Followers

Tuesday, September 27, 2011

Jangan Kau Pergi 25


“Aku suruh kau cuci pinggan tu lepas makan. Bukan suruh kau tengok tv.” Arif terperanjat mendengar suara isterinya menjerit kasar di ruang tamu. Bergegas dia berlari ke dapur. Dilihatnya Salimah sedang menarik telinga Nurina.

“Mama lepas. Ina nak buat kerja sekolah. Bukan tengok tv,” Nurina menjawab sambil menahan telinganya yang dicubit Salimah.

“Owh!!! Kerja rumah yang aku bagi kau tak siapkan. Aku suruh kau cuci pinggan mangkuk kotor tu. Kenapa degil sangat. Anak dan bapa sama saja.” Salimah melepaskan geram. Dia benci bila rumahnya berselerak. Lebih-lebih lagi sejak kedatangan Alif. Tak menang tangan dia dibuatnya. Sudahlah kerja di pejabat berlambak, kerja di rumah juga bertambah. Dengan anak-anak tirinya lagi. Semuanya meletihkan. Arif langsung tidak membantu. Dia tidak kisah jika Arif mengambil anak-anaknya semula, tetapi suaminya harus menolong dia melakukan kerja rumah. Mengemas rumah. Tetapi, semua itu dia lakukan seorang diri. Kalau dia tidak bekerja mungkin tidak menjadi masalah, tetapi sekarang dia masih bekerja.

“Sal, apa Sal buat ni?” Arif bertanya kuat. Tersentak Salimah mendengar suara kasar suaminya. Nurina juga tersentak. Tidak pernah dia mendengar papanya menjerit kuat seperti itu.

“Sal Cuma nak didik dia jadi budak yang berguna. Kenapa? Cara saya salah?” Salimah bertanya geram.

“Kenapa cubit dia sampai macam tu sekali? Tak bolehkan tegur dia elok-elok,” Salimah tersenyum sinis.

“Abang senanglah cakap. Abang tak rasa apa yang saya rasa. Saya ni bekerja, sudahlah kerja kat pejabat tu belambak, datang rumah lagi kena kemas rumah yang dah berselerak dikerjakan anak-anak abang ni. Mana lagi nak layan makan minum abang yang sepanjang masa nak kena hidang. Macam raja. Sal ni manusia, bang. Tahu penat. Abang sedikit pun tak pernah tolong Sal.” Arif terdiam. Wajah Salimah direnung tajam.

“Itu memang dah tugas isteri.” Arif menjawab sinis.

“Tugas isteri? Jadi, tugas abang? Tahu buat anak tak tahu nak jaga? Dah elok-elok budak-budak tu tinggal dengan bekas isteri abang, abang bawa mereka balik. Abang ingat saya ni orang gaji?” Wajah Arif semakin merah.

Nurina sudah berlari ke biliknya. Tangisan Alif yang terjaga dari tidur membuatkan Nurina tidak jadi masuk ke bilik. Dia berlari masuk ke bilik utama. Pantas tubuh Alif didukungnya. Biarpun badannya kecil, namun dia mampu mendukung adiknya. Ketika Arif dan Salimah masih bertengkar, Nurina membawa Alif keluar dari rumah. Dia hanya ingin lari dari rumah tersebut. Dia tidak tahan menjadi mangsa pergaduhan papanya dan mama Sal.

******************************

Nurina menarik tangan Alif. Mereka berjalan menyusuri jalanraya yang sunyi itu. Hari semakin gelap. Nurina langsung tidak takut untuk meredah kepekatan malam hanya ingin jauh dari papa dan mama Sal. Airmata yang mengalir dipipi diseka. Wajah mengantuk Alif dipandang sedih.

“Alif, sabar ye. Kita pergi jumpa ibu dan papa El” Ucapnya yakin. Mereka terus berjalan menyusuri jalan tanpa mengetahui arah tuju.

“Kak....akit..ka..ki..” Nurina menoleh ke arah adiknya. Melihat Alif tidak berdaya untuk berjalan, Nurina segera mendukung adiknya. Setelah agak jauh dari rumah papanya, Nurina menurunkan Alif dan mereka duduk ditepi rumah yang berhampiran dengan jalan raya.

“Kita rehat dulu. Nanti kita jalan lagi ye,” Nurina memeluk adiknya. Alif angguk kepala. Beberapa minit kemudian, Alif terlelap. Nurina menangis teresak-esak.

***************************

“Abang, makan malam dah siap. Mana budak-budak tu. Bawak makan sekali,” Salimah memanggil suaminya dari dapur.

“Okey. Ina, mari makan.” Arif memanggil nama anaknya. Beberapa saat kemudian, masih juga tiada suara yang menjawab panggilannya. Walaupun, dia marahkan isterinya, namun itu hanya untuk sementara. Selepas bertekak dengan Salimah, Arif duduk di ruang tamu menonton televsiyen.

“Nurina...Alif..mari turun makan.” Sekali lagi Arif memanggil nama anak-anaknya. Berserta langkah besar, Arif menaiki tangga dan menuju ke bilik Nurina. Namun Nurina tidak ada. Begitu juga Alif. Arif berasa tidak enak.

“Sal....Sal...mana Ina dan Alif?” Salimah tersentak bila disergah oleh suaminya.

“La...manalah Sal tahu. Sal kan kat dapur ni.” Wajah Arif sudah berubah. Riak bimbang jelas terpancar diwajahnya.

“Abang dah cari seluruh rumah ni, tapi tak jumpa.” Arif usap wajahnya.

“Ke mana mereka pergi malam-malam buta ni. Ya Allah, apa aku dah buat ni.” Arif terduduk. Salimah berlari ke luar. Pagar rumah mereka terbuka.

“Abang...”

“Kenapa Sal?” Salimah menunding jari ke arah pintu pagar.

“Ya Allah. Mereka dah keluar?” Arif berlari keluar pagar. Dia memanggil nama anak-anaknya. Namun masih tiada jawapan.

“Abang, kita laporkan pada polis je.” Arif meraup wajahnya. Salimah sudah gelisah. Sesal datang bertandang. Semuanya silap dirinya. Terlalu mengikut kata hati. Bergaduh tanpa mengambil kira perasaan anak-anak kecil itu.

“Abang call Fiya dulu. Mungkin mereka berdua ke sana.” Arif mencapai telefon bimbitnya.

“Tapi bang, macamana mereka nak ke sana? Macamana kalau mereka kena culik. Bang, saya takut. Marilah kita cari mereka di luar. Mungkin mereka masih belum pergi jauh.” Salimah menarik tangan suaminya. Dia benar-benar rasa bersalah. Arif mengikut langkah kaki isterinya ke luar dari rumah.

“Alif...Ina..” Salimah memanggil anak-anak tirinya. Walaupun, dia agak keterlaluan tadi, itu hanya berlaku jika dia terlalu letih. Walau penat sekalipun, dia tetap menjaga makan minum mereka sekeluarga. Cuma, kadangkala, dia terlepas laku.

“Alif, Ina, maafkan mama. Baliklah. Mama janji, mama akan sayangkan Alif dan Ina, ” Salimah terduduk. Dia hanya mampu menangis. Arif raup wajahnya. Kesal datang bertandang. Semua berpunca darinya.

“Abang, Sal minta maaf. Sal tak sangka sampai jadi macam ni.” Salimah berkata kesal. Arif mengeluh. Handphone di dalam poket di keluarkan.

*******************

Hafiya menuang air suam ke dalam gelas suaminya. Elman tersenyum senang.

“Duduklah Fiya. Makan lagi. Tak payah di layan sangat suami kamu tu,” Elman tersengih mendengar ibunya memarahinya.

“Ala....Orang nak bermanja dengan isteri sendiri pun tak boleh.” Hafiya menjeling tajam ke arah suaminya. Elman tersengih.

“Makin cantik sayang, bila buat muka macam tu,” Hafiya berdengus kasar dan terus mengambil tempat duduk di hadapan suaminya.

“Sakit telinga mama ni dengar kamu cakap macam tu.” Pn.Mariam geleng kepala. Elman pula tersenyum meleret. Seperti biasa, selepas makan, Elman akan menemani Hafiya di dapur. Dia suka memerhati ketangkasan tangan isterinya mengemas dapur.

“Fiya...” Elman memanggil isterinya. Hafiya menoleh sambil angkat kening.

“Boleh tak kita bawa Alif dan Ina balik ke rumah ni? Abang rindukan mereka.” Hafiya mengeluh kecil. Dia juga rindukan Alif dan Nurina. Namun, apalah daya, Arif lebih layak menjaga mereka berdua.

“Errmmmm...Sejak bila pandai rindukan mereka ni?” Hafiya berusaha berwajah ceria. Dia tidak mahu Elman mengesan riak sedih diwajahnya. Elman berdiri menghampiri isterinya. Pipi Hafiya disentuh lembut.

“Abang tahu, sayang rindukan mereka. Fiya dah lama jaga mereka, jadi, tentu susah untuk Fiya sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni,” Hafiya tersenyum lembut. Tangan Elman yang berada dipipinya disentuh perlahan.

“Abang mampu untuk tolong Fiya biasakan diri dengan ketiadaan mereka. Betul,kan? Nanti, bila kita ada anak sendiri, Fiya akan okey,” Hafiya tersenyum manis. Elman geleng kepala sambil tersenyum. Perlahan hujung hidung isterinya di tarik. Hafiya menjerit kesakitan.

“Fiya, ada orang call..” Elman dan Hafiya tersentak bila mendengar suara Pn.Mariam menjerit dari ruang tamu. Hafiya tersenyum dan terus berlalu.

“Siapa?” Hafiya bertanya pelik.

“Entah. Tapi dia ada sebut nama Alif..errr...Arif...lebih kurang macam tu lah bunyi dia.”

“Abang Arif?”

“Fiya....Errr....”

“Kenapa ni? Abang ada masalah?” Hafiya bertanya perlahan. Wajah Elman yang begitu hampir denganya di pandang sekilas.

“Err....Alif dan Ina... mereka...” Hafiya kerutkan dahi. Elman juga begitu.

“Kenapa dengan mereka? Mereka demam?” Hafiya tidak senang hati.

“Errr...Takpelah. Nanti abang call lagi. Abang nak keluar sekejap.” Talian terus terputus. Hafiya pandang gagang telefon dengan penuh persoalan.

“Kenapa?” Elman bertanya pelik.

“Perangai Abang Arif tu semacam je.” Hafiya termenung seketika.

“Takde apa-apalah. Mari...temankan abang kat luar. Malam-malam macam ni, seronok dapat tengok bintang dengan orang tersayang.” Elman tarik tangan Hafiya. Hafiya hanya menurut walaupun dalam hati resah gelisah. Ketika mereka berdua sedang leka berbual-bual, Hafiya terpandang kelibat 2 orang kanak-kanak berada di seberang jalan.

“Bang, abang nampak tak apa yang saya nampak?” Hafiya berdiri dan menghampiri pagar rumah. Elman mengekori langkah kaki isterinya.

“Abang, Alif..”

“Alif, Ina..apa mereka buat kat sini?” Elman bertanya pelik. Pantas tangannya membuka pagar. Pada masa yang sama, Alif dan Nurina melambai tangan pada mereka.

“Ibu..” Alif berlari menghampiri Hafiya.

“Alif...” Hafiya berlari ke arah Alif. Alif tersenyum dan terus berlari. Pada masa yang sama sebuah kereta sedang dipandu laju dari arah kiri. Menyedari kehadiran kereta tersebut. Hafiya berlari sekuat hati mendapatkan Alif.

“Alif...”

“Fiya...”

Bummm.....

Hafiya tergamam. Begitu juga mereka yang lain. Beberapa saat kemudian barulah mereka berlari ke tengah jalan.

“Alif...Alif jangan tinggalkan ibu.” Hafiya memangku tubuh longlai anaknya. Airmata mengalir tanpa dapat di tahan.

“Fiya...cepat kita bawa mereka ke hospital.” Hafiya masih memeluk tubuh kecil anaknya.

“Alif...jangan tinggalkan ibu. Alif, bangunlah.” Hafiya usap kepala Alif yang masih tidak sedarkan diri.

“ Ibu sayang sangat pada Alif.” Tubuh kecil itu digoncang kuat.

“ Nanti kita pegi jalan-jalan.” Alif masih juga kaku.

“Fiya...sabar sayang...Kita bawa mereka ke hospital ye.” Hafiya pandang wajah suaminya. Pada ketika itu, dia terpandang wajah pucat Nurina yang berlumuran darah.

“Ina...” Hafiya menjerit kuat sebelum pengsan.

“Fiya...Fiya...” Elman goncang tubuh isterinya, namun Hafiya tetap kaku.

***************************

7 catatan:

MaY_LiN said...

aaa...
jahatla dapat mama camtu..
tamau jadi ape2 kat alif n ina..

suke..ade n3 br

Anonymous said...

xnk arh jdi ape2 kt bdak2...plezzzz...biar lah bdak2 2 tggal ngn elman....

Kak Sue said...

Kita x boleh salahkan emak sal juga ... salah ayah juga x menolong keje di rumah....
janganlah ada apa2 terjadi kt Alif dan Nurina ... kasihan kat Fiya dan El...
jangan lama sangat sambung kkk..

Yong said...

OMG apa bakal berlaku nanti? ha menyesal tak sudah sal nanti.

hana_aniz said...

bukan salah sal. tp salah arif!! btol pe ckp sal. arif x nk membantu pn. perempuan bila penat, mulut memg laser sket. tp hati diorg still lg baik.

Anor said...

Sedihnya n3 kali ni.. semuga Aliff dn
Ina tak jadi ape-ape pada mereka
berdua. Kalau mereka mati mesti
Fiya sedih sgtkan...

MalizaMah said...

cubalah hantar ke majalah. mana tahu terpilih disiarkan.
saja buat blog walking smbil sumbang dana kat blog.. salam perkenalan.. jom singgah.