Followers

Wednesday, December 16, 2009

Pilihan Hati 6

“Padan muka,” Shila tersenyum. Ariyana buat muka marah. Kemudian Shila tergelak bila melihat wajah lesu Ariyana. Semuanya kerana 2 ekor udang galah. Ariyana dimasukan ke hospital setelah seluruh tubuhnya mengalami gatal dan bengkak. Dia juga tidak dapat bercakap kerana terdapat ulser di dalam rahangnya.

“Orang larang dia tak nak dengar. Dah tahu diri tu tak kuat antibody ada hati nak makan udang.” Shila terus memarahi temannya. Iskandar, Datin Hasmah dan Datuk Azran hanya memerhati gelagat Ariyana dan Shila. Shila dengan mulutnya yang tak henti bercakap sementara Ariyana yang tidak dapat bercakap tetapi tetap melawan. Beberapa kali kaki Shila di sepaknya. Datin Hasmah dan Datuk Azran tergelak melihat mereka berdua bercakar macam anjing dan kucing.

“Sudahlah Shila. Budak ni sakit. Kalau di marah lagi, nanti makin teruk pulak sakit dia. Tengok, nak bercakap pun tak berdaya.” Datin Hasmah tepuk bahu anaknya.

“Itulah. Mak ni suka sangat layan Ari. Kalau mak tak benarkan Ari makan, tak jadi begini,” Iskandar menyampuk. Dia tidak suka ibunya terlalu manjakan Ariyana melebihi mereka sendiri.

“Aduh!!!” Iskandar mengaduh kesakitan sambil memegang kakinya.

“Ari ni kenapa? Sakit tahu tak,” Marah Iskandar sambil merenung tajam wajah Ariyana yang masam dan mulutnya seperti mengucapkan sesuatu tetapi tidak kedengaran.

“Aku tak faham apa yang kau cakap.” Iskandar berkata kasar. Ariyana meliar mencari sesuatu. Dia tersenyum bila matanya terpandang sebatang pen dan kertas di atas meja berhampirannya. Mereka berempat hairan melihat Ariyana. Setelah menulis beberapa ayat, Ariyana menyerahkan kertas tersebut kepada Iskandar. Wajah Iskandar berubah. Dia cuba menyembunyikan senyumannya dengan menggaru pangkal hidungnya. Lucu bila mengenangkan Ariyana sanggup menulis untuk memarahinya.

‘Sibuk. Jangan marah mak. Bukan salah mak pun. Kalau nak marah, marah je Ari sorang,’

“Apa yang dia tulis, Is,” Datin Hasmah menyambut kertas yang dihulur oleh Iskandar. Datin Hasmah tergelak.

“Kalau kau tak mahu aku salahkan mak, jadi jaga diri tu baik-baik. Jangan nak menyusahkan orang lain,” Iskandar memandang tajam wajah Ariyana. Ariyana mencebik. Ariyana menulis lagi.

‘Baliklah. Orang pandai jaga diri sendiri. Mulut je yang sakit. Ari masih mampu nak berjalanlah.’

“Mari mak, ayah. Dia dah sihat tu. Dia memang tak perlukan kita. Kita je yang ambil berat tentang dia, dia sikit pun tak menghargainya,” Iskandar berpaling dan bersedia hendak beredar. Ariyana mendiamkan diri dan perlahan dia berbaring sambil membelakangi mereka semua. Sebak dadanya. ‘Memang dah nasib kita menumpang kasih orang,’ Bisiknya dalam hati. Dia terasa hati bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar. ‘Mama, Ari rindu sangat kat mama. Kalau mama ada, mama akan jaga Ari dengan sabar,’ Ariyana menangis perlahan. Iskandar tersentak bila mendengar esak tangis Ariyana yang hampir tidak kedengaran.

“Ari, Ari...Ari menangis?” Datin Hasmah duduk di sisi Ariyana. Ariyana geleng kepala menyembunyikan wajahnya.

“Abang ni kan. Kalau ye pun, janganlah marah Ari sampai macam tu sekali. Dia teringin nak makan udang tu je. Lagi pun sekarang dah banyak ubat untuk allergic ni.” Shila memarahi abangnya. Iskandar mendiamkan diri. Dia terlalu risaukan kesihatan Ariyana sebab itu dia melarang keras Ariyana makan makanan laut. Iskandar terus beredar. Ariyana mendiamkan diri.

“Ari, sudahlah. Lupakan apa yang Abang Is cakap tu. Dia risaukan Ari tu,” Datin Hasmah mengusap kepala Ariyana. Ariyana mengesat airmatanya. Beberapa saat kemudian Ariyana memeluk erat tubuh wanita pertengahan abad itu.

“Dah. Tak lawa lagi anak mak ni. Macamana nak jumpa bakal suami kalau sakit macam ni,” Ariyana membeliakkan matanya.

“Yelah. Nanti cabut lari pulak bakal suami tengok Ari macam tu,” Datuk Azran bersuara dalam gelaknya. Ariyana tunduk malu. Perlahan dia mencapai tangan Datin Hasmah dan Datuk Azran kemudian mencium lama tangan tua itu.

“Kau ni, emo pulak.” Shila menepuk bahu Ariyana. Ariyana tersenyum.

“Jangan nak nangis pulak. Mak dan ayah sayang kat kau tau. Aku tahu, kau mesti fikir kami tak ambil berat tentang kau. Betulkan?” Ariyana geleng kepala.

“Teringat mama kau?” Ariyana angguk kepala.

“Mak dan ayah kan ada. Kami semua sayangkan kau. Abang Is pun sayangkan kau. Cuma dia tak macam kita orang ni, menunjuk-nunjuk,” Shila menjeling sekilas ke arah ibunya. Datin Hasmah tergelak mendengar kata-kata dari mulut anaknya yang ternyata ditujukan padanya.

“Kami balik dulu ye. Nanti datang lagi,” Datin Hasmah dan Datuk Azran bersedia hendak beredar. Ariyana menyalami tangan mereka sebelum mereka beredar.

“Mak, jadi tak jumpa calon-calon yang mak nak kenalkan tu?” Shila bertanya sambil memandang wajah bingung Ariyana.

“Dibatalkan. Takde yang sesuai untuk Ari.” Ariyana mengeluh lega. Shila tergelak.

“Mak takut lelaki tu semua cabut lari bila jumpa kau. Maklumlah, sekarang dah jadi orang kurang upaya. Bisu,” Ariyana menampar bahu Shila yang tergelak nakal disebelahnya.

“Rajin makan ubat tau. Kalau nak cepat sembuh, makan ubat. Dengar cakap doktor tu,” Pesan Datin Hasmah sebelum beredar.

“Okey. Aku chau dulu. Kalau boleh, cuba-cuba main mata dengan doktor kat hospital ni, mana tahu, jumpa yang berkenan di hati. Kalau ada lebih, tolong cari untuk aku sekali. hahahahaahah” Shila gelak jahat. Ariyana membesarkan matanya.

“Bye...Jaga diri baik-baik,” Ariyana angguk kepala. Sunyi rasanya bila ahli keluarga Shila beredar meninggalkannya sorang diri.

*************************

2 catatan:

MaY_LiN said...

nape abg is ni..
tamo la marah2..

nursya said...

abg is nie...
xbaik tau wat ari nangis2 nie....
huhuhu...