Followers

Sunday, June 12, 2011

Jangan kau Pergi 24


“Apa ni?” Elman buat muka pelik. Hafiya tersengih.


“La...air kopi.” Hafiya tersenyum lagi.


“Air kopi? Nak guna-gunakan abang, ye?” Hafiya tarik muncung.


“Abang ni, syirik tu. Minumlah. Abang nak study,kan?” Elman tersengih. Hafiya duduk disebelah suaminya sambil kepalanya diletakan dilengan suaminya.


“Errmmm....kenapa abang wangi sangat?” Soalnya nakal. Elman geleng kepala. Lama wajah comel isterinya direnung. Semenjak Alif dan Nurina tinggal dirumah ayah kandung mereka, perangai Hafiya berubah. Manjanya semakin menjadi-jadi. Elman tersenyum.


“Kalaulah dari dulu kita hantar Alif dan Ina ke rumah Abang Arif, kan seronok.” Hafiya angkat mukanya. Elman terus tersengih.


“Kenapa?” Hafiya bertanya pelik.


“Sekarang ni, Fiya manja dengan abang. Masa pun lebih banyak bersama abang. Abang suka.” Hafiya memukul lengan suaminya.


“Abang ni...Fiya sunyi je.” Hafiya bersuara perlahan.


“Sabar ye. InsyaAllah, ada rezeki, kita ada anak sendiri. Abang nak anak yang ramai. Masa tu, jangan Fiya merungut nak layan kerenah anak-anak kita.” Hafiya tergelak. Lengan Elman diciumnya.


“Larat ke abang nak bagi kita orang makan?” Hafiya bertanya selamba. Elman mencubit hidung isterinya.


“InsyaAllah. Percayalah pada rezeki yang Allah S.W.T bagi. Setiap anak yang lahir, ada rezeki mereka masing-masing.” Hafiya tersenyum saat Elman mencium dahinya.


“Abang, abang rasa, Alif dan Ina okey tak tinggal kat sana?” Hafiya masih risau dengan keadaan anak-anaknya. Nurina mungkin sudah biasa, bagaimana dengan Alif, Alif masih kecil. Tentu Alif akan tercari-cari dirinya. Sedangkan dia sendiri selalu mengigau memanggil nama Alif, inikan pula anak kecil itu yang saban malam tidur dengannya.


“Sayang, kalau sayang terlalu sangat memikirkan dia, nanti susah dia nak tidur. Nanti, ada masa kita bawa dia tidur kat sini. Okey. Dan, boleh tak masa tidur jangan menangis?” Hafiya kerutkan dahi.


“Fiya menangis?” Soalnya pelik.


“Ye. Risau abang dibuatnya. Tapi, okey jugak kalau sayang menangis setiap malam. Dapatlah abang peluk sayang setiap malam.” Elman bersuara nakal. Hafiya pukul lengan suaminya lagi.


“Jahat.” Elman tersengih. Mereka mendiamkan diri sambil menikmati musik perlahan yang berkumandang di komputer riba Elman.


“Sepatutnya, Fiya yang belajar. Tak lama lagi nak exam,kan?” Hafiya tersengih.


“Tak laratlah nak study lagi. Otak ni dah rasa beku.” Hafiya garu kepala.


“Alasan.”


“Mana ada alasan. Betul. Tak tipu.”


Elman geleng kepala melihat wajah comel isterinya.


“Kalau sayang buat muka macam tu lagi. Abang nak study benda lain lepas ni.” Ucapnya selamba sambil memeluk pinggang Hafiya. Tersentak isterinya.


“Okey-okey. Fiya ambil buku Fiya, abang baca buka abang tu ye. Fiya janji tak ganggu abang lagi.” Hafiya berlari ke katil. Elman geleng kepala. Akhirnya mereka mendiamkan diri dan membuat ulangkaji. Masing-masing dengan cara yang tersendiri untuk mengulangkaji memandangkan mereka sekarang menyambung belajar di universiti yang sama. Cuma berlainan kursus.


*****************************************


“Kenapa abang bawa mereka ke sini? Siapa nak jaga mereka tu?” Salimah bertanya marah. Arif mengeluh.


“Sal, mereka anak-anak abang. Tanggungjawab abang. Memang dari dulu mereka sepatutnya tinggal dengan abang. Tapi abang yang pentingkan diri sendiri dan serahkan semua pada Fiya.” Arif berkata perlahan. Nampaknya Salimah masih tidak dapat menerima kehadiran anak-anaknya. Dia akan berusaha memujuk isterinya supaya menerima Alif dan Nurina.


“Siapa yang nak jaga mereka?” Salimah bertanya dingin. Walau dia membantah, Alif tetap dengan keputusannya.


“Mereka bersekolah. Abang akan uruskan van untuk mereka. Lepas habis sekolah, abang dah minta kebenaran pada Hafiya supaya menghantar mereka pada keluarga mertua dia. Ibu mertua dia setuju. Balik kerja, abang akan pergi ambil mereka.” Salimah angguk kepala.


“Apa-apa je. Asalkan tidak menyusahkan Sal. Sal mana ada masa nak uruskan mereka berdua tu. Sebab tu, Sal malas nak ada anak sekarang.” Salimah berkata malas sambil menarik selimut menutupi badannya. Arif mengeluh. Dia berdiri dan sedia untuk beredar.


“Abang nak pergi mana tu?” Salimah bertanya pelik. Arif tersenyum. Sangkanya Salimah akan memujuknya.


“Nak tidur dengan Alif.” Jawabnya selamba. Dalam hati melonjak riang. Fikirnya, Salimah akan menghalang.


“Okey. Sal penat jugak ni. Malas nak layan abang,” Salimah berkata selamba. Wajah Arif hampa. Dia berdengus marah. Pintu bilik ditutup kuat.


***********************************


Nurina sedang leka melukis ketika Salimah balik dari pejabat. Wajahnya jelas sekali keletihan.


“Mama Sal dah balik?” Tegurnya sambil menyalami tangan Salimah.


“Ye. Mana adik kau?” Salimah bertanya malas. Badannya masih letih seharian di pejabat dengan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai orang berpangkat di jabatannya, memang dia terlalu sibuk.


“Alif dan papa ada kat belakang rumah.” Salimah angguk kepala.


“Aku nak tidur sekejap. Jangan buat bising, faham?” Nurina angguk kepala. Dia hanya melihat langkah kaki Salimah menaiki tangga ke tingkat atas. Nurina mengeluh. Tiba-tiba dia teringat pada ibunya. Rindu pada ibunya mula mengamit rasa walaupun hampir setiap hari berjumpa.


Layanan Mama Sal juga baik. Cuma kadangkala, Mama Sal agak pemarah orangnya. Pergaduhan sering terjadi antara Arif dan Salimah. Yang menjadi mangsa adalah Alif dan Nurina.


“Mama Sal dah balik?” Arif bertanya pada Nurina yang sedang asyik melukis. Nurina angguk kepala.


“Papa, Ina nak tidur dengan ibu dan Cikgu Elman.” Nurina mendongak memandang wajah papanya. Arif tersentak. Wajah sedikit berubah. Mungkin terasa hati.


“Nak... tidur dengan...ibu...dan..pa..papa..” Alif tarik baju Arif. Arif pandang wajah anak kecilnya. Jelas terpancar riak rindu di wajah mereka. Akhirnya Arif tersenyum.


“Esok papa hantar kamu ke rumah ibu.” Arif duduk mengadap anaknya. Alif dan Nurina segera memeluk papa mereka.


“Horeee.....Sayang papa. Yeye....yeye...Alif, esok kita jumpa ibu....seronoknya.” Nurina ketawa riang.


“Ehemm....” Mereka bertiga berpaling ke arah suara tersebut. Wajah masam Salimah menyapa ruang mata mereka.


“Sal dah balik,” Arif menghampiri isterinya. Pantas dahi isterinya dicium.


“Esok abang hantar mereka ke rumah Hafiya. Mereka dah rindukan ibu mereka.” Arif dan Salimah berjalan perlahan menuju ke sofa.


“Baguslah. Dapatlah saya berehat hujung minggu ni.” Salimah bersandar lemah di sofa. Sekejap lagi dia kena siapkan makan malam untuk mereka sekeluarga.


****************************


“Ina, Alif...ibu rindu sangat kat anak-anak ibu ni.” Nurina dan Alif tergelak. Elman tersenyum kecil.


“Sayang ni, hari-hari jumpa pun masih jugak rindu,” Elman berkata selamba. Hafiya mencebik bibir.


“Abang pun sama. Hari-hari jumpa Fiya, masih jugak rindu,” Hafiya menjawab sinis. Matanya menjeling manja pada suaminya. Elman tertawa.


“Okeylah, Fiya, Elman. Abang pergi dulu. Nanti abang datang ambil mereka.”


“Takpe. Nanti, kita orang hantar mereka balik.” Elman menghulur tangan untuk bersalam dengan Arif. Arif tersenyum. Hubungan mereka sudah pulih. Elman yakin, Hafiya hanya mencintainya. Jadi dia tidak perlu merasa curiga.


“Ina, Alif, cepat salam tangan papa.” Nurina menghampiri Arif lalu menyalami tangan papanya. Berbeza pula dengan Alif. Dia menghampiri Elman dan menyalami tangan Elman.


“Aih...Kenapa Alif salam tangan papa?” Elman bertanya pelik beserta senyuman. Tahu bahawa Alif sedang keliru.


“Alif, salam dengan papa ni, bukan Papa El.” Nurina menarik tangan Alif. Alif kerutkan dahi. Namun dia tetap mengikut kaki Nurina menghampiri Arif. Hafiya tergelak.


“Nampaknya dia masih belum dapat bezakan mana satu papa dia,” Arif berkata sedih.


“Maaf, bang. Dia masih budak lagi.” Elman tepuk bahu Arif. Arif angguk kepala dan beredar selepas mencium pipi Alif dan Nurina.


“Alif, come. Rindu betul papa dekat Alif.” Elman mendukung tubuh kecil Alif. Alif tergelak riang. Hafiya geleng kepala. Nurina memeluk pinggang Hafiya.


“Rindu kat ibu.” ucapnya sayu. Hafiya kucup dahi Nurina. Dia juga rindukan anak-anaknya.


“Jum...masuk. ibu masak ketam hari ni. Khas untuk Ina dan Alif.” Mereka berempat berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Arif memandang sayu, betapa Nurina dan Alif begitu gembira bersama Hafiya dan Elman. Arif mengeluh dan beredar.


**************************


“Fiya duduk kat hujung sana.” Hafiya kerutkan dahi. Tak puas hati. Dia pun nak sertai mereka makan ketam.


“Orang pun nak makan ketam tu,” Hafiya buat muka tak puas hati.


“Fiya kan tak boleh makan ketam. Nanti pengsan, siapa yang susah? Abang jugak..” Hafiya berdengus. Dia cemburu bila melihat Elman, Alif dan Nurina begitu berselera sekali menikmati hidangan tersebut.


“Fiya tolong kopek je. Bolehkan?” Hafiya tarik tangan suaminya sambil tayang muka cute. Elman geleng kepala.


“Tak boleh. Abang tak benarkan. Fiya jadi penonton.” Hafiya menghentak kaki dan kembali duduk dihadapan suaminya. Lama wajah kacak itu direnung.


“Tak payah tenung abang sampai nak terkeluar biji mata tu. Abang tahulah, abang ni handsome. Lama-lama renung macam tu, nanti saham jatuh pulak,” Hafiya berdengus lagi. Elman suka sangat mengusik dirinya.


“Malas nak layan abang. Abang tak sayang Fiya.” Hafiya berdiri dan berlalu ke bilik. Mereka bertiga hanya tersengih. Ternyata isterinya itu semakin hari semakin kuat merajuk. Hari-hari nak kena pujuk.


“Ibu nak minta pujuklah tu. Takpe. Biar dia merajuk sekejap.” Elman terus membantu Nurina dan Alif mengopek kulit ketam tersebut. Nurina tersengih. Alif tersenyum lebar.


Selesai menjamu selera, Elman mencuci pinggan mangkuk kotor tersebut sementara Nurina dan Alif pula sudah berlari ke ruang tamu sebaik sahaja mendengar suara En.Ezhan dan Pn.Mariam. Elman tersenyum puas melihat dapur yang sudah bersih itu. Kemudian matanya memandang ke bilik mereka. Tahu bahawa isterinya sedang merajuk. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke bilik.


“El, Fiya mana? Senyap je.” Elman garu kepala sambil tersengih.


“Dalam bilik, papa.” En.Ezhan kerutkan dahi.


“Dalam bilik? Dia tak rindu kat budak-budak ni?” En.Ezhan bertanya pelik. Sekali lagi Elman tersenyum.


“Dia merajuk dengan El tadi. Sebab tak benarkan dia makan ketam.”


“Owh!!!”


“El naik dulu.” En.Ezhan angguk kepala. Elman menyanyi kecil sambil menaiki tangga menuju ke biliknya. Perlahan pintu bilik diketuk.


“Fiya, boleh abang masuk?” Elman bertanya perlahan namun tiada sahutan. Elman ketuk lagi dan tangannya memulas tombol pintu.


Hafiya tarik kain selimut menutup seluruh tubuhnya sebaik sahaja Elman melangkah masuk ke dalam bilik mereka.


“Marahkan abang, ye?” Elman duduk di birai katil. Hafiya mendiamkan diri. Elman cuba menarik selimut yang menutup wajah isterinya, namun gagal. Elman tergelak kecil.


“Sayang layan rajuk tu. Abang nak lepaskan rindu pada Ina dan Alif ni,” Elman berdiri dan terus berlalu. Hafiya gigit bibir. Geram. Nampaknya Elman tidak bersungguh memujuknya. Hafiya bangkit dari katil dan sedia untuk mengejar suaminya.


“Hai sayang...” Elman tersengih sambil berpeluk tubuh di tepi katil. Terkejut Hafiya dibuatnya.


“Abang dah keluar tadi,kan?” Hafiya bertanya pelik. Tadi dia mendengar bunyi pintu dibuka dan di tutup. Sangkanya Elman sudah keluar dari bilik mereka, sebab itu dia keluar dari tempat persembunyiannya.


“Ye. Abang buka, lepas tu tutup balik.” Elman tersenyum manis. Perlahan dia menghampiri Hafiya yang masih tergamam. Mata bertentang mata mengundang debar dihati masing-masing. Langkah kaki Elman semakin menghampiri isterinya.


“Abang minta maaf kalau Fiya terasa hati. Tapi, abang atk sanggup tengok isteri abang terlantar tak sedarkan diri. Abang tak mahu Fiya sakit. Tolong, dengar cakap abang, ye?” Elman bersuara lembut. Hafiya merenung wajah suaminya dengan rasa serba salah. Dia tidak harus membiarkan Elman susah hati tentangnya. Beberapa saat kemudian Hafiya angguk kepala.


“Tapi, Fiya hanya nak rasa kegembiraan abang dan anak-anak. Fiya cemburu tengok abang suapkan isi ketam tu ke mulut Alif. Fiya pun nak rasa abang suap,” Hafiya berkata manja sambil bermain dengan butang baju Elman. Elman tergelak. Pantas dagu runcing isterinya di sentuh.


“Itu pun nak cemburu. Nanti abang suapkan nasi. Nak tak?” Hafiya angguk kepala. Elman tergelak lagi dan menggeleng kepala.


***************************


salam, maaf sebab kalian terpaksa tunggu lama n3 JKP..selamat membaca...

10 catatan:

blinkalltheday said...

wahh,besttt!!!

Hafia Hana said...

sweet nyer.
update la n3 slalu
:)

Yong said...

lamanya tunggu, rindu nak baca... update la cpt ye, at least 1 per week pon ok dah.
nak lagi...

emylase. said...

hee,layan JKP. memang BEST!! :D Ngee nak lagi laa. sambung cepat2 ye kalau bole laa. suwit2!!

Unknown said...

terima kasih atas sokongan semua....maaf sangat2 sebab rakan2 semua terpaksa tunggu lama...idea semakin hari semakin berkurangan la....apa2 pun, saya akan cuba buat yg terbaik....

MaY_LiN said...

manja nye

Unknown said...

x sabar nk tunggu konflik lain

cactaceous opuntia said...

mnjenye fiya...ade pape ke?huuu

aqilah said...

rasanya Fiya ni pembawakan ni.............hehee.........
pamdai-pamdai aje akak ni.....
apapun, akak follow..............

Ibu Hafiz said...

Best! best! Rindunya kat depa ni...

Makin manjalah Fiya ni... :-)

Sian Aliff & Nurina..bukannya dilayan baik oleh mak tiri diorang, baiklah terus stay dgn Elman & Fiya jer.. takut nanti kena dera jer... :-(

Fiya ni, taknaklah makan ketam tu..tak ingat ke kes dulu? mujurlah Elman pandai memujuk.. :-)