Followers

Wednesday, December 2, 2009

Pilihan Hati 3

“Hello. Shila, aku balik lambat hari ni. Banyak sangat kerja nak kena buat ni,” Ariyana menelefon Shila. Tugasan yang diberikan padanya mesti disiapkan pada hari itu juga. Oleh kerana masih ada yang belum siap, Ariyana memutuskan untuk menghabiskan pada malam itu juga.

“Yelah. Hati-hati bila balik nanti,” Pesan Shila perihatin.

“Okey mak cik,” Ariyana tergelak bila mendengar Shila menjerit. Kemudian, Ariyana leka menghabiskan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan pejabat yang semakin sunyi. Hampir 10.30 malam, barulah kerjanya selesai. Ariyana membetulkan urat saraf yang terasa kejang akibat terlalu lama duduk.

Ketika Ariyana hendak masuk ke dalam keretanya, seorang lelaki cuba merampas beg tangannya. Ariyana tersentak dan berusaha menarik beg tangannya. Nasibnya agak baik kerana seorang lelaki datang menghampiri mereka dan membantu Ariyana. Kerana keadaan gelap di tempat parking itu menyebabkan Ariyana tidak mengenali siapa yang membantunya itu.

“Cik tak apa-apa?” Ariyana geleng kepala.

“Terima kasih sebab tolong saya,” Lelaki itu hanya tersenyum.

“Takpe. Perkara kecil je. Lagipun, saya tak suka tengok orang buli perempuan,” Ariyana angguk kepala.

“Okey. Baliklah. Dah lewat ni. Lain kali jangan balik lambat sangat. Nak balik lambat boleh, biar berteman. Bahaya perempuan balik sorang-sorang,” Pesannya prihatin. Ariyana tersenyum lagi.

“Terima kasih banyak-banyak,” Ariyana berlalu meninggalkan lelaki itu dengan senyuman. Ariyana bersyukur pada Allah S.W.T kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik dan menyelamatkannya dari perkara buruk.

**************************

“Macamana kita nak tolong golongan miskin ni?” Datuk Azlan bertanya pada pekerjanya. Ariyana tunduk memikirkan sesuatu.

“Ari? Awak ada cadangan?” Ariyana tersentak. Semua mata tertumpu padanya.

“Errrrr…bagi saya. Kalau boleh, saya nak tolong semua golongan miskin. Tapi, pastikan pertolongan kita tu membawa perubahan pada mereka. Bukan dari segi kewangan sahaja. Sebab, pada saya, kalau kita hulurkan wang ringgit pada mereka, mereka hanya menikmatinya dalam masa yang singkat.” Semua pegawai atasannya angguk kepala.

“Ye. Saya pun rasa macam tu juga. Manusia mudah lupa bila tengok wang ringgit di depan mata.” Datuk Azlan bersetuju dengan ulasan Ariyana. Pegawai yang lain juga angguk kepala.

“Oleh itu, saya cadangkan supaya mereka diberi kursus yang memberi manfaat pada mereka untuk jangka masa panjang. Seperti di kampung, penduduk kampung ramai yang terlibat dalam pertanian. Tetapi mereka kurang ilmu pengetahuan dalam penjagaan buah-buahan. Kurang peralatan untuk memetik hasil pertanian mereka,” Ariyana berkata yakin.

“ Tapi….jika kita berikan peralatan moden pada mereka, bajet kita tidak mencukupi,” En.Asri meluahkan pendapatnya.

“Peralatan tu kita sediakan, tapi bukan bermaksud kita berikan pada mereka. Kita pinjamkan sahaja. Maknanya, jika mereka hendak memetik buah-buahan atau mengangkut hasil tanaman mereka, kita kenakan sewa. Duit sewa itu, kita masukan dalam tabung untuk mereka juga. Sekiranya peralatan tersebut rosak, kita boleh gunakan duit sewa itu untuk membaikinya.” Ariyana tersenyum puas bila melihat senyuman di bibir Datuk Azlan.

“Kursus pulak, kita adakan 2 kali sebulan atau sekali sebulan. Itu sudah mencukupi.” Ariyana berkata yakin.

“Bagus!!!! Saya suka. Jadi duit yang diperuntukan itu, kita gunakan untuk membeli peralatan pertanian. Tetapi kita kena jelaskan pada mereka dan pihak atasan jugak. Saya berharap cadangan ini dipersetujui. Dan, berkaitan kursus tu, saya serahkan pada awak Ari.” Datuk Azlan memandang wajah teruja Ariyana. Gadis muda yang bercita-cita tinggi itu sering mempunyai idea yang bernas. Mesyuarat tamat bila mereka mencapai kata putus tentang rancangan untuk membantu golongan miskin.

**********************

“Maaf, dik. Akak ada meeting tadi,” Ariyana buat muka sedih di hadapan adiknya. Arif menjeling tajam wajah kakaknya.

“Kakak tahu tak, dari pukul berapa Arif tunggu kakak? Dari pukul 2 sampai sekarang. Dah nak pukul 5,” Ariyana berasa serba salah. Janji untuk menjemput adiknya pada pukul 3 tertangguh bila mendapat panggilan dari pengarah berkenaan projek pembangunan masyarakat.

“Akak banyak kerja kat pejabat tadi,” Ariyana sentuh lengan adiknya.

“Maafkan kakak ye. Hari ni akak belanja Arif makan kat mana je yang Arif suka,” Ariyana tersenyum di hadapan adiknya. Arif pura-pura marah. Dia tahu, kakaknya seorang yang menepati janji, kecuali sekiranya ada perkara yang penting, barulah dia mengingkari janjinya.

“Arif nak makan kat Pizza Hut.” Ariyana tersenyum kemudian memeluk bahu Arif. Arif menepis tangan Ariyana yang berada dibahunya dan matanya liar memndang sekeliling.

“Aih!!!! Takut awek tengok ye?” Ariyana tergelak. Arif mencebik. Anak muda berusia 19 tahun itu sangat pendiam. Oleh kerana Arif masih bersekolah dan akan menduduki ujian STPM, jadi dia dihantar ke asrama. Semenjak orang tua mereka meninggal dunia, rumah hubungan mereka semakin rapat. Shila yang menemani mereka dan tinggal bersama di rumah peninggal orang tua Ariyana memandangkan tempat kerja mereka sama dan tidak jauh dari rumah tersebut.

“Bukanlah.” Ariyana tergelak melihat wajah merah adiknya.

“Mari...akak pun dah lapar ni. Tengahari tadi tak sempat nak makan. Kita makan kat rumah je. Kasihan pulak tengok Shila.” Arif angguk kepala.

“Kak, kawan Arif kirim salam.” Ariyana tersentak. Dia menoleh ke arah Arif yang tersenyum lucu.

“Kawan Arif? Jangan nak buat hal. Akak tak suka berkawan dengan budak-budak.” Ariyana berkata kasar.

“Kawan saya tu, dah bekerja. Dia bukan budak-budak lagi. Dia sama umur dengan kakaklah,” Ariyana geleng kepala.

“Aih!!!! Akak hantar Arif ke sekolah untuk belajar. Bukan cari jodoh untuk kakak. Ingat kakak tak pandai cari ke?” Ariyana berkata marah. Arif tersenyum.

“Arif tahu kakak memang tak pandai cari. Selama ni, tak pernah nampak akak keluar dengan mana-mana lelaki pun.” Arif sengaja menyakitkan hati kakaknya.

“Tak semestinya akak kena keluar dengan lelaki baru adik nak percaya. Lagipun, elok ke kalau perempuan keluar dengan lelaki yang bukan muhrim dia? Kalau keluar berdua, banyak sangat dugaan. Syaitan bersorak riang tengok anak cucu Adam membuat dosa,” Arif angguk kepala.

“Yelah. Nanti Arif bagi tahu kawan Arif tu. Kasihan pulak Arif kat dia. Dia memang suka sangat kat kakak. Katanya, sesuai jadi ibu untuk anak-anaknya,” Ariyana yang sedang minum terbatuk dan air yang diminumnya tersembur keluar terkena Arif. Nasib baik ketika itu mereka sudah hampir sampai ke kereta.

“Kak Ari......Basah baju adik,” Ariyana masih terbatuk.

“Kurang asam betullah kawan adik tu. Sanggup dia cakap macam tu tentang kakak. Akak tak suka adik bergaul dengan orang macam tu. Merosakan ahlak je,” Ariyana geleng kepala.

“Dia baik kak. Dia puji akak tu. Katanya, wajah akak melambangkan wajah wanita yang bersifat keibuan. Kalau boleh dia nak cari perempuan macam kakak.” Ariyana geleng kepala.

“Adik sukalah?” Ariyana bertanya jengkel. Arif tergelak. Dia sangat sayangkan kakaknya itu. Jadi kalau boleh dia mahu lelaki yang mengahwini kakaknya adalah lelaki yang baik dan yang dia kenal hati budinya. Tetapi dia tidak mahu memaksa kakaknya menerima orang yang kakaknya tidak suka.

“Takpelah. Nak buat macamana kalau kakak tak suka,” Arif masuk ke dalam kereta. Ariyana geleng kepala.

3 catatan:

MaY_LiN said...

ohoho..
bukan pe..
akak tunggu abg is

Unknown said...

hahahaahha....kasihannya ariyana...

nursya said...

amboi arif nk jd matchmaker pulak...
hihihi...