Followers

Wednesday, January 13, 2010

Kembali Pulang 20

“Errrr....Afi, kau pernah jumpa Affan tak?” Mira bertanya perlahan. Affiah kerutkan kening.

“Hari-hari aku jumpa dia.” Affiah menjawab perlahan. Ketika itu mereka berada dewan mendengar ceramah kesihatan.

“Hari-hari?” Mira bertanya pelik.

“Errrr..Ye. Mereka sekeluarga datang ke rumah. Dah lama tak berkumpul,” Affiah tersengih. Menyedari dia hampir membocorkan rahsia.

“Owhhhh.. Dah lama aku tak nampak dia,” Mira bersuara perlahan. Affiah pandang wajah Mira.

“Kau dah lama tak jumpa dia? Pelik,” Affiah garu kepala. Patutlah abangnya kelihatan tidak bersemangat sejak kebelakangan ini. Mira mengeluh.

“Dulu pun dia pernah buat macam ni. Nampaknya perangai dia masih tak berubah.” Mira tiba-tiba bercerita tentang masa lalunya. Affiah tersentak dan berpaling memandang wajah Mira.

“Maksud kau?” Affiah berminat hendak mengetahui kisah lama Mira dan Akmal.

“Bila dia terlalu baik sangat kat aku, selepas tu, mulalah dia menjauhkan diri. Sampai aku rasa, seperti ada yang tak kena antara aku dan dia.” Mira mengeluh lagi. Kadangkala dia terfikir mungkinkah Affan takut untuk jatuh cinta padanya. Dan kerana itu, dia menjauhkan diri bila perasaan murni itu hadir dalam jiwanya.

“Mungkin dia ada sebab yang dia tak dapat bagi tahu kau,” Affiah berkata perlahan. Mira tersenyum kelat.

******************************

“Awak...” Mira tersentak bila melihat Affan menunggunya di hadapan pejabat.

“Saya nak bawa awak ke satu tempat.” Affan bersuara lemah. Wajahnya juga murung dan kelihatan sedih. Mira hairan. Tetapi dia tetap angguk kepala. Terubat sedikit rindu pada wajah tersebut.

“Kita naik kereta saya.” Mira angguk kepala tanpa banyak soal.

“Okey.” Malas mahu bertanya lebih lanjut. Sepanjang perjalanan tersebut, Mira merasa tidak sedap hati. Jalan yang dibawa oleh Affan itu sangat sunyi dan jalan yang tidak pernah dia lalui selama ini. Hampir 1 jam mereka memandu barulah sampai ke tempat yang dituju. Affan pula serius dan hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

“Kenapa bawa saya ke sini?” Mira bertanya hairan. Affan masih mendiamkan diri.

“Mira.....” Affan renung wajah Mira dengan satu perasaan yang sukar untuk Mira tafsirkan.

“Kenapa?” Soalnya pelik. Dia memandang sekeliling. Sunyi. Sekeliling mereka hanya terdapat batu nisan.

“Kita nak ziarah kubur siapa ni?” Mira bertanya lagi. Affan gelisah. Pertanyaan Mira itu dibiarkan berlalu.

“Saya cintakan awak. Saya sangat cintakan awak. Dan apa yang saya buat ni adalah kerana saya tak mahu menipu awak lagi,” Affan bersuara yakin. Mira tersentak . Tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Wajah Affan yang merona merah itu meyakinkan Mira. Mira hanya mampu tersenyum. Affan mengeluh. Berkali-kali dia cuba menghalang ayat tersebut keluar dari mulutnya, tetapi akhirnya terlepas juga. Tanpa menunggu jawapan dari Mira, dia terus berjalan dihadapan Mira.

“Apa maksud awak? Menipu saya? Tentang apa?” Mira hairan. Walaupun rasa gambira sebab akhirnya dia mendengar sekali lagi ucapan cinta dari mulut lelaki yang dia rindu selama ini.

“Mari..... saya nak bawa awak jumpa seseorang.” Affan dan Mira berjalan beriringan. Perlahan mereka menyusuri jalan ditanah perkuburan tersebut. Debaran di dada semakin kuat. Mira memandang hairan wajah Affan yang semakin mencurigakan itu. Mereka duduk mencangkung kemudian membaca Al-Fatihah.

“Mira, saya minta maaf kerana tipu awak selama ni.” Affan bersuara perlahan. Mira hairan.

“Tipu saya? Tentang apa?” Mira keliru. Mira hairan kerana dari awal tadi Affan asyik meminta maaf padanya. Matanya merenung wajah Affan yang semakin gelisah.

“Awak nak tahu kubur siapa ni?” Mira angguk kepala.

“Kubur Affan Akmal.” Mira tergamam.

“Apa yang awak merepek ni? Jangan main-main okey. Saya tak suka. Kalau ni kubur Affan Akmal, habis tu, awak siapa? Hantu dia?” Mira geleng kepala. Affan mengeluh.

“Saya abang sepupu dia. Affan Ikmal.” Mira geleng kepala. Terasa kepalanya seperti ditimpa batu besar saat mendengar kata-kata dari mulut Affan.

“Tak mungkin.” Ucapnya perlahan dan hampir berbisik. Affan angguk kepala kemudian memandang ke arah kubur tersebut.

“Maafkan abang Al, abang pentingkan diri sendiri.” Affan tunduk. Setitis airmatanya mengalir. Mira berundur setapak kebelakang.

“Tak mungkin. Awak tipu. Awak sengaja hendak tinggalkan saya. Saya tahu, saya tak layak untuk bersama awak. Kenapa perlu gunakan alasan ini?” Mira berkata sebak.

Affan berpaling memandang wajah Mira yang pucat itu

“ Akmal dah lama pergi. Dah hampir 6 tahun. Dia yang ceritakan segalanya tentang Mira. Dia suruh saya cari Mira. Dia minta maaf kerana sering melukakan hati Mira.” Affan berdiri memandang wajah Mira. Mira geleng kepala.

“Awak tipu. Tak mungkin.” Mira terus menggeleng kepala. Affan menarik pergelangan tangan Mira. Mira menepis tangan Affan yang erat menggenggam tangannya.

“Dengar dulu, Mira. Akmal mengidap barah Otak. Pembedahannya gagal dan dia koma hampir 6 bulan dan tidak dapat diselamatkan. Sebelum dia dibedah, kami pernah berjumpa dan dia ceritakan segalanya tentang awak. Dia tak mahu awak sedih sebab itu dia pergi tanpa bagitahu awak,” Mira hampir terduduk. Dia geleng kepala.

“Saya tak percaya. Awak tipu. Awak sengaja hendak tinggalkan saya.” Mira menepis tangan Affan. Affan mengeluh. Kemudian dia menghulurkan kad pengenalannya.

“Kenapa?” Mira bertanya bodoh. Perlahan tangannya menyambut kad pengenalan tersebut. Mira pandang wajah Affan. ‘Affan Ikmal bin Afizan. Lahir tahun 1982. Akmal lebih tua setahun dari aku. Tahun 1985.’ Mira berbisik di dalam hati. Kemudian dia memandang ke arah kubur tersebut. Affan menjadi pemerhati. Mira berdiri kaku. Perlahan kakinya melangkah menghampiri kubur tersebut. Mira terduduk.

“Kenapa? Kenapa awak tak cakap awal-awal. Kenapa awak rahsiakan penyakit awak,” Mira bersuara dalam tangisan. Affan kesat airmatanya yang terus mengalir bila melihat Mira seperti orang yang kehilangan semangat.

“Kenapa semua ni terjadi pada kita? Apa salah saya. Kenapa awak tinggalkan saya,” Mira menjerit kuat. Affan menghampiri Mira yang semakin hilang arah. Dengan kasar, tangannya mencakar kubur Akmal. Dia menangis sepuas-puasnya.

“Mira, bawa bertenang. Mengucap Mira.” Affan memeluk erat tubuh Mira. Berusaha menenangkan gadis tersebut.

“Lepaskan saya. Awak penipu,” Mira meronta minta dilepaskan dan sekuat tenaga dia menolak tubuh Affan. Affan terdorong ke belakang. Mira kembali meratap sambil memeluk batu nisan. Affan bingung.

“Mira. Dia dah takde. Akmal dah pergi. Awak kena teruskan hidup. Dia tidak mahu awak menyeksa diri.” Mira tidak mempedulikan Affan yang masih cuba memujuknya. Mira masih seperti orang tidak siuman.

“Mira...” Affan menjerit kuat. Tangan Mira ditarik kasar sehingga menyebabkan Mira berdiri. Mereka saling berpandangan. Lama mereka berkeadaan begitu. Akhirnya Mira tunduk.

“Saya benci awak,” Mira bersuara perlahan. Genggaman tangannya semakin kuat. Affan menggigit bibir menahan sakit bila lengannya digigit oleh Mira. Tetapi untuk melepaskan tangan itu adalah mustahil. Mira meronta lagi. Affan menarik tubuh Mira dan beredar meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Sepanjang perjalanan pulang Mira mendiamkan diri. Airmatanya terus mengalir dipipi. Affan juga mendiamkan diri. Rasa bersalah kerana menipu Mira selama ini. Affan menggenggam tangan Mira erat. Mira menepis tangan kasar itu.

“Jangan sentuh saya,” Ucapnya kasar. Sebaik sahaja sampai di perkarangan pejabatnya, Mira terus berlari ke arah keretanya. Affan mengeluh. ‘Maafkan saya Mira,’ Affan kesat airmatanya yang sedari tadi di tahan dari mengalir di hadapan Mira. Dia terus memecut laju tanpa hala tuju.

*****************************

2 catatan:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..sedihnye..
mira tau kematian akmal dgn care cmtu..

Yong said...

betul sekali tekaan sy.hehehe.
ok mira dah gigit lengan affan ikmal mcm dia gigit akmal.