Followers

Monday, August 9, 2010

Pilihan Hati 40

“Abang Hadi bagaimana? Ada apa-apa berita tentang abang Is?” Ariyana bertanya cemas. Mereka sekeluarga mendengar berita tentang serbuan besar-besaran yang dilakukan pihak polis semalam. Namun butiran lengkap masih dirahsiakan oleh pihak polis untuk keselamatan negara. Hadi geleng kepala. Walaupun dia tahu keadaan Iskandar masih tenat, namun dia mematuhi pesanan Iskandar agar tidak memberitahu mereka keadaannya kerana Iskandar tidak mahu mereka risau.

“Masih belum ada berita lagi.” Ariyana terduduk. Sedih sangat. Sudah 4 hari dia tidak mendengar bertia tentang Iskandar, dia hampir putus asa.

“Takkan pihak polis langsung tidak dapat mengesan di mana Iskandar berada? Siapa yang menculiknya? Takkan mereka tidak tahu?” Suara kasar Datuk Azran. Hadi tunduk memandang lantai.

“Apa yang pihak polis tu buat kalau tak dapat nak selamatkan anggota mereka?” Hadi mengeluh. Serba salah. Tetapi keadaan Iskandar masih belum dapat dipastikan. Iskandar masih belum sedarkan diri. Dia telah berjanji untuk tidak memberitahu keadaan Iskandar sehingga sahabatnya itu sembuh.

“Hadi, tolong rahsiakan perkara ni dari mereka. Aku tak nak mereka risau. Lebih baik kalau mereka tidak tahu keadaan aku sekarang. Kau janji ye?” Iskandar bersuara lemah. Ketika itu dia sedang di bawa ke bilik bedah. Hadi hanya mendiamkan diri.

“Tapi Is...mereka dah cukup risau bila tak mendengar berita tentang kau? Kenapa perlu di rahsiakan lagi? Sekurang-kurangnya mereka tahu kau sudah dijumpai,” Hadi berkata tegas. Iskandar geleng kepala.

“Aku nak mereka lihat aku dalam keadaan yang baik. Aku tak mahu mereka lihat aku dalam keadaan macamni. Ari...dia tentu rasa sedih bila nampak aku cedera,” Air mata mengalir dipipi. Dia rindukan Ariyana. Terasa baru semalam mereka bergelak ketawa, bergurau senda. Memang dia tidak mahu Ariyana melihat dirinya dalam keadaan begitu. Hadi tersentak bila bahunya disentuh lembut.

“Abang, tolong jangan berahsia dengan kita orang. Apa juga masalah abang, tolong kongsikan dengan kami semua.” Suara lembut Shila membuatkan Hadi semakin berasa bersalah. Perlahan tubuh isterinya dipeluk erat.

“Mak, ayah..Ari..Sebenarnya...Is...dia..masih..” Ariyana dan Datin Hasmah sudah menangis kuat.

“Kenapa dengan Is?” Datuk Azran bertanya cemas. Hadi menarik nafas dan perlahan dihembuskan. Dia membalas genggaman tangan Shila. Meminta kekuatan untuk menceritakan semua perkara yang terjadi.

“Malam semalam, pihak polis berjaya menumpaskan sendiket penyeludupan senjata api. Iskandar juga ada di sana semasa kejadian. Malangnya dia dijadikan tebusan. Semua kerana dendam oleh Slash. Sebab itu tiada tuntutan yang dibuat. Mereka memang berniat hendak membunuh Iskandar. Dalam kejadian tembak menembak itu, Iskandar terkena 3 das tembakan. Semua orang menyangka dia dah tiada. Tetapi, pihak kami tetap menghantarnya ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, dia tersedar dan sebelum masuk ke bilik bedah dia sempat meminta saya merahsiakan keadaannya dari pengetahuan mak dan ayah.” Meraka mendengar dengan tekun sekali. Ariyana menahan esak tangisnya.

“Abang Hadi....tolong bawa Ari jumpa abang Is. Abang Is tak patut tanggung semua itu seorang diri. Dia masih ada ahli keluarga,” Ariyana berdiri tegak. Datin Hasmah menarik tangan menantunya.

“Sabar sayang. Tentu ada sebab kenapa Is buat macam tu.” Datin Hasmah memujuk Ariyana. Mengusap tangan halus itu.

“Tapi mak...abang tak patut buat kita macam ni. Sepatutnya kita bersamanya dalam apa jua keadaan. Abang Hadi...tolong bawa Ari jumpa Abang Is.” Ariyana pandang wajah Hadi dengan wajah yang sudah basah dengan airmata. Bila melihat Hadi tetap bisu, Ariyana beredar kebiliknya.

“Ari...Ari nak pergi mana?” Soal Datin Hasmah bimbang. Ariyana terus menaiki tangga tanpa berpaling. Tujuan hanya satu. Dia perlu bersama Iskandar. Beberapa minit kemudian, Ariyana turun semula ke tingkat bawah sambil membawa beg tangannya. Dia mencapai kunci kereta dan bersedia hendak keluar dari rumah tersebut. Namun tindakannya dihalang oleh Datin Hasmah.

“Sabar Ari. Kita pergi sama-sama ye.” Datin Hasmah peluk erat tubuh Ariyana. Ariyana menangis kuat.

“Mak...Ari nak bersama abang. Ari rindu sangat pada abang,” Ariyana meluahkan apa yang dia rasakan selama 4 hari tanpa Iskandar di sisi. Hadi mengeluh berat. Perlahan dia berdiri dan mencapai kunci keretanya.

“Marilah. Sepatutnya kita semua ada disana untuk memberi sokongan pada dia. Satu je yang saya minta, apa saja yang terjadi.....tolong bersabar.” Mereka angguk kepala serentak. Yang penting saat itu mereka mahu menatap wajah Iskandar. Mahu melihat sendiri keadaan Iskandar.

*****************************

Sepanjang perjalanan mereka mendiamkan diri. Masing-masing berdoa semoga Iskandar selamat. Ariyana termenung. Sedikit demi sedikit ingatannya terhadap Iskandar terlayar diruang ingatan. Betapa dia rindukan senyuman dan usikan suaminya itu. Setiap hari dihujani usikan Iskandar membuatkan dirinya terasa kehilangan bila Iskandar tiada disisi. Cinta yang semakin mekar semenjak mereka kembali dari berbulan madu di Sabah dulu memberi kekuatan pada Ariyana untuk tabah menghadapi apa saja kemungkinan yang menimpa.

“Apa juga yang terjadi, mak nak Ari bersabar ye? Ingat Tuhan.” Ariyana angguk kepala. walaupun berat untuk dia berjanji. Jari jemarinya digenggam erat. Perlahan Datin Hasmah menarik tubuh menantunya dan dipeluk erat.

***************************

Keadaan hospital agak sibuk. Mereka berlima berjalan pantas menuju ke wad dimana Iskandar sedang dirawat. Sesampai di sebuah bilik yang tertutup rapat, Hadi menghentikan langkah dan memandang satu persatu wajah risau di hadapannya. Seorang doktor keluar dari bilik tersebut dengan riak letih. Hadi menahan doktor tersebut dan bertanya tentang Iskandar.

“Doktor, bagaimana keadaan pesakit tu.” Doktor tersebut memandang wajah-wajah cemas dihadapannya.

“Awak semua ni ahli keluarga dia?” Serentak mereka angguk kepala. Doktor tersebut turut sama mengangguk kepala.

“Keadaan pesakit masih kritikel. Kami sudah berjaya mengeluarkan peluru-peluru tersebut. Namun, buat masa sekarang, kami tak dapat pastikan sama ada keadaan dia selamat atau tidak. Dia terlalu banyak kehilangan darah.” Doktor tersebut berkata tenang. Datuk Azran angguk kepala.

“Dia perlukan darah ke doktor?” Tanyanya sambil memeluk bahu Datin Hasmah. Doktor tersebut tersenyum.

“Bekalan darah disini masih mencukupi. Jadi pak cik jangan risau. InsyaAllah pesakit dapat melaluinya.” Doktor muda itu tetap tenang.

“Boleh tak saya jumpa dia?” Ariyana bertanya perlahan. Airmata sudah semakin laju menuruni pipinya.

“Awak ni siapa?” Doktor tersebut bertanya. Gadis cantik itu menarik minatnya untuk bertanya.

“Boleh tak dia masuk. Dia ni isteri anak saya.” Datin Hasmah menjawab mewakili Ariyana. Lelaki tersebut angguk kepala. Dalam hati memuji kecantikan Ariyana.

“Puan boleh masuk. Tapi jangan terlalu bising sampai mengganggu pesakit. Sama-sama kita berdoa semoga di sihat.” Ariyana angguk kepala.

4 catatan:

MaY_LiN said...

cedihnye..
cian ari..
baru nak ok..
timpa malang lak

Sha said...

sempat lgi doc nih..haishh..

hani said...

sedihnya....sian ari, harap2 Is cepat sedar ye...smbg cepat2 bestlah

nursya said...

hukh huk huk...
cedeynyer...
arap2 is cpt smbuh..
cian kat ari...