Followers

Monday, February 21, 2011

Relaku Pujuk 3


Mawar, jum keluar.” Aku tersentak bila bahuku dipukul kasar oleh Mbok Senah.

Malas lah Mbok. Nanti kakak marah.” Aku memang tak dibenarkan keluar malam. Malam ni pula ada perarakan perahu berhias, jadi Mbok Senah dan kawan-kawan nak bawa aku pergi tengok pesta tu.

“Nanti Mbok bagi tahu dia. Takkan lah keluar dengan Mbok pun dia orang tak benarkan.” Aku tersengih je. Mbok ni, bukan dia tak tahu kakak aku tu macamana?

“Kalau mereka benarkan, saya ikut,” Sebenarnya aku malas nak pergi, aku bagi je alasan tu.

“Betul? Nanti Mbok call Rina,” Aku angguk kepala. Aku lihat Mbok Senah mendail nombor seseorang. Aku terus naik atas katil sambil memeluk bantal menunggu kebenaran dari Kak Rina.

“Kak Rina cakap apa, Mbok?” Aku bertanya setelah melihat wajah ceria Mbok Senah.

“Dia cakap boleh. Tapi jangan balik lambat. Takpelah…kita pergi sekejap je, lepas tu baliklah.” Aku angguk kepala. Nampaknya malam ni pertama kali aku keluar malam. Seronok ke keluar malam ni? biasa aku tengok kawan aku yang satu bilik dengan aku ni, setiap malam dia keluar. Apa yang dia buat kat luar tu, ye?

************************

“Wah!!!!! Cantiknya.” Permandangan diwaktu malam memang sungguh cantik. Lampu neon menerangi jalan nampak sungguh indah. Di sepanjang waterfront penuh dengan manusia yang menghadiri perarakan perahu berhias sempena pesta air. Bermacam-macam jenis perahu berhias menyertai pertandingan tersebut.

“Mawar, kau lapar?” Aku angguk kepala. Mbok Senah tarik tangan aku menuju ke gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan.

“Kak, sate rm5.00. Air tebu dua.” Aku hanya menunggu Mbok Senah. Rasa tidak selesa menyebabkan aku menghimpit badan Mbok Senah. Orang terlalu ramai, badan aku yang sederhana ini hampir tumbang apabila dilanggar dengan kasar oleh beberapa orang yang lalu lalang.

“Kenapa ni? Mari berdiri kat depan ni.”

Mbok Senah menarik tubuhku ke depannya. Selepas membeli makanan, kami berdua berjalan disekitar waterfront. Aku asyik melihat jam, takut lambat. Walaupun seronok, namun perasaan bimbang itu tetap ada. Kalau balik lambat, tentu Kak Ana dan Kak Rina marah.

“Mbok, bila lagi nak balik ni? Dah lewat ni. Nanti Kak Rina bising pulak.” Belum lagi kalau Abang Zam aku tahu. Memang boleh tuli telinga aku ni dengar dia membebel. Aku pandang wajah selamba Mbok Senah. Mbok Senah pandang muka aku kemudian dia tengok jam tangannya.

“Yelah. Mari. Nanti van penuh pulak. Takde tempat duduk.” Kami berdua berlari ke tempat menunggu van yang disediakan oleh pemandu van.

“Nasib baik sempat. Rasanya kita berdua orang pertama sampai.” Aku angguk kepala. Lega rasanya sebab tidak terlewat. Tapi terpaksa pulak menunggu van tersebut penuh. Nampaknya lambat lagilah kami nak balik ni. Pada masa yang sama, percikan bunga api memenuhi dada langit.

“Wah!!!! Cantiknya. Mbok, tengok tu. Cantiknya.” Aku tersenyum lebar. Seronok sangat dapat tengok bunga api secara dekat. Kemudian kami berdua mendiamkan diri memerhati percikan bunga api yang tidak putus-putus.

Tepat jam 11 malam, semua penumpang sudah duduk ditempat masing-masing. Terpancar riak kepuasan diwajah masing-masing.

“Okey. Semua dah ada?” Driver van tersebut bertanya sambil mengira kami semua.

“Sudah.” Serentak kami menjawab. Van tersebut terus beredar meninggalkan kawasan orang ramai itu. Aku tersenyum puas. Lega sebab dapat balik.

*****************************

“Lain kali kalau nak keluar tu bagi tahu kakak. Takdenya semua orang risau tak tentu pasal.” Aku mendiamkan diri. Tengah malam semalam, Kak Rina call aku cakap dia datang ambil aku pagi ni. Ingatkan sebab dia rindukan aku. Rupa-rupanya dia hendak marahkan aku sebab keluar malam tak bagi tahu. Tapi...Mbok cakap dia dah minta izin kat Kak Rina. Kenapa pulak Kak Rina marah.

“Tapi kak, Mbok Senah cakap dia dah call akak. Dan akak benarkan Mawar pergi,” Aku mempertahankan diri.

“Bila masa pulak dia call akak. Senah ni pun satu. Suka sangat bawak budak ni keluar kenapa? Kalau keluar ramai-ramai taklah akak risau. Keluar berdua je masa orang ramai tu. Kalau hilang siapa nak jawab kat mak dan ayah? Lain kali sebelum buat apa-apa, fikir dulu. Kalau orang ajak sekalipun, diaorang bagi hadiah sekalipun, tolonglah fikirkan baik buruknya dulu.” Huhhhh...berasap telinga dengar celoteh kakak aku yang sorang ni. Belum lagi Kak Ana. Kejap lagi mesti Abang Zam akan call aku.

“Okey. Orang janji tak buat lagi,” Aku berkata perlahan. Kak Rina geleng kepala. Nampaknya Mbok Senah dah kelentong aku malam semalam. Yang aku ni pun satu. Suka sangat ikut cakap orang kenapa?

“Kita singgah KFC dulu. Lapar pulak perut akak ni. Semalam takde selera nak makan. Tidur pun tak lena bila teringat Mawar masih belum balik.” Aku tersengih.

Sebenarnya semalam kita orang balik awal. Malang tak berbau. Tayar van pulak buat hal. Pancit tengah jalan. Nak tunggu driver van tu betulkan punyalah lambat. Pandai pandu van je, nak tukar tayar pun tak tahu. Akibatnya terpaksalah kami menunggu van yang sebuah lagi. Kawan Kak Rina yang melaporkan berita terkini sehingga menyebabkan Kak Rina datang awal pagi menjemputku. Dia juga tak dapat menghubungiku kerana aku belum lagi cukup duit hendak membeli telefon bimbit.

“Kita orang awal lagi dah balik. Tapi tayar van tu pancit pulak. Sebab tu lambat.” Aku berkata perlahan. Kak Rina geleng kepala.

“Habis tu kenapa Senah tak angkat telefon. Sakit jari-jari akak ni dail nombor dia. Sekalipun dia tak jawab. Makin susah hati akak ni tau,” Aku menundukkan kepala. Kalau dengar Kak Rina membebel, memang telinga bertukar merah. Panas. Aku angkat muka bila terdengar telefon bimbit Kak Rina berbunyi.

“Jawablah. Abang Zam kau tu. Dari malam tadi dia asyik call akak.” Aku geleng kepala. Abang aku sorang ni, kalau dia marah, boleh pekak telinga aku dibuatnya.

“Assalamualaikum.”

“ Ye. Ada..tapi dia tak nak cakap dengan kau,” Aku tersengih. Buat muka comel. Mana tahu Kak Rina akan kasihan kat aku. Namun aku muncungkan bibir bila Kak Rina melekapkan telefon tersebut ke telingaku. Terpaksalah aku dengar ceramah free dari abang kesayangan aku ni. Huhuhuhu.

“Kenapa tak nak bercakap dengan abang?”

“Errmmm..mana ada,”

“Adik okey ke? Kenapa balik lambat malam tadi?” Dah mula dah. Aku garu kening sambil.

“Adik okey. Semalam...errr...tayar van pancit. Nak tunggu driver van tu tukar tayar lambat sangat.” Aku merungut.

“Siapa suruh keluar malam?” Aku tersengih.

“Mana orang tahu Mbok Senah tipu orang. Dia cakap Kak Rina dah benarkan, jadi adik pergilah,” Terdengar suara Abang Zam mengeluh. Menahan marahlah tu.

“Mawar tu perempuan. Muda lagi. Kat luar tu perangai orang macam-macam. Lebih-lebih lagi bila ramai orang. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Susah kita nak jangka apa yang mereka fikir.”

“Mawar sendiri kena ingat, apa faedah yang Mawar dapat keluar malam-malam macamtu? Seronok? Kalau setakat nak cari keseronokan sementara macam tu, kemudian merana seumur hidup, baik balik kampung. Temankan mak dan ayah.” Aku terus mendiamkan diri. Bila Abang Zam dah buka mulut. Aku tak boleh jawab. Takut nanti dia naik angin.

“Faham tak ni? Nanti masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” Aku tersenyum.

“Faham. Tapi bang, malam tadi adik tengok ramai rambut orang lain-lain warna. Macam-macam warna. Macam pelangi pun ada.” Aku berkata selamba. Kak Rina disebelah dah tahan gelak. Betullah. Pepatah itu dah tak dapat dipakai lagi.

“Lebih baik tukar jadi hati sama merah, rambut lain-lain warna,” Aku berkata yakin.

“Yahhhh...” Aku menjauhkan telefon tersebut dari telinga bila mendangar suara Abang Zam menjerit. Aku tersenyum

“Budak ni. Main-main pulak dia. Dah mula nak melawanlah tu,”

“Mana ada. Abang ni, tak nak cakap dengan abang. Orang cakap benda yang betul dia marah pulak. Nah!!!” Aku menyerahkan telefon tersebut kepada Kak Rina.

“Okeylah Zam. Akak tengah drive ni. Nantilah akak cakap kat dia,” Aku pejamkan mata. Mengantuk. Semalam tidur lambat. Dari aku dengar kakak aku membebel, baik aku tidur. Lepas ni, taubat aku nak keluar malam-malam. Memang tak dapat apa pun. Dapat penyakit adalah. Kena marah, penat, tak cukup tidur. Lebih baik aku lepak di asrama je.

************************

“Apa yang mereka bincangkan tu?” Aku hairan melihat beberapa pekerja wanita sedang mengerumuni Madam. Gelak ketawa mereka mengganggu kami yang sedang bekerja. Beberapa minit kemudian, Madam menghampiri aku dan kawan-kawan.

“Mawar, kau pandai main bola sepak?” Aku angkat kening. Terkejut unta aku dibuatnya bila mendengar soalan dari Madam. Ingatkan nak tanya aku pandai main bola tampar ataupun bola lisut. Ini bola sepak? Tapi, aku memang pandai main bola sepak. Masalahnya dah lama tak main. Masa kat sekolah dulu, selalu juga kita orang main.

“Main jelah. Bukan susah mana pun. Okey? Tak cukup orang untuk wakil dari bahagian kita ni,” Suara Madam dah tinggi tu. Mahu atau tidak terpaksalah aku tunjukan bakat semulajadi aku tu. Jangan korang terkejut dengan persembahan aku kelak sudahlah. Aku angguk kepala.

“Okey. Dah lama tak sepak bola ni. Hujung minggu ni kena beli kasut bola lagi. Madam, bila game tu? Sempat tak buat latihan?” Madam tersengih. Kak Onah dah tersenyum simpul. Tak percaya aku pandai main bola sepak.

“Kak Onah, kalau nak gelak, gelaklah. Orang tak kisah pun.” Aku berkata selamba. Mereka yang lain sudah tidak dapat menahan gelak. Dia orang ni, belum kenal aku siapa.

“Perlawanan akan berlangsung sebulan dari sekarang. Latihan akan dimulakan hari sabtu ni di padang kilang. Juara akan mewakili syarikat kita menentang syarikat luar bulan 5 kelak.” Masing-masing angguk kepala.

“Mawar, betul kau nak main ni? Wakil-wakil dari BLC, CF, Moulding tu bukan calang-calang orang tau. Diaorang tu ramai simpan ‘tomboy’. Kau tak takut ke?” Aku karutkan dahi.

“Kenapa kak? Dia orang tetap perempuan jugak. Lagipun, kalah menang adat permainan.” Mereka angguk kepala. Kat kilang ni memang ramai perempuan yang berperwatakkan seperti lelaki. Masing-masing cuba menunjukkan mereka hebat. Mula-mula aku bekerja di kilang ni, aku hairan, kenapa ada operator pengeluaran lelaki. Setahu aku, mereka hanya mengambil pekerja perempuan untuk bahagian pengeluaran. Lelaki pula bahagian technician. Bila diterangkan oleh rakan-rakanku barulah aku tahu bagaimana kehidupan di kilang ni.

“Tak sabar aku nak tengok kau sepak bola. Tapi aku takut bola tu yang sepak kau,” Kak Ita ketawa pulas. Eleh…ingat aku tak pandai? Adik beradik aku semua pandai main bola. Boleh dikatakan kami sekeluarga mempunyai minat yang sama. Lagipun, ayah aku pemain terbaik kat kampung. Abang aku yang sorang tu pulak, pernah mewakili Negara bermain di Indonesia masa sekolah dulu. Aku pun apa kurangnya. Masa sekolah dulu memang aktif bersukan. Selepas habis belajar, aktiviti sukan aku berkurangan. Tetapi bila ada pesta di kampung, aku akan menyertainya termasuk perlawanan bola sepak dan futsal wanita antara kampung.

“Dah lama juga saya tak main bola ni. Mudahan skill saya masih macam dulu.” Aku tersenyum. Mereka yang lain hanya geleng kepala.

“Iye? Larat ke kau nak kejar bola tu?” Aku buat muka tak puas hati.

“Apa pulak tak larat. Orang pelari pecut masa kat sekolah dulu.” Jawabku bangga.

“Itu dulu. Aku takut, belum sempat sepak bola, kau dah semput.” Meraka ketawa mendengar komen Kak Mila. Aku mencebik. Tak percayalah tu. takpe. Aku akan buktikan kemampuan aku masih sama seperti 3 tahu lepas.

“Kalau team saya menang, nanti, Kak Mila belanja saya tau.” Sengaja aku ambil peluang.

“Takde masalah. Asalkan kau dapat jaringkan 1 gol.” Cabarnya. Aku terdiam. Memang aku pandai main, tapi, kalau bab nak skor tu, aku tak yakin sangat. Bola tu bulat. Apa-apa boleh terjadi. Walaupun seseorang tu handal bermain, belum tentu dia dapat menjaringkan gol. Bergantung pada nasib.

“Tak aci macam tu. Ala..Kak Mila, cukuplah, kalau saya dapat sepak bola 5 kali atau 10 kali ke,” Buat tawar menawar pulak. Kak Mila geleng kepala.

“Tak kira. Aku nak kau skor jugak.”

“Yelah...yelah..” Akhirnya mengalah jugak. Kena berlatih bersungguh-sungguh ni.

**************************

5 catatan:

MaY_LiN said...

ai..
langgar abang encem ke

Zass said...

i mesti diah yg langgar ni...

hei.. nyampah tul ngan diah ni..

aqilah said...

yup!!!!! mesti Hadiah yg langgar tu..... best!!!!!!!!!!

Ibu Hafiz said...

Hehehe... kaira_syuma, teringat kenangan pernah kerja kilang masa cuti sem zaman belajar dulu2... Mmg betul.. Kalau kat kilang, bila rapat dgn mana-mana technician yg handsome/good looking, mmg kena jeling memanjang dgn kakak2 bujang kat kilang tu... ramai peminat abg2 handsome yg jeles... :-)

Mujurlah Mawar ni selamber...tak meraung/hujan air mata sebab kena siram dgn air oren.. Mujurlah ada abg hensem...

Unknown said...

may_lin,abg hencem ke? hihih
korro n sis aqilah, bkn diah yg langgar...tunggu......
ibu hafiz, memang susah jd pekerja baru...mmg jadi perhatian punya...