Followers

Monday, January 25, 2010

Pilihan Hati 12

“Hoi...apahal bawak aku keluar ni?” Hadi bertanya kasar sambil duduk di sebelah Iskandar. Iskandar yang dari tadi termenung tersentak bila disergah kasar oleh sahabatnya.

“Kau ni. Boleh tak bagi salam dulu? Nak suruh aku mati awal ke?” Iskandar geleng kepala sambil mengurut dada.

“Yang kau termenung jauh tu kenapa? Kau tahu tak, dah lama aku nampak kau kat sini. Mata tu tak berkelip langsung. Apa yang kau angankan tu?” Hadi menepuk bahu sahabatnya. Iskandar geleng kepala.

“Nak kata masalah pejabat, tak mungkin. Kau bukan jenis yang suka bawa hal pejabat keluar.” Iskandar bersandar kemudian mengeluh. Hadi pelik.

“Kau tak pernah terfikir nak kahwin ke?” Hadi bertanya perlahan. Iskandar pandang wajah Hadi.

“Kenapa kau tanya soalan tu pada aku?” Iskandar pula bertanya tidak puas hati.

“Kau nak tahu cerita sensasi kat balai?” Iskandar angkat kening. Hadi tergelak.

“Semua perempuan kat balai tu takut nak dekat ngan kau. Mereka ingat kau ni gay dan yang tak adilnya, aku pun kena sama.” Iskandar terkejut. Hadi ketawa besar.

“Gila. Kau jangan nak tipu aku,” Iskandar tunjuk buku lima pada sahabatnya. Hadi terus tergelak.

“Yelah. Tengok, orang lain keluar dengan awek, kau ajak aku keluar. Apalah nasib aku ni, masih juga tak laku,” Hadi merendah diri. Iskandar geleng kepala.

“Dulu masa aku kat sekolah, aku antara yang paling disukai ramai pelajar perempuan tau. Sampai susah nak bergerak. Tapi sekarang, perempuan takut nak dekat,” Hadi tersenyum mengenangkan kenangan masa disekolah menengah. Iskandar tersenyum sinis.

“Biasalah zaman muda-muda dulu lain. Sekarang mana sama dengan dulu.” Iskandar bersandar di kerusi.

“Kau kenapa? Macam ada masalah je,” Hadi pandang wajah murung Iskandar. Iskandar mengeluh.

“Aku susah hati ni.” Iskandar bersuara lemah. Hadi kerutkan dahi.

“Apa perkara yang merungsingkan kau tu? Tak pernah aku nampak kau teruk sangat macam ni.” Iskandar mengeluh lagi.

“Majlis makan malam tu.” Hadi tersenyum. Kemudian dia tergelak.

“Owh!!!! Hal itu. Memang patut pun risau.” Iskandar garu kepalanya.

“Yang kau suka sangat ni kenapa? Kau dah ada teman?” Iskandar pandang wajah Hadi yang tersenyum lucu itu.

“Aku tak kisah sangat. Ramai kawan. Kau tu...tak pernah nampak kau berkawan rapat dengan perempuan. Ada tak kawan perempuan kau?” Hadi tergelak bila melihat Iskandar garu kening.

“Itulah masalahnya. Kawan kau, ada tak yang boleh pinjam semalam. Untuk pergi majlis tu je,” Iskandar bersuara lemah. Hadi ketawa lagi.

“Ketawalah puas-puas. Aku nak minta tolong kau, kau ketawa pulak,” Iskandar berdengus.

“Tak payah datang jelah,” Akhirnya Iskandar bersuara malas. Hadi geleng kepala.

“Aku mesti datang. Mana tahu dapat jumpa perempuan cantik malam tu. Jumpa jodoh.” Hadi berangan. Iskandar geleng kepala.

“Ha.... Aku ada idea,” Hadi duduk tegak. Iskandar terkejut.

“Idea apa?” Iskandar hairan. Tiba-tiba saja Hadi menjerit.

“Kenapa kau tak bawak adik angkat kau ke majlis tu? Pinjam dia semalam.” Iskandar tersentak. Iskandar geleng kepala.

“Tak naklah. Malas aku nak menyusahkan dia,” Iskandar bersuara lemah.

“Minta tolong dia semalam je.” Hadi angkat kening. Iskandar garu kepala.

“Kalau kau tak nak, aku je. Minta nombor telefon dia. Aku nak bawak dia keluar.” Hadi merampas telefon bimbit Iskandar. Iskandar merampas semula telefonnya.

“Jangan nak buat hal.” Iskandar tolak bahu Hadi.

“Mari. Kita jumpa dia. Kalau kau takut nak cakap, nanti aku tolong,” Hadi menarik tangan Iskandar. Iskandar pandang wajah Hadi.

“Cepat la. ” Akhirnya Iskandar melangkah malas.

“Kita singgah kat McD dulu. Nak beli buah tangan untuk mereka,” Iskandar singgah di hadapan McD.

“Banyaknya. Dia sorangkan?” Hadi hairan. Iskandar tersenyum.

“Ikut je lah,” Hadi jungkit bahu. Sepanjang jalan mereka merancang bagaimana hendak memujuk Ariyana. Ketika sampai dihadapan rumah Ariyana. Iskandar menelefon Shila.

“Dik, abang kat bawah. Bukak pintu,” Shila kerutkan kening selepas menerima panggilan dari Iskandar. Beberapa ketika kemudian dia menuruni tangga.

“Kau nak ke mana?” Ariyana yang sedang menyediakan lauk untuk makan tengahari bertanya. Hairan bila melihat Shila garu kepala.

“Abang Is kat depan tu. Kenapa dia datang ye?” Ariyana terkejut. Shila garu kepala lagi.

“Agaknya nak ambil jaket dia tak?” Ariyana berkata perlahan.

“Entah,” Shila membuka pintu rumah kemudian membuka pagar hadapan. Iskandar memandu keretanya masuk ke perkarangan rumah Ariyana. Shila menunggu dengan sabar.

“Kenapa abang datang ni?” Shila menyalami tangan abangnya. Iskandar tersenyum.

“Kenapa? Tak boleh jenguk adik sendiri?” Iskandar tolak kepala Shila. Shila muncung mulutnya. Geram bila kepalanya menjadi mangsa tolakan.

“Wah!!!!! Ada McD. Bestnye. Sini,” Shila terus merampas plastik McD dari tangan Iskandar. Iskandar geleng kepala. Perlahan Shila berlalu ke dalam rumah.

“Hoiii...bertuah punya adik. Kita dia tinggal macam tu je,” Iskandar tarik tangan Shila. Shila tersengih.

“Sorry, bang. Terlupa tadi. Syok dapat makan free ni.” Shila tersengih lagi.
Shila menjenguk ke belakang Iskandar bila mendengar suara orang berdehem.

“Siapa tu bang?” Mira bertanya pelik. Iskandar tersenyum.

“Lupa pulak. Ni kawan abang. Hadi. Hadi, ni adik aku, Shila,” Mereka saling berbalas senyum.

“Hai,” Mereka serentak menyapa. Shila tersenyum manis.

“Hai.” Hadi terpaku melihat gadis cantik di sebelah Iskandar.

“Ari mana? Belum bangun lagi?” Iskandar bertanya selamba.

“Abang ni. Kalau Ari dengar baru padan muka,” Mereka bertiga masuk ke rumah seiringan.

“Hoiii..Ni siapa pulak? Adik angkat kau jugak?” Hadi tarik tangan Iskandar. Iskandar pandang wajah Hadi yang bingung itu.

“Kau ni. Ini adik kandung aku. Kau dah lupa yang aku ada adik kandung?” Hadi tersengih.

“Owhhhh..Sorry beb. Aku lupa. Cantiknya dia.” Hadi tergelak. Iskandar geleng kepala.

*******************

2 catatan:

MaY_LiN said...

yea..
yea..
is nak ajak ari dinner

nursya said...

yez...
2-2 da ader partner...
ari ngn is...
shila ngn hadi...
hehehehe...