Followers

Sunday, June 20, 2010

Pilihan Hati 35(I)

“Assalammualaikum, mak.” Hadi tunduk mencium tangan Datin Hasmah.

“Waalaikumsalam. Mari masuk. Tu ada orang dah tak sabar nak jumpa suami dia,” Datin Hasmah tepuk bahu menantunya. Hadi tersengih. Wajah ceria isterinya mengundang rindu yang tak tertahan. Tanpa segan silu, Hadi memeluk dan mencium dahi isterinya di hadapan ibu mertuanya.

“Rindunya kat isteri abang ni,” Shila tersipu malu. Ariyana muncul dari dapur membawa dulang beriri minuman.

“Abang Hadi, jemputlah minum.” Hadi melepaskan pelukannya dan menarik tangan isterinya menuju ke ruang tamu.

“Ayah mana mak.” Hadi bertanya sambil matanya meliar mencari raut wajah bapa mertuanya.

“Ayah kamu tu, kat mana lagi. kat masjidlah. Kawan-kawan dia yang sama-sama keluar tabligh tu datang.” Hadi angguk kepala. Dia memang tahu bapa mertuanya suka mengikuti mereka keluar berdakwah. Ariyana meninjau keluar rumah. Namun wajahnya hampa. Hendak bertanya pada Hadi, dia malu. Tadi sebelum Hadi sampai, di sempat menghubungi Iskandar. Namun dia segera memutuskan talian bila mendengar suara perempuan menjawab panggilan tersebut.

“Ari, Is balik lambat. Masih ada kerja katanya.” Hadi seperti dapat membaca apa yang Ariyana fikirkan. Ariyana hanya mengangguk kepala. dalam hati dia memberontak. ‘Kerja???? Ye ke? Entah-entah, keluar dating.’ Bentaknya dalam hati. Beberapa minit kemudian, dia meminta diri untuk ke bilik. Melayan hati yang terluka dalam diam.

“Kenapa dengan Ari, ye? Macam takde semangat je,” Shila bertanya pada suaminya.

“Memanglah. Kalau hubungan mereka masih belum okey, macam tu lah keadaan dia. Ari ada cakap apa-apa tentang hubungan dia dengan Is?” Shila kerutkan dahi. Tidak faham dengan soalan yang diajukan oleh suaminya.

“Maksud abang? Tak fahamlah. Hubungan mereka memang dingin sebab mereka kahwin bukan sebab mereka bercinta. Lagipun, Ari takde pulak cerita apa-apa masalah sejak mereka kahwin ni.” Hadi angguk kepala. Mungkin Ariyana tidak mahu Shila mengetahui hubungannya dengan Iskandar tidak berjalan dengan lancar.

“Ye ke? Kalau macam tu, dia monyok sebab suami dia belum balik lah. Tak macam sayang, abang terus tinggalkan kerja kat pejabat tadi. Malas nak tunggu mereka semua tu. Jumpa sayang lagi best,” Hadi mengucup dahi Shila. Shila tersenyum bangga.

*********************

Ariyana berbaring sambil merenung syiling. Beberapa ekor cicak menjadi tatapannya. Tiba-tiba dia teringat teka teki yang pernah ditanya oleh sahabatnya semasa dia masih bekerja dahulu.

“Teka tekinya macam ni.. Ada 2 kumpulan cicak. Ketua masing-masing sedang bertarung. Apabila ketua A itu kalah dah jatuh ke bawah, ahli kumpulan B juga terjatuh. Kenapa mereka terjatuh?” Kak Sham bertanya sambil tersenyum. Ariyana tergelak. Bukan kerana dia tahu jawapannya, tetapi rasa lucu pulak bila mengenangkan cicak-cicak tu berlawan. Kak Sham memang seorang yang kreatif. Bermacam-macam teka teki yang dia cipta. Sedang leka melayan ingatan, Ariyana tersentak bila seekor cicak terjatuh ke perutnya. Tanpa amaran, Ariyana melompat dari katil dan berlari ke pintu bilik. Pada masa yang sama pintu bilik terbuka. Wajah letih Iskandar menyapa matanya. Dan sekelip mata mereka berpelukan. Iskandar tergamam. Begitu juga Ariyana. Debaran didada semakin kuat. Iskandar tersenyum dan perlahan menutup pintu bilik. Ariyana mengekori langkah Iskandar menuju ke katil. Ariyana mendongak memandang wajah Iskandar yang sedang tersenyum itu. Terasa seperti dunia ini hanya milik mereka berdua. Dan apabila Ariyana jatuh terduduk di atas katil, dia berpaling dan matanya terpandang cicak yang masih melekat di tepi katil mereka.

“Arhhhh..” Ariyana menjerit dan sekali lagi tubuh sasa Iskandar dipeluknya. Kakinya juga tidak jejak dilantai bilik. Ariyana kini sedang dicampung oleh Iskandar.

“Kenapa ni?” Iskandar bertanya pelik. Wajah pucat isterinya mengundang rasa bimbang dihatinya.

“Ci...ci..cicak..” Sebelah tangannya menunding ke katil. Sebelah lagi berpaut pada leher Iskandar. Iskandar tersenyum bila matanya melihat seekor cicak ditepi katil mereka. Dengan perlahan, Iskandar meletakkan Ariyana ke atas meja solek. Iskandar terus menghalau cicak tersebut. Ariyana merenung Iskandar yang semakin hampir dengannya. Iskandar tersenyum lagi.
Wajahnya begitu hampir sekali dengan wajah Ariyana. Ariyana menjarakkan sedikit wajahnya.

“Takut dengan cicak ye? Tak sangka isteri abang ni takut kat cicak tu.” Iskandar mengusik isterinya. Ariyana mencebik.

“Bukan takut. Geli lah. Lagipun, tadi terkejut sebab dia jatuh kat perut Ari,” Ariyana menjawab kasar. Iskandar tergelak lagi. Perlahan tangannya menyentuh perut Ariyana dan membuatkan Ariyana menjerit lagi. Akhirnya Iskandar geleng kepala dan tersenyum.

“Kenapa ni? Tangan abang ni ada kejutan elektrik ke?” Iskandar membelek tapak tangannya. Ariyana tunduk malu. Setiap sentuhan Iskandar mengundang debar didadanya.

“Rasanya biasa je.” Iskandar garu kepala yang tidak gatal. Sengaja menguji isterinya. Ariyana berusaha turun dari meja soleknya.

“Ari belum jawab soalan abang lagi,” Iskandar sentuh bahu Ariyana. Ariyana tersentak. Matanya memandang tepat ke mata Iskandar. Mereka saling bertatapan. Iskandar mengusap perlahan rambut Ariyana. Sentuhan tanganya beralih ke wajah tenang itu. ‘Kalaulah Ari tahu, betapa abang cintakan Ari. Ari satu-satunya perempuan yang abang inginkan untuk menemani hidup abang.’ Bisiknya dalam hati. Kalaulah dia ada kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya pada Ariyana saat itu. Ariyana leka bila Iskandar mengusap pipinya. Tenang dirasakan bila berada dekat dengan suaminya itu. Rasa tidak selesa sejak mereka berkahwin semakin hilang dengan layanan Iskandar yang semakin baik.

“Errrr...abang, Abang dah makan? Kalau belum, nanti Ari sediakan,” Ariyana bertanya gugup bagi mengelak renungan suaminya. Iskandar tersenyum Cuma.

“Belum. Lepas Isyak kita makan. Abang nak mandi dulu. Lepas ni kita solat sama-sama ye,”
Ariyana angguk kapala.

*************************

P/s : salam, sori buat korang lama menunggu...ni sambungan episode yg hari tu...ckit je kan...layan..

5 catatan:

hana_aniz said...

huhu..come on is.. kamu tu lelaki. pe yg nak ditakutkn nye??

Liyana said...

hahahaha....
cicak..cicak..
ble la agknye dorg nk luahkan rasa hati dorg...????
nk lg.....

MaY_LiN said...

ari tergoda la tu

akak said...

akak teruja ngn teka teki tu. heheh..cicak b jatuh sebab depa tepuk tangan kan?? tu yg grip terlepas hahaha!
anyway... rasanya depa dah mula ada smthg2 tu..

Unknown said...

akak, memang betul...tu pasal dorang jatuh...bertepuk tangan sebab bos mereka menang...hehehe...rasanya dah abis ni...saba ye...