Followers

Tuesday, April 6, 2010

Pilihan Hati 27

“Kau nak beli apa?” Ariyana pandang wajah Shila. Seminggu selepas kejadian malang itu, Ariyana dan Shila keluar untuk membeli keperluan harian. Mereka berdua berjalan sekitar pasar mencari sesuatu.

“Beb, cantik tak?” Ariyana mengayakan sehelai kain tudung dihadapan Shila. Shila menghampiri temannya.

“Yelah. Cantik. Kau tahu tak? Aku pun teringin jugak nak pakai tudung. Agaknya dah sampai seru supaya kita berubah,kan?” Ariyana angguk kepala. Mereka mencuba beberapa helai kain tudung dan selendang. Ariyana juga mencari pakaian yang menutup aurat.

“Beb...aku ada perkara nak bagi tahu kau.” Ariyana angkat muka.

“Apa dia?” Soalnya sambil merenung wajah Shila.

“Aku nak kahwin,” Shila bersuara tenang.

“Apa?” Ariyana terkejut. Shila tersipu malu. Ariyana tergelak besar. Beberapa pasang mata memandang hairan ke arah mereka.

“Ari...slow sikit. Buat malu je ketawa macam orang tak siuman,” Ariyana tutup mulut. Shila tersengih panjang.

“Iye? Bila? Abang Hadi dah melamar kau? Kau tak cerita kat aku pun,” Ariyana pura-pura merajuk.

“Aku sendiri pun tak tahu. Dia datang ke rumah bawak mak dan ayah dia sekali. Jumpa mak dan ayah dan terus tetapkan tarikh nikah.” Sekali lagi Ariyana terkejut. Dia ketawa sambil menekan perut. Shila tampar bahu temannya.

“Yang kau suka sangat ni kenapa? Ketawa tak ingat dunia. Tadi monyok je muka,” Ariyana angkat kening.

“Kalau bersama kau aku terus bertukar mood tau. Tapikan.... Memang lawaklah dengar kau nak kahwin. Takde angin takde ribut, tiba-tiba sebut pasal kahwin. Kau dah bersedia?” Ariyana bertanya lagi beserta senyuman nakal dibibir.

“Kalau dah sampai seru, lari jauh mana pun, jodoh tu tetap datang tau. Siapa tahu, esok lusa kau pulak yang bagi tahu aku yang kau nak kahwin. Hah....apa kau nak jawab? Masa tu, giliran aku pulak ketawakan kau.” Ariyana muncung mulut. Memang dia tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

“Ye jugak. Memang bagus Abang Hadi ni. Tak nak lama-lama. Okey jugakkan. Buat apa bercinta lama-lama, kalau hati dah suka. Kahwin jelah.” Shila tersenyum.

“Kau tu...janganlah selalu sangat bergaduh dengan Irwan. Kasihan dia. Dia memang cintakan kau sangat-sangat. Cubalah belajar menerima dia. Aku yakin, kau mampu buat,” Ariyana gigit bibir. Rasa marah kerana Irwan tidak mempercayainya membuatkan Ariyana tawar hati untuk mendengar nama Irwan buat masa ini.

“Entahlah Shila. Dalam perhubungan sepatutnya kita mempercayai pasangan kita, tapi, Irwan...susah nak cakap. Dia tidak percayakan aku. Dia cemburukan hubungan aku dan Abang Is. Padahal, kami berdua takde apa-apa. Lebih-lebih lagi sekarang, Abang Is selalu sibuk dan aku pun, jarang dapat berjumpa dengannya. Pendek kata, dia cemburu buta,” Ariyana mengeluh.

“Dengan Abang Is pun dia cemburu? Dengan orang tua takde perasaan tu? Hai...memang dah parah benar teman lelaki kau tu. Baik kau ajak dia kahwin je.” Melompat Ariyana bila mendengar cadangan bernas sahabatnya itu.

“Kau gila ke? Belum kahwin dah bergaduh, entah macamanalah kalau dah kahwin. Entah-entah, kau dah tak kenal aku lagi. Nak balik rumah mak dan ayah pun tak dapat. Kena jaga hati dia. Susah jugak ye,” Ariyana mengeluh lagi.

“Padan muka. Orang suruh pikat Abang Is, tak nak. Dapat lagi laki kuat cemburu, rasakan tak dapat bebas nak bergerak.” Shila ketawa.

“Bila masa aku kata nak kahwin dengan dia? Kau ni... kalau ada jodoh, nak buat macamana. Kenalah biasakan diri. Tapi, aku akan buat syarat, kalau nak kahwin dengan aku, tak boleh lupakan keluarga angkat aku. Macamana...okey tak?” Shila mencebik.

“Masa belum kahwin dia cakap sanggup terima semua syarat, bila dah kahwin...syarat entah ke mana. Kita si isteri ni, kenalah ikut cakap suami.” Ariyana bertongkat dagu di atas timbunan kain tudung yang berlambak di kedai mamak tersebut. Kemudian mereka berdua tergelak.

“Jauhnya kita merapu. Shila...Shila..apa pun, Tahniah kawan. Bila tarikhnya?” Ariyana bersuara perlahan bila ketawa mereka reda.

“2 bulan dari sekarang. Sediakan hadiah yang besar untuk aku ye,” Ariyana mencebik. Shila tersengih. Mereka beredar menuju ke kaunter untuk membayar harga kain tudung yang mereka beli.

**********************

Ariyana membelek jam di tangan.

“Mana pulak budak ni. Kata kejap lagi sampai. Dah berjanggut aku tunggu dia, masih juga tak nampak batang hidung dia,” Ariyana merungut.

“Hahh...”

“Owh...katak kau melompat,” Ariyana melatah. Arif ketawa besar.

“Arif???? Nak kakak pergi terus ke?” Ariyana bercekak pinggang.

“Kenapa akak datang? Takde angin takde ribut tiba-tiba je datang jenguk muka kat sini? Akak nak kahwin ye? Nak minta tolong Arif jadi wali?” Ariyana ketuk kepala Arif tanpa sempat anak muda itu mengelak. Arif menggosok kepalanya.

“Apalah kakak ni. Sakit tau. kalau kawan-kawan Arif tengok, tentu mereka gelakkan Arif.” Ariyana geleng kepala.

“Padan muka. Orang datang dari jauh, dia pulak nak buat gempak.” Ariyana muncung mulut.

“Yelah. Biasa sibuk dengan pak we. Pak we akak tak ikut sekali ke?” Arif terjenguk-jenguk ke dalam kereta kakaknya.

“Malas akak nak layan kau ni. Jum...keluar. Temankan kakak,” Ariyana menarik tangan Arif. Arif tersengih.

“Sorry. Tapi Arif dah janji nak keluar dengan orang lain. Kalau akak tak kisah, boleh ikut kita orang sekali.” Ariyana kerutkan dahi.

“Keluar dengan orang lain? Siapa?” Ariyana bertanya pelik. Arif tersengih. Beberapa saat kemudian dia tersenyum lebar. Tangan di angkat melambai ke arah seseorang. Ariyana turut berpaling. Dia tergamam.

*******************

“Ari apa khabar?” Iskandar memulakan bicara. Sementara menunggu Arif menukar pakaian, dia mengambil peluang tersebut untuk berbual dengan Ariyana. Ariyana tersenyum kelat. dia sendiri kurang pasti. Adakah dia sihat atau tak. Mungkin luaran dia nampak sihat namun di dalam hati, rasanya telah lama dia tidak sihat.

“Setakat ni okey. Tak tahu pulak masa akan datang. Ermmmm...abang sihat?” Ariyana berpaling memandang wajah Iskandar yang sedang bersandar di tiang pondok rehat sekolah.

“Alhamdulillah. Sihat jugak. Dah lama tak jumpa Ari, banyak perubahan yang berlaku dalam diri Ari. Abang hampir tak kenal dengan Ari tadi. Nampak lain,” Iskandar memandang wajah Ariyana. Wajah yang sering menganggu tidurnya itu berbeza dari sebulan yang lalu. Ariyana tersipu malu sambil membetulkan tudung di kepalanya.

“Perubahan yang baik atau yang buruk?” Ariyana bertanya perlahan. Rasa kekok bila di tinggal berdua dengan Iskandar.

“Perubahan yang baik. Nampaknya Ari dan Shila dah bersedia hendak berubah. Semoga berkekalan.” Ariyana angguk kepala. Semenjak kejadian dia hampir diperkosa oleh lelaki-lelaki jahat tersebut, Ariyana mengubah cara pemakaiannya. Pakaiannya sudah menutup aurat dan tudung kepala jugak sentiasa dipakai. Hari tersebut adalah pertama kali Iskandar melihat Ariyana berpenampilan sopan. Sepanjang sebulan mereka tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja di pejabat. Mereka sama-sama mendiamkan diri sehingga Arif menghampiri mereka.

“Jum...nak naik kereta siapa ni? Kak Ari atau Abang Is?” Arif berdiri di tengah-tengah mereka berdua. Ariyana dan Iskandar saling berpandangan.

“Naik kereta abang ye. Kereta Ari tinggal kat sini.” Ariyana angguk kepala. sepanjang hari tersebut mereka menghabiskan masa bersama. Ariyana merasakan semangatnya semakin pulih. Dia senang menghabiskan masa dengan Arif dan Iskandar. Rasa bahagia sangat. Mungkin kerana dapat bersama dengan lelaki yang dia cinta biarpun pertemuan itu tidak disengajakan.

***************************

“Mama...macam kenal je perempuan tu?” Irni menunding jari ke arah Ariyana dan Iskandar. Ketika itu, Arif pergi ke bilik air.

“Kekasih Abang Irwan kan?” Irni bersuara kuat. Puan Sri Hanim berdengus kasar. Dari dulu lagi dia memang tidak merestui hubungan Irwan dengan Ariyana. Namun Irwan tetap degil dan meneruskan hubungan mereka.

“Kenapalah Abang Wan suka sangat kat perempuan tu. Sudahlah anak yatim-piatu, curang pulak tu,” Irni geleng kepala. Puan Sri Hanim gigit bibir. Sakit hati bila merasakan Ariyana mempermainkan hati anaknya.

“Mama, tengok tu....bukan main mesra lagi. siap tolong betulkan kain tudung pulak.” Irni berkata geram bila melihat Iskandar membuang sesuatu di kepala Ariyana.

“Mama takkan benarkan hubungan mereka berjaya. Mama nak Irwan tinggalkan perempuan tu.” Puan Sri Hanim berkata kasar. Mereka berlalu meninggalkan restaurent tersebut setelah menangkap gambar Ariyana dan Iskandar.

“Lepas ni, kalau Abang Wan tengok gambar ni, tentu dia marah dan tinggalkan perempuan tu. Nanti bolehlah mama kenalkan dia dengan anak kawan mama tu.” Mereka tersenyum gembira.

*************************

p/s : slm...tq buat yg sabar menunggu n3 Pilihan Hati ni...harap korang puas hati dengan n3 ni...tak tahu sama ada okey ke tidak...hasilnya mungkin tak memuaskan sebab buat dengan terburu2...apa2 pun...terima kasih byk2 buat yg sabar menunggu...:P

9 catatan:

epy elina said...

hohohho...
mst iwan pcaya ckp kuarga dia...
ok jg klu ari ptus ngn iwan....
br ari ngn abg is....
x nak ngn iwan...
smbung2x....

MaY_LiN said...

alahai..
nape la..
irwan ni..
da mak die xsuka lagi nak buat kontroversi..
parah..parah..

Unknown said...

ak suke sesgt la kalu irwan putus ngan ari,,
lg pn ari bukan nk sgt pn kt irwan tu,,,
kesian jer kt irwan tu,,,
nk ari ngan is,,,
hehehehe,,,,

farra ramli said...

ahaha..fara mmg nak pon kalo irwan tu putus ngn ari.putusla..putusla,
xheran pon..uhuu~
lepas ni ada peluangla is ngn ari.
kamon..is,make a step...

akak said...

wah ada can nih ari ngn is...

aqilah said...

nape is ni slow sangat????????? terus teranglah cepat2 kat ari..................

Unknown said...

penah tak korang jumpa lelaki slow mcm abg is tu? susah sgt nak mengaku..tp,jgn risau...tak lama lagi...?????? hehehe

pompuan_keberet said...

penantian suatu penyeksaan..!!!
cepat2la upload bab baru yer,,
tak sabar dah ni,..

Anonymous said...

yes..yes..
ari ngn irwan nk putus...
skrg abg is ader peluang lg...
hikhikhik..