Assalamualaikum,
Terlalu lama rasanya saya tidak menjenguk blog ni. semenjak sibuk dengan majlis perkahwinan saya. kemudian sibuk menjadi isteri dan pekerja. kesihatan juga sedikit terganggu. kerja di pajabat pula bertambah. namun kesempatan ini saya gunakan untuk memohon maaf pada semua kerana semua e-novel di blog ini tergendala seketika. Idea pun seperti tidak mahu singgah semenjak berkahwin. in shaa Allah, saya akan sambung sikit demi sedikit novel tersebut.
terima kasih buat yang setia menunggu dan yang rajin menjenguk blog saya ni.
hati mula berbicara tentang cinta...
Followers
Wednesday, January 27, 2016
Monday, January 19, 2015
Cinta Bola 4
Putra tersengih.
Misi untuk medapatkan nombor telefon gadis misteri tersebut sudah tercapai.
Lebih manis lagi apabila menyedari kad memori telefon gadis tersebut juga
berada ditangannya.
“Weii...apa yang
lucu sangat ni,” Harry menepuk bahunya. Putra tersengih.
“Takde apa-apa.”
“Eleh..macamlah
orang tak tahu dia sedang angau dengan perempuan kat airport tadi. Siap bagi
telefon bimbit kat dia lagi.” Putra tersegih. Zali mengambil tempat duduk disebelah
Putra.
“Macam cantik
jer..macam cantik jer..” Zali buat dialog yang sedang glamor sekarang ni. Putra
tersengih.
“Nampak macam
dalam hati ada taman. Tapi, aku setuju kau bercinta dengan perempuan tu. Memang
sepadan dengan kau,” Zali angguk kepala.
“Betul ke?” Putra
bertanya teruja.
“Kalau aku hantar
mesej pada dia, okey tak?” Putra tersengih lagi. Rakan-rakannya geleng kepala.
“Macam tak sabar
jer.. macam angau jer..” Putra tolak bahu sahabatnya.
“Isk.. takkan
semudah itu kau fall in love with her.” Soal Harry pelik. Putra jungkit bahu.
“Kau rasa aku
jatuh cinta pada dia? Tapi, seperti yang kau kata tadi, tak mungkin semudah
itu.” Putra garu kepalanya.
“Apa pulak tak
mungkin. Kau ingat kita hanya akan jatuh cinta pada orang yang kita selalu
jumpa je atau orang yang kita kenal sahaja? Takde maknanya. Cinta itu buta.”
Zali berkata penuh semangat. Putra sedang membelek telefon bimbitnya. Nasib
baik dia ada dua telefon. Gambar Syifa sedang tidur sambil memeluk lengannya
dipandang satu persatu.
“Comelkan.” Ucapnya
tanpa dapat dikawal. Zali dan Harry geleng kepala.
“Memang sah kawan
kita yang seorang ni sedang jatuh cinta.” Putra tersenyum senang.
Jari-jemarinya laju menaip mesej.
“Err....korang
rasa, patut tak aku hantar mesej pada dia?” Harry dan Zali geleng kepala.
“Aku tak pernah
nampak kau macam ni. Bagi aku, lebih baik jangan. Dari caranya, aku yakin dia
bukan jenis perempuan yang suka ayat jiwang. Aku takut dia fikir bukan-bukan
tentang kau kelak. Lebih baik bersikap selamba,” Putra terdiam sejenak. Naluri
lelakinya sukar dikawal. Hatinya seolah-olah memanggil-manggil nama gadis
tersebut.
“Syifa..cantikkan
nama tu? Syifa..” Harry dan Zali geleng kepala.
Syifa terbersin. Selsema mula datang
menyerang. Dahinya diletak kain basah. Sejak keluar dari lapangan terbang semalam, badannya
mula panas. Semua aktiviti tergendala dibuatnya.
“Syifa larat ke
hendak pergi stadium ni?” Syahrul bertanya sambil menyentuh pipi adiknya.
“Orang nak tengok
jugak.” Syifa berkeras. Syahrul geleng kepala.
“Kenapa bang?”
Nadira menghampiri suaminya.
“Budak ni. Demi
pemain kesukaan dia, sanggup dia pergi stadium tu. Kalau pengsan kat sana,
siapa yang susah,” Syahrul geleng kepala.
“Ala..abang ni.
Takkanlah Syifa nak bazirkan tiket Syifa tu. Tiket kapal terbang lagi. Bukan
selalu dapat datang ke sini.” Syifa masih berkeras hendak pergi ke stadium untuk
menyaksikan perlawanan pasukan kegemarannya.
“Elehh...macam
orang tak tahu dia nak tengok lelaki tu. Semalam kata dah jumpa dia. Siap bagi
telefon lagi. Tengoklah kat telefon tu. Banyak gambar dia.” Syifa mencebik.
“Yang itu lain.
Abang tolonglah. Syifa janji, kat stadium nanti, Syifa sihat walafiat. Kalau
dah balik tu, Syifa tak boleh janji.” Syifa tersengih apabila abangnya mengusap
kepalanya.
“Biarlah, bang.
Budak ni baru sampai. Kita pun takde masa hendak bawa dia jalan-jalan. Biarlah
dia buat apa yang dia suka. Lagipun, dia bukan pergi seorang diri. Kita,kan
ada.” Syifa tersengih sambil memeluk lengan Nadira.
“Terima
kasih,kak.” Nadira geleng kepala. Syifa memang manja. Nadira sudah anggap Syifa
seperti adiknya sendiri. Sayangnya pada Syifa lebih dari sayangnya pada adik
kandungnya sendiri. Apabila mengenangkan sikap adik bongsunya, Nadira mengeluh.
Kalaulah Nadurah seperti Syifa. Mendengar kata dan tahu apa yang baik dan apa
yang buruk.
“Akak, jangan
sedih ye. Kita doakan dia di beri hidayah dan kembali ke pangkal jalan,” Syifa
peluk bahu kakak iparnya. Syifa memahami perasaan kakak iparnya. Sebab itu dia
selalu bermanja dengan kakak iparnya. Syifa tahu, setiap kali dia bermanja
dengan Nadira, Nadira akan terdiam dan berkata ‘Kalaulah Nad macam Syifa,’.
Nadira tersenyum senang. Syifa tahu masalah yang dia hadapi.
“Terima kasih,
dik.”
“So...maknanya
Syifa boleh ikut. Yahooo...” Syifa menjerit riang. Syahrul geleng kepala.
“Nanti kalau team
dia kalah, merapu pulak dia,” Syifa tersengih.
“Mana ada. Kalah
menang tu adat permainan,” Jawabnya selamba.
**************************
Syifa mengambil tempat duduk
diantara kakak ipar dan abangnya. Syifa tersenyum bangga dapat melihat jejaka pujaan
bermain di tengah pandang. Syifa mengikut peminat-peminat lain menyanyi untuk
memberi semangat pada pasukan pilihan masing-masing.
Di tengah padang pula semua pemain
bermain dengan penuh semangat. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian pada
permainan. Putra terkaku seketika apabila terpandang wajah gadis yang
dirindunya keluar di skrin besar. Pada masa yang sama kepalanya terkena bola.
Akibat terlalu kuat hentakan yang terkena kepalanya, Putra tumbang. Semua yang
melihat kejadian tersebut terdiam. Permainan dihentikan seketika. Putra geleng
kepala beberapa kali sebelum paramedik
datang memberi rawatan.
“Awak okey tak?
Ada sakit kat mana-mana?” Putra sentuh kepalanya. Walaupun terasa pening
sekejap, namun dia masih dapat bertahan.
“Saya okey. Saya
tak apa-apa.” Pengadil permainan meniup wisel tanda permainan diteruskan. Putra
tersenyum sambil menunduk kepala pada penyokongnya. Putra tercari-cari wajah
bersih tadi namun hampa. Tetapi beberapa saat kemudian dia tersenyum lagi. Dia
yakin, Syifa datang memberi sokongan pada kumpulan mereka berdasarkan baju yang
Syifa pakai di dalam skrin besar tadi. Walaupun fokusnya kembali pada bola,
namun sekali sekala matanya turut sama meliar mencari kedudukan Syifa.
Wisel penamat ditiup. Masing-masing
tersenyum puas. Biarpun seri mereka puas hati. Mereka masih ada peluang untuk
menang di gelanggang sendiri. Putra geleng kepala beberapa kali. Putra cuba
berdiri namun tidak berjaya.
“Putra, kau okey
tak ni?” Zali mencangkung dihadapan Putra.
“Kepala aku
pening. Mungkin kesan terkena bola tadi baru terasa.” Putra picit kepalanya.
Zali membantu Putra berdiri. Mereka berjalan perlahan menuju ke bilik
persalinan. Namun beberapa langkah kemudian, Putra tidak dapat mengimbangi
badannya lalu rebah.
“Putra... Coach..
Putra pengsan.” Semua pemain menghampiri Putra untuk mengetahui keadaannya.
Pada masa yang sama, di tempat duduk
penonton pula beberapa orang penonton sibuk memanggil paramedik untuk membantu
seorang penonton yang juga pengsan.
“Syifa.. bangun.
Ya Allah.. budak ni. Tadi orang dah larang dia pergi.”
“Abang, macamana
ni?” Tanpa menunggu paramedik datang Syahrul mendukung adiknya.
“Tolong beri
laluan. Ada orang pengsan.” Syahrul berterima kasih pada lelaki yang
membantunya. Mereka terus membawa Syifa ke pintu utama. Ketika berada di pintu
utama, mereka dihalang oleh polis bertugas.
“Kenapa encik?”
“Adik saya
pengsan. Dia demam.” Polis tersebut angguk kepala dan memanggil beberapa orang
rakannya.
“Encik tunggu
sekejap.” Anggota polis tersebut menahan ambulance yang sedang menghampiri
mereka.
“Saya hendak
cepat ni.”
“Ye saya tahu.
Tapi, kita mesti selamatkan nyawa orang.” Pemandu ambulance tersebut memandang
wajah Syahrul yang sedang mendukung seorang gadis.
“Tetapi kat dalam
ni, pemain bola sepak.”
“Pemain bola tu
pun manusia. Sama dengan gadis ni.”
“Kenapa ni?
Kenapa tak jalan lagi. Kalau apa-apa terjadi pada pemain saya, saya saman awak
semua.”
“Encik, saya tahu
mereka tu penting buat encik, tapi, encik kena bawa gadis ni ke hospital
sekali. Mereka sama-sama memerlukan rawatan.”
“Tak mengapa
tuan. Saya sendiri akan bawa dia ke hospital.” Syahrul sedia untuk beredar.
“Cepat bawa dia
masuk ke dalam,” Mereka berpaling memandang wajah lelaki yang memberi arahan
tadi.
“Tapi Encik
Mohan... dalam tu..”
“Saya tak kisah.
Nyawa mereka lebih penting.” Mereka angguk kepala. Syahrul terus membawa
adiknya ke dalam ambulance.
“Dira, ikut
mereka. abang ikut dibelakang.” Nadira angguk kepala.
“Terima kasih
encik. Jasa encik saya akan kenang selamanya.” En.Mohan tersenyum dan mengangguk
kepala.
“Terima kasih
tuan. Terima kasih semua.” Syahrul kesat airmata mengenangkan sifat pemurah
mereka yang sudi memberi bantuan padanya.
“Sudah menjadi
kewajipan kami.” Syahrul angguk kepala dan terus berlari ke keretanya.
Nadira genggam erat tangan Syifa.
Matanya tidak lepas merenung wajah pucat adiknya. Dahi Syifa disentuh.
“Puan, boleh saya
tolong check dia?” Nadira pandang wajah paramedik tersebut. Beberapa saat
kemudian, dia angguk kepala.
“Terima kasih.”
Nadira beralih tempat duduk. Dia tersenyum pada lelaki yang sedang memandang
kearahnya.
“Adik awak?”
“Adik suami saya.”
Lelaki tersebut angguk kepala.
“Siapa tu?”
Nadira bertanya dan matanya memandang wajah lelaki yang sedang terbaring kaku disebelah Syifa.
“Putra. Pemain
yang terkena bola tadi.” Nadira tutup mulut. Kebetulan yang sangat tidak
diduga.
“Ye? Kebetulan.
Adik saya ni minat sangat pemain ni. Dia tak apa-apa,kan?” Nadira bertanya
bimbang. Melihat wajah pucat adiknya sudah cukup membingungkan. Kalau adiknya
tahu pemain pujaannya juga pengsan dan berada di dalam ambulance yang sama,
tentu bertambah sakit adiknya.
“Adik awak sakit
ke?”
“Taklah. Dia
berhujan semalam. Dia ni tak dapat kena hujan. Antibody tak kuat.”
“Owh.. Lupa pulak
nak kenalkan diri. Saya Zali. Kawan dan juga rakan sepasukan Putra.” Nadira
tersenyum.
“Saya Nadira.
Yang pengsan ni, namanya Syifa. Kami ni penyokong kumpulan awak. Terutama yang
pengsan tu. Demam pun dia sanggup pergi stadium. Sanggup beli tiket penerbangan
ke sini.” Zali angguk kepala. Zali
tersenyum mengenangkan Putra dan Syifa berada dalam satu ambulance.
Putra dan Syifa di bawa ke wad
kecemasan. Nadira dan Zali saling berbalas senyum sebelum katil Putra dan Syifa
ditolak ke tempat yang berasingan.
Syahrul berlari ke kaunter
pertanyaan. Wajah cemasnya langsung tidak dapat disembunyikan.
“Nurse, adik saya
kat wad mana?” Syahrul bertanya bimbang. Jururawat yang bertugas tersebut
pandang wajah Syahrul.
“Bila dia masuk
wad?” Syahrul terdiam seketika.
“Err... Dia
pengsan di stadium tadi, jadi mereka hantar dia ke sini.”
“Owh!!! Yang
perempuan atau lelaki?” Jururawat tersebut bertanya sambil membelek fail
pesakit.
“Yang perempuan. Syifa
Amna.” Jururawat tersebut membelek senarai nama pesakit.
“Abang... Syifa
kat sana.” Mereka berpaling memandang wajah Nadira.
“Alhamdulillah.
Nasib baik Dira datang tadi. Syifa dah okey.” Nadira geleng kepala.
“Masih pengsan.
Dira takut abang tak tahu Syifa kat mana. Sebab tu, Dira tunggu kat sini.”
Syahrul angguk kepala dan mencium tangan isterinya tanda terima kasih. Syahrul
berpaling pada jururawat yang bertugas.
“Terima kasih.”
Jururawat tersebut tersenyum senang padanya. Nadira turut sama membalas senyum
gadis tersebut dan mereka terus berlalu ke tempat Syifa ditempatkan.
“Abang tahu tak
siapa pemain bola yang pengsan tadi?” Syahrul geleng kepala.
“Manalah abang
tahu. Lagipun, abang takde masa nak tahu hal macam tu. Nyawa Syifa lebih
penting.” Nadira tergelak halus.
“Dira rasalah,
Syifa ada jodoh dengan pemain bola tu.” Syahrul kerutkan dahi. Wajah ceria
isterinya dipandang dengan riak tanda tanya.
“Apa maksud Dira?”
Nadira tersenyum senang sambil memeluk lengan suaminya.
“Pemain bola
kegilaan Syifa yang pengsan tadi. Yang satu ambulance dengan Syifa. Budak dua
tu memang nampak sepadan sangat. Boleh pulak mereka pengsan dalam satu masa.”
Syahrul masih tidak percaya.
“Dira jangan nak
buat cerita pulak.”
“Apa pulak buat
cerita bang. Bukankah Dira yang hantar Syifa tadi. Dira sempat juga bertanya
dengan kawan budak tu, dia cakap memang Si Putra tu.. lagipun, Dira belum rabun
lagi. Memang pemain bola tu yang terbaring kaku kat dalam ambulance tu.” Nadira
menjawab yakin.
“Betul?” Nadira
angguk kepala. Syahrul tersenyum sambil geleng kepala.
“Ada jodoh
agaknya. Rasanya dah beberapa kali mereka terserempak.” Nadira angguk kepala.
“Hari tu, masa
dia sampai, dia tersenyum lebar sambil merenung telefon bimbit. Bila saya
tengok, dia tersenyum sambil tunjukan gambar lelaki pujaan hati dia.”
“Nampaknya dah
nak kahwin adik kita tu,” Nadira tersenyum.
“Kalau dah jodoh
tak ke mana.”
*****************
p/s : Selamat membaca semua.. tak sempat nak letak entry baharu...
Subscribe to:
Posts (Atom)