Followers

Thursday, February 11, 2010

Pilihan Hati 16

“Ariyana...” Ariyana yang baru saja balik dari mengambil keputusan SPM nya hairan bila melihat rumahnya dipenuhi oleh orang ramai. Melihat wajah Datin Hasmah dan Datuk Azran yang sedih itu membuatkan dada Ariyana berdegup kencang. Dia tersentak bila tubuhnya dipeluk erat oleh Datin Hasmah. Ariyana kerutkan dahi. Dia mencari kelibat mak dan ayahnya. Tetapi mereka tiada. Wajah Arif juga tiada. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah yang bergema suara orang membaca Surah Yasin. Ariyana semakin tidak keruan. Seram sejuk bila melihat 2 tubuh terbaring kaku di tengah rumah.

“Ariyana...mak dan ayah Ari...mereka dah takde.” Ariyana bingung. Satu persatu wajah disekelilingnya dipandang hairan. Semuanya tunduk memandang lantai. Tidak sanggup melihat remaja berusia 18 tahun itu kehilangan tempat bergantung. Ariyana terdiam. Masih tidak dapat menangkap apa yang terjadi. Beberapa minit kemudian Ariyana meraung sekuat hati dan menerpa ke arah tubuh kaku tersebut. Semua tetamu yang hadir menitiskan airmata melihat Ariyana yang seperti orang hilang akal.

“Mak, ayah..jangan tinggalkan Ari. Mak..ayah..jangan pergi...siapa nak jaga Ari. ..Mak..ayah...jangan pergi,” Beberapa orang wanita cuba menenteramkan Ariyana, tetapi semuanya ditepis kasar. Ariyana seperti kerasukan bila dia cuba membuka kain kafan yang membalut tubuh ibu dan ayahnya.

“Mak....ayah...bangunlah...mak...ayah...” Ariyana terus merintih sambil menggoncang tubuh kaku itu.

“Kenapa kamu semua buat mak dan ayah macamni? Mereka susah nak bernafas,” Ariyana terkial-kial membuka tali yang mengikat jenazah ibunya. Datin Hasmah menarik Ariyana dan memeluk erat tubuh kecil itu.

“Lepaskan saya. mak....mak...ayah...jangan tinggalkan Ari. Mak cik, tolong jangan buat mak dan ayah macamni.”Ariyana meronta-ronta minta dilepaskan dan airmata mengalir deras dipipinya. Keadaan semakin teruk apabila jenazah diletakkan ke dalam keranda. Ariyana menangis seperti orang hilang akal.

“Lepaskan saya. Mak cik...lepaskan saya. Tolong buka ikatan tu. Mak dan ayah tak dapat bernafas...Tolonglah buka,” Ariyana menarik tangan Datin Hasmah. Dia berusaha lagi untuk melepaskan diri dari pelukan Datin Hasmah.

“Ariyana, mengucap nak. Jangan macam ni? Tak tenang roh arwah kat sana nanti. Terimalah hakikat ini, sayang,” Datin Hasmah menenangkan gadis remaja itu. Beberapa minit kemudian Ariyana beransur tenang dan akhirnya dia pengsan.

“Ari, Ari...bangun Ari...” Shila mengejutkan sahabatnya. Ariyana masih tidak bergerak. Beberapa kali badan Ariyana digoncang dan pipi Ariyana yang basah itu menambahkan kebimbangan Shila. Ketika dia sampai di rumah tersebut, dia ternampak Ariyana sedang tidur di sofa.

Mulanya dia ingin mengusik Ariyana. Tetapi perbuatannya terhenti bila melihat airmata Ariyana yang mengalir dipipinya. Wajah Ariyana yang keresahan itu juga membuatkan hatinya bimbang. Shila duduk disisi Ariyana.

“Ari...bangun Ari,” Shila menepuk lengan Ariyana. Ariyana terus duduk tegak dan terpinga-pinga. Ariyana gosok matanya.

“Ari, kau tak apa-apa? Kau menangis ye?” Shila duduk disebelah Ariyana. Ariyana mendiamkan diri. Dia masih bingung.

“Kenapa ni?” Shila bertanya perlahan. Bimbang melihat kelakuan sahabatnya itu.

“Aku tertidur la...” Ariyana membetulkan rambutnya.

“Kau teringat mak dan ayah ye?” Ariyana angguk kepala. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaanya pada Shila kerana Shila pasti dapat mengesan riak wajahnya yang sangat rindu pada mak dan ayahnya.

“Tak baik menangisi mereka yang telah pergi. Kalau Ari teringat tentang mereka, Ari baca Al-Quran, doa semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” Shila bersuara tenang. Tiba-tiba Ariyana tergelak.

“Kau ni...bercakap macam Ustazah.” Shila tersengih.

“Sengaja aku cakap macam tu. Kalau nak layan sedih kau tu, aku pun turut sama sedih. So, aku mainkan semula rakaman kata-kata mak dulu tu,” Ariyana geleng kepala.

“Okey,” Ariyana mengeluh.

“Terima kasih sebab sayangkan aku dan Arif,” Ariyana pandang wajah Shila dengan pandangan sayu.

“Ala...siapa yang sayang kat kau? Aku? Mana ada.” Shila berdiri dan beredar.

“Kau tak sayang aku?” Ariyana bercekak pinggang.

“Kalau kau masak malam ni, aku akan sayang kau,” Shila berkata selamba sambil naik ke bilik. Ariyana gigit bibir.

“Huhhh...kurang asam punya budak.” Ariyana berdengus. Ariyana terus beredar ke sinki untuk mencuci muka. Dia membelek wajahnya di hadapan cermin. Matanya merah dan sembap. Ariyana termenung lagi. Dia tersentak bila mendengar suara Shila.

“Ni yang aku sayang sangat kat kau. Sedapnya. Aku baru je nak order Mee Jawa....macam tau-tau je aku teringin nak makan,” Shila terus duduk dan menggosok tangan sebelum menyentuh sudu. Tiba-tiba tangannya di pukul. Shila pandang wajah Ariyana.

“Oiii...sakit la.. apasal kau pukul tangan aku ha?” Shila muncung mulut sambil menggosok tangannya.

“Tak sopan langsung. Dah cuci tangan tu? Selamba beruk je dia duduk,” Shila menjeling tajam wajah sahabatnya.

“Apa pulak selamba beruk. Kau pernah nampak beruk buat muka selamba ke?” Shila beredar ke sinki.

"Pernah. Selalu.” Shila kerutkan dahi. ‘Ada ke beruk muka selamba?’ Shila bertanya pada diri sendiri. Macam-macamlah si Ari ni.

“ Ye ke? Kat mana kau tengok. Aku tak pernah pulak nampak beruk buat muka selamba?” Shila pandang wajah Ariyana sambil duduk.

“Manalah kau nampak, aku sorang je yang nampak. Maklumlah hari-hari aku tengok muka dia je. Dan dia pulak, selamba je datang makan,” Shila berfikir sejenak. Beberapa saat kemudian, otaknya dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Ariyana.

“Kau!!!!!” Shila tunding jari ke muka Ariyana. Ariyana tergelak sakan bila dapat mengenakan kawannya itu.

“Malas nak layan kau. Yang penting aku makan,” Shila jungkit bahu. Ariyana tersengih.

“Kelaparan macam orang tak makan setahun. Abang Hadi tak bawak kau pergi makan ke?” Ariyana bertanya pada sahabatnya yang sedang khusyuk menyuap Mee Jawa ke mulut.

“Tak sempat. Kita orang pergi jalan- jalan kat pantai, lepas tu borak-borak, sampai terlupa nak makan.” Shila menjawab tanpa memandang wajah Ariyana. Ariyana mencebik.

“Jadi....kira bercintalah ni?” Ariyana menompang dagu memandang Shila makan. Shila angkat muka.

“Mana ada. Takkan lah baru jumpa hari ni, terus jatuh cinta. Hissss..Jangan nak merepeklah.” Shila buat muka pelik. Ariyana tersenyum.

“Jangan nak tipu akulah. Macamlah aku kenal dia sejam yang lepas. Dari cara kau melayan dia tengahari tadi, aku dah dapat agak. Tentu kau syok kat dia. Jangan nak berdalih. Sekilas ikan disungai, aku tahu jantan betinanya,” Ariyana angkat kening. Shila terbatuk.

“Pandainya kau. Nanti, aku pergi tangkap ikan, kau tolong bagitahu aku, yang mana jantan yang mana betina. Aku ni bukan pandai sangat. Makan tu pandailah,” Shila menjeling tajam wajah selamba Shila.

“Eleh...itu perumpamaan je. Sekali sekala nak guna bahasa kiasan ni, kau pulak potong mood aku,” Ariyana muncung mulutnya. Shila tergelak. Ariyana mendiamkan diri. Tiba-tiba teringat kejadian di Mall tadi. Dia berkira-kira samaada hendak bercerita tentang perkara yang terjadi di Mall atau menyimpan rahsia itu.

“Kenapa aku tengok, kau macam nak cakap sesuatu je? Apa dia?” Ariyana tersengih. Dan, fikirannya teringat pulak pada Hafiz.

“Haaa...baru aku ingat.” Ariyana duduk tegak. Shila terkejut.

“Apa yang kau ingat tu?” Ariyana mengeluh.

"Hafiz,” Shila kerutkan dahi.

“Hafiz? Kenapa dengan dia? Dia melamar kau?” Shila membulatkan matanya.

“Ish....Kau ni, ke situ pulak dia. Bukanlah.” Ariyana buat muka pelik.

“Dia dah give up. Tak nak tunggu aku lagi. Suara dia macam sedih je. Dia cakap, mama dia dah jodohkan dia dengan perempuan lain,” Shila angguk kepala.

“Owhh!!! Melepaslah kau? Kau kecewa ke?” Ariyana tersengih. Dia gembira sebenarnya. Tak perlu lagi nak cari alasan untuk menolak pelawaan Hafiz untuk keluar.

“Taklah kecewa sangat. Aku terima je. Dah jodoh katakan. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan,” Ariyana menuang air suam ke dalam gelas dan menyerahkannya pada Shila.

2 catatan:

MaY_LiN said...

cedihla..

nursya said...

cian kat ari..
selalu teringatkan parent dia...
huhuhu...