Followers

Wednesday, March 24, 2010

Pilihan Hati 25

“Saya cintakan awak,” Ariyana tersentak. Lama wajah Irwan direnung. Jika dulu, tentu dia akan melonjak keriangan. Tetapi sekarang, hatinya milik lelaki lain walaupun mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan. Ariyana tidak tahu bagaimana hendak menjawab.

“Saya....saya..” Ariyana gugup. Irwan menanti dengan sabar. Dia memandang sekeliling restaurent. Keadaan sunyi dan suasana yang tenang itu tidak mampu menenangkan jiwanya yang bercelaru itu.

“Bagi saya masa.” Akhirnya Ariyana bersuara perlahan. Irwan mengeluh. Wajah Ariyana direnung agak lama.

“Saya tahu awak cintakan Tuan Iskandar.” Kata-kata Irwan itu membuatkan Ariyana tersentak.

“Apa awak cakap?” Ariyana kerutkan dahi. Wajah Irwan dipandang dengan riak tidak percaya. Mana mungkin Irwan mengetahui perasaannya pada Iskandar. Sedangkan selama ini dia tidak pernah menyatakannya pada sesiapa. Walau satu ketika dulu, dia pernah terfikir untuk memberitahu Irwan. Tapi? Bagaimana Irwan mengetahuinya? Ariyana gelisah.

“Saya dapat rasakan perasaan awak pada Tuan Iskandar bukan setakat abang dan adik. Tapi ianya lebih daripada itu. Mungkin kamu berdua tidak menyedarinya, atau, sebenarnya kamu berdua mengelak untuk mengakuinya. Tapi, itu tak penting, saya akan berusaha untuk buat awak jatuh cinta pada saya,” Irwan berkata panjang lebar. Ariyana hanya mampu memandang wajah Irwan.

“Saya dan Abang Is memang tak pernah ada hubungan lain. Kami menghormati antara satu sama lain. Tak mungkin perkara tersebut terjadi.” Akhirnya Ariyana menjawab. Walaupun terpaksa berbohong. Namun itulah jalan yang terbaik, memandangkan dia tidak pernah mendengar ucapan cinta dari Iskandar dan dia yakin, layanan baik yang Iskandar berikan hanyalah kasih seorang abang kepada adik.

“Jadi? Awak terima saya?” Irwan bertanya riang. Ariyana tunduk. Beberapa saat kemudian dia angkat kepala.

“Bagi saya masa. Saya tak mahu terburu-buru. Dan, saya harap awak bersedia walauapapun keputusan yang saya beri ye?” Irwan tersenyum.

“Okey.” Ucapnya sambil tersengih. Ariyana terus melayan rawan dihati. ‘Kenapa lain yang diharap lain pula yang terjadi? Apakah aku tak layak bersama dia?’ Ariyana bertanya pada diri sendiri.

****************************

“Shila, aku nak tanya kat kau satu perkara ni.” Ariyana pandang wajah temanya. Shila menoleh ke arah Ariyana.

“Tentang apa?” Shila bertanya sambil mengubah posisi duduknya.

“Errrr...Tentang hati dan perasaan.” Shila kerutkan dahi.

“Aku tak faham,” Ariyana mengeluh bila Shila masih tidak tidak faham.

“Situasinya macam ni. Kau cintakan seseorang ni. Tapi masalahnya dia tak cintakan kau. Yang sorang lagi, dia cintakan kau, tapi kau tak cintakan dia? Yang mana satu harus kau pilih?” Shila membeliakkan matanya.

“Owh!!! Kau bercinta tak bagi tahu aku?” Ariyana tunduk.

“Bukanlah. Aku belum bercinta lagi. Aku nak minta pendapat kau. Kalau kau berada disituasi aku tu, siapa yang kau pilih?” Sekali lagi Ariyana bertanya soalan yang sama. Shila termenung seketika.

“Lelaki yang cintakan kau tu, dia ikhlas? Maksud aku, dia cintakan segala tentang kau dan dia dapat terima adik kau?” Ariyana angguk kepala. Memang Irwan sangat baik padanya dan Arif.

“Dia cintakan kau sepenuh hati dia?” Ariyana angguk kepala.

“Tapi kau tak cintakan dia? Siapa pulak lelaki yang kau cinta tu?” Shila bertanya sambil angkat kening. Ariyana hanya mendiamkan diri. Shila tersenyum. Tahu bahawa Ariyana belum bersedia hendak berkongsi rahsianya itu. Biarlah. Bagi Shila, jika Ariyana sudi bercerita padanya itu sudah cukup baik. Dia takkan sekali-kali cuba untuk mencungkil rahsia Ariyana. Mungkin Ariyana ada sebab yang tersendiri.

“Aku takde kekuatan nak bagi tahu kau siapa dia. Biarlah jadi rahsia aku.” Shila angguk kepala.

“Kalau macam tu, lebih baik kau terima lelaki yang mencintai kau. Bila seorang lelaki itu benar-benar menyintai kau, dia akan cuba untuk membahagiakan pasangannya. Dan, perempuan ni hatinya lembut. Mudah menerima seseorang itu dalam hidupnya.” Shila menepuk bahu Ariyana. Ariyana hanya mengangguk kepala. Walau hatinya masih tidak yakin.

“Kalau aku tunggu lelaki yang aku cinta tu?” Ariyana angkat muka memandang wajah Shila sambil tersenyum.

“Kau nak paksa dia terima kau? Jangan jadi bodohlah Ariyana. Lelaki yang tak menyintai kita, mereka tidak akan menghargai perasaan kita pada mereka. Malah, mungkin ianya akan membuatkan kita menderita akhirnya. Jangan sesekali memilih lelaki yang tidak menyintai kita. Kecuali, kalau dah jodoh, aku tak dapat nak kata apa.” Shila jungkit bahu. Ariyana terdiam.

“Betul jugakkan? Kita orang perempuan ni, mana ada kuasa nak ceraikan suami kalau kita tak suka mereka. Tapi, lelaki ada hak untuk cerai kita kalau mereka dah tak suka kat kita. Kasihankan?” Ariyana angguk kepala sambil tangannya bermain dengan dagunya. Shila tergelak.

“Sebab, lelaki ketua keluarga. Sebab tu, aku nasihat kat kau, kalau nak pilih suami, pilihlah lelaki yang sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia. insyaAllah, hidup bahagia.” Shila berhujah panjang. Ariyana tergelak.

“Bercakap macam orang tua. Aku tak tahu nak bagi jawapan apa pada Irwan.” Ariyana mengeluh. Shila pandang wajah runsing temannya.

“Kenapa? Dia okey je aku tengok. Mak dan ayah pun berkenan kat dia.” Ariyana tersenyum. Teringat betapa gembiranya Datin Hasmah bila dia membawa Irwan datang ke rumah. Dan, selepas pertemuan itu, Irwan sering bertanya khabar ibu dan ayah angkat Ariyana.

“Ye dia okey. Tapi....entahlah...aku tak faham dengan sikap aku sendiri. Kenapa aku susah sangat nak jatuh cinta pada dia? Kau rasa kenapa ye?” Shila kerutkan dahi. Wajah Ariyana di pandang pelik.

“Kalau kau cakap kau jatuh cinta pada siapa, baru aku dapat jawab soalan kau tu.” Ariyana tersengih.

“Malas nak cakap tentang tu. Mulai sekarang, aku nak lupakan perasaan aku pada si dia yang misteri tu,” Ariyana berseloroh.

“Suka hati kau. Malas aku nak layan.” Shila geleng kepala.

*********************

Sudah hampir 3 bulan Iskandar tidak menghubunginya. Ariyana mula tawar hati. Apa yang Shila katakan beberapa minggu lepas memang ada benarnya. Sepanjang tempoh tersebut, dia memikirkan luahan hati Irwan. Irwan pula seorang yang penyabar. Langsung tidak mendesak jawapan darinya.

“Awak...saya minta maaf. Sebab....saya belum ada jawapan.” Irwan tersenyum.

“Takpe...ambil masa awak. Dan, saya akan buat awak jatuh cinta pada saya tanpa paksaan,” Ariyana semakin merasa bersalah. Saat itu, hatinya masih menyintai Iskandar. Akhirnya dia mengaku yang dia cintakan Iskandar sepenuh hatinya. Tetapi, terlalu banyak perkara yang dia risaukan sehingga menenggelamkan perasaannya pada Iskandar. Dalam kotak fikirannya, Iskandar tidak menyintainya. Mungkin Iskandar hanya menyayanginya seperti seorang adik. Tanpa sesiapa sedar hampir Setiap malam dia menunggu panggilan dari Iskandar. Dan, entah kenapa semenjak Iskandar pergi menjalani kursus, lelaki tersebut langsung tidak menghubunginya.

*********************

Iskandar tersenyum. Esok hari terakhir kursus. Dapatlah dia menghubungi Ariyana. Rindunya semakin kuat pada gadis itu. Sepanjang menjalani kersus tersebut, Iskandar mula yakin yang hatinya menyintai Ariyana sepenuhnya. Oleh kerana sepanjang berkursus, mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, maka, selama 3 bulan juga dia memendam rindu pada Ariyana.

“Ari...abang ada hadiah untuk Ari,” Ucapnya sambil tersenyum meleret bila mengingatkan wajah riang Ariyana saat menerima hadiah. Tidak kiralah apa saja hadiah tersebut, Ariyana tetap menerimanya dengan penuh rasa syukur. Itulah kelebihan Ariyana yang dia sedar dari awal mereka kenal. ‘Iskandar...kau dah jatuh cinta,’ Hatinya menjerit kuat. Iskandar tersenyum puas bila dapat meluahkan perasaannya, biarpun bukan dihadapan Ariyana. Dan, sepanjang berada di dalam kapal terbang, fikirannya asyik mengingati Ariyana.

“Aku dah angau ni,” Bisiknya perlahan. Zawiyah yang berada disebelahnya geleng kepala. tersenyum dengan gelagat Iskandar yang nampak seperti orang tengah angau. Iskandar pernah menceritakan tentang cintanya pada Ariyana. Zawiyah tersenyum.

“Memang dah angau pun. Sakit mata saya ni tengok awak tersengih seorang diri. Susah betul tengok orang yang angau ni. Memang betullah, apa yang orang kata, lelaki macam awak ni, kalau jatuh cinta, mengalahkan orang yang bercinta berpuluh kali.” Iskandar hanya tersenyum. Katalah apa saja. Dia tidak kisah.


*****************************

6 catatan:

epy elina said...

hhoohoh....
hrp2 ari x trma lg iwan....
nak ari ngn is...
n arap2 is x trlmbt untk mluahkan cnta dia kat ari...

MaY_LiN said...

cepatla bgth..

Unknown said...

nk ariana ngan is,,,

Anonymous said...

nk ari ngan is pleaseeeeeeeeeeee

farra ramli said...

nak ari n is..ari n is..xmo ari n irwan..xsesuai..haha~~

nursya said...

wah x sbr tggu is bg tau kat ari...
jgn la si ari time si irwan tu plak...