nak cepat ni. Terima kasih En.Haikal.” Aku terus berlari masuk ke dalam production sebelum pekerja lain ternampak kami. Tak nak popular dengan cara yang tak baik.

****************************

p/s : layan cemburu si isham ni sekejap ye....(dlm cemburu sempat jugak nak romantika de amor...) yg ni di awal perkahwinan mereka....awal2 lagi dah cemburu cik abang sorang ni...

4 catatan:

Azwa Mohamad said...

so sweet Kaira, especially part after sembahyang tu...
hepi sangat mawar dapat kiss dari isham, haha... sampai terlanggar si haikal tu

zm said...

kemain lagi dia jelez

Unknown said...

miz novexx, hahahhaa...sweet sangat... susah tau nak dapat ciuman dari cik abang dingin tu...tp, tu mula2 je...

zm, jelez tahap gaban..hihihi

Anonymous said...

rndu dgn diorg. huhuuuu...