Wargghhhh...sedapnya tidur. Aku duduk di atas katil
sambil menggosok mata yang masih mengantuk. Pukul berapa aku tidur semalam ye?
Kepala ni tiba-tiba pulak terasa gatal. Kalau sambung tidur ni, mesti best. Aku
tersenyum manis dan terus menyambung tidur semula. Tidurku diganggu oleh perut
yang tiba-tiba berbunyi minta diisi. Kenapalah masa ni jugak kau lapar. Cacing
perliharaan aku ni tak kira masa nak melantak. Sekarang ni, masa untuk tidur. Bukan
untuk makan. Semakin aku cuba bertahan, semakin kuat pulak dia bergendang.
Akhirnya dengan malas, aku turun dari katil dan terus menuju ke pintu bilik.
Baru pukul 4.30 pagi. Aku tutup mulut beberapa kali bila asyik menguap je.
Kalau tak ditutup kelak, Cik Tan(syaitan) sempat pulak berkawad masuk dalam
mulut aku ni. Gelap je dalam rumah ni. Aku terus berjalan menuju ke dapur. Peti
sejuk aku buka, jenguk kat dalam, ada tak yang dapat aku makan? Aku muncung
mulut. Tidak ada satu pun yang menyelerakan. Aku buka kabinet dapur. Sebaik
sahaja terpandang meggi kari, aku terus tersenyum lebar. Perutku semakin galak
berkeroncong.
“Sabar. Kejap lagi aku makanlah.” Aku terus memanaskan kuali dan letak air
untuk memasak meggi. Sambil menunggu meggi aku masak, aku berjalan ke ruang
tamu. Ingat nak menonton televisyen. Sebaik sahaja aku duduk di kerusi, aku
menjerit kuat.
“Ehhhh...siapa ni? Kakak...abang..pencuri. tolong...pencuri..” Aku terus
berlari ke pintu bilik tidur kakakku. Dalam kelam kabut itu, aku sempat
mendengar suara memanggilku. Tapi oleh kerana takut yang amat sangat, aku terus
mengetuk pintu bilik Kak Rina. Beberapa minit kemudian, terjenggul wajah Kak
Rina yang jelas sekali terkejut. Begitu juga Abang Syah.
“Kenapa ni Mawar? ”
“Kak, pencuri.. kat sana tu,” Aku berpaling ke ruang tamu. Terlihat sesusuk
tubuh lelaki sedang berdiri. Apabila lampu rumah dipasang oleh Abang Syah, aku
gigit bibir bila melihat orang yang aku sangka pencuri tadi. Wajahnya masam
mencuka.
“La...Sham rupanya? Err...Macamana Sham masuk?” Kak Rina garu kepala. Abang
Syah dah geleng kepala. Aku? Aku dah berlari ke dapur bila teringat kuali yang
aku panaskan tadi. Aku cuba pasang telinga mendengar penjelasan Ishamudin.
“Malam tadi. Lepas keluar dengan Mawar terus ikut dia balik sini.”
Ishamudin menjawab perlahan. Jangan hairan, perangai suami aku tu, kalau depan
keluarga aku, dia nampak baik sangat. Ramah, suka bergurau, kalau dengan aku?
Huhh!!! Malas nak cerita.
“Owh!! Begitu. Mawar ni pun satu. Semalam cakap keluar dengan kawan. Tak pulak dia cakap keluar dengan laki
dia. Budak bertuah ni. Dah tu, yang kamu tidur kat ruang tamu tu kenapa?” Aku
melihat dari ekor mata. Ishamudin garu kepala.
“Kenapa? Mawar tak kasi kamu tidur dalam bilik tu?” Aku berpaling.
Ishamudin angguk kepala. Dia ni, memang nak kena ketuk dengan senduk agaknya.
“Mawar...Mawar...dah, kalau nak tidur, pergi masuk bilik tu. Sham, jangan
dilayan sangat budak tu. Bukannya betul sangat otak dia tu. Tengok tu. Orang
makan 3 kali sehari, dia pulak berkali-kali. Tak kira masa pulak tu.”
Ishamudin tersengih macam kerang busuk. Suka kena backup oleh Kak Rina. Aku mencebik
bibir. Ishamudin terus masuk ke bilik aku. Mungkin matanya masih mengantuk
barangkali. Aku pula, setelah siap memasak maggi, aku terus bawa ke ruang tamu.
Sambil makan maggi, aku layan movie kat Astro. Bila tidak ada cerita best,
pasang radio pulak. Bila aku pandang jam dinding, dah pukul 5.30 pagi. Baik aku
solat Subuh dulu. Selepas ambil wuduk, aku masuk ke bilik tidur. Ishamudin
sedang enak tidur siap peluk bantal kesayangan aku. Bukan bantal busuk tau. Aku
takde bantal busuk. Bantal wangi ada. Tu yang orang tua tu pakai. Tua sangat ke
laki aku ni? Tualah kot. Umur dia kalau tak silap aku 26 macam tu. Aku baru je
20 tahun. Memang sesuailah.
Selepas menunaikan sembahyang Subuh, aku tak tahu
macamana nak kejutkan dia ni. Kalau aku
ketuk kepala dia boleh tak? Tak pun aku tarik kaki dia sampai dia jatuh dari
katil. Kejam tak aku ni. Sedang leka berfikir macamana nak kejutkan dia, aku
tersentak bila pintu bilik ditutup. Bila aku pandang ke katil, Ishamudin sudah
tiada di atas katil. Aku garu kepala. Bila masa pulak dia keluar. Kenapa aku
tak perasan? Macamana nak perasan kalau tadi aku sedang berangan? Aku geleng
kepala dan tersenyum lebar.
Katil sudah memanggil. Aku terus melompat di
atas katil. Giliran aku pulak tidur kat
sini. Sebenarnya katil aku ni masih belum ditukar. Masih katil bujang. Jadi,
ianya cukup untuk seorang je. Bila pintu bilik dibuka, aku terus menyelimut
tubuh. Pura-pura tidur. Aku perhatikan Ishamudin sedang khusyuk sembahyang,
timbul rasa hormat pada dia. Kenapalah aku tak kejutkan dia tadi. Boleh juga
sembahyang berjemaah. Mana tahu dapat ciuman percuma kat dahi macam
minggu-minggu yang sudah tu. Sungguh tak sangka aku berkahwin dengannya. Selama
ini kami asyik bertengkar. Macam anjing dengan kucing. Kalau berjumpa, pasti
ada pertengkaran yang berlaku. Terasa seperti cerita di dalam novel. Kahwin
paksa. Tapi, aku rela berkahwin dengannya. Mungkin disebelah pihak dia, dia
merasa terpaksa sebab perkahwinannya dengan Kak Diah dibatalkan. Sampai
sekarang aku tak tahu mengapa perkahwinan mereka dibatalkan.
Sedang leka termenung, aku
terasa seperti ada seseorang sedang berbaring di sebelahku. Spontan aku duduk
dan berpaling memandang ke sebelah kanan.
“Awak nak buat apa ni?” Wajah dia selamba je. Terus dia pejamkan mata tanpa
menghiraukan soalan bodoh aku tadi. Aku tak nak mengalah. Dalam keadaan tegang itu,
aku terasa pinggangku dipeluk erat. Lagipun selama kami berada di Sabah dan
juga semasa kami pulang ke kampungnya dua minggu lepas, kami memang tidur satu
katil. Takde pulak terjadi apa-apa. Aku membiarkan sahaja. Rindu sudah datang.
“Kenapa tak kejutkan aku tadi? Boleh kita sembahyang sama-sama,” Aku
mendiamkan diri.
“Lupa,” Ringkas je jawapanku.
“Arghhhh..” Aku menjerit kuat bila merasa sejuk dileherku. Ishamudin ketawa
besar.
“Awak....iskkk...geramnya aku,”
Aku terus melompat ke bawah dan berlalu keluar
dari bilik yang semakin terasa panas. Pintu bilik aku hempas dengan kuat. Aku
sentuh leherku. Berdiri bulu roma bila teringat bibirnya mendarat dileherku.
Aku berasa geli-geleman pulak. Satu perangai Ishamudin yang aku sedari sejak di
Sabah hari tu, dia suka sentuh leherku. Agaknya dia tahu, kat situ tempat yang
paling sensitif kot. Suka sangat nak usik aku. Tiba-tiba perangai berubah.
Memang susah hendak dijangka perangai suami aku ni.
“Kenapa ni Mawar? Bergaduh lagi?” Aku pandang sekilas wajah tidak puas hati
Kak Rina dan terus berlalu tanpa menghiraukan kakakku itu.
“Tengok cerita karton lagi baik,” Aku bersuara perlahan sambil jariku
pantas menekan remote control.
Pagi-pagi macam ni memang best kalau layan cerita karton.
****************
“Mawar, kejutkan suami kau. Minum sama-sama,” Suara Kak Rina menjerit dari
dapur mengganggu tumpuanku. Tengah layan cerita best ni, Kak Rina memang tak
boleh tengok orang senang. Tak sangka dari niat nak tengok cerita karton, aku
tertengok cerita yang best kat Astro 413 ni. Layan jelah. Cerita hantu, tapi,
takdelah menyeramkan sangat.
“Kalau dia lapar, tahulah dia keluar cari makanan, kak.” Aku menjawab
selamba.
“Budak ni. Baik kau pergi kejutkan dia sebelum aku balun kau dengan senduk
ni,” Aku terus berdiri tegak bila dengar perkataan senduk.
Dalam kepala dah ternampak ular tedung senduk.
Takutnya aku. Aku terus berlari kebilikku. Ketika aku sedang berkira-kira hendak mengejutkan cik
abang aku ni, dia terlebih dahulu terjaga.
“Errr...Awak dah bangun?” Aku bertanya gugup.
“Subuh tadi aku dah bangun.” Jawabnya selamba. Eleh.....orang pun bangun
masa subuh tadi. Yang awak duduk dalam
bilik ni kenapa? Orang nak sambung tidur pun tak dapat. Aku gigit bibir tanda
geram. Bila ternampak dia tersengih, pantas tanganku mencapai kain tuala dan
membalut leherku. Bimbang perkara tadi berulang lagi. Ishamudin tergelak halus.
Tentu dia lucu bila tengok aku gelebah semacam je. Nak buat macamana. Aku tak
biasa lagi.
“Pinggang kau dah okey?” Hah!!! Dia tanya aku? Aku sentuh pinggangku. Baru
aku teringat kejadian semalam. Timbul rasa marah bila mengingatkan dia menolak
aku sehingga jatuh semalam. Ehhh...kenapa tak sakit lagi. Aku tekan-tekan
bahagian pinggangku. Rasa okey je. Dah tak sakit lagi.
“Dah okey. Macamana boleh okey? Semalam sakit sangat.” Aku lihat dia
tersenyum simpul.
“Jadi kau tak ingat hal semalam?” Aku kerutkan kening.
Kejadian semalam? Apa ye? Rasanya, selepas penat
berjalan semalam, aku terus tidur. Sakit di pinggang dan mata pula mengantuk,
jadi aku tak dapat nak ingat kejadian semalam. Perlahan aku angkat muka
merenung wajah Ishamudin yang tersenyum penuh rahsia. Apakah dia.....? Aku
peluk tubuh dan menjarakan diri darinya. Ishamudin semakin menghampiriku. Aku
berusaha menjauhkan diri darinya sehingga akhirnya jatuh di atas katil. Memang
dia sengaja nak aku terbaring di atas katil tu. Aku nampak dengan jelas dia
tersenyum puas. Degupan jantung semakin tidak menentu bila Ishamudin sudah mula
naik di atas katil. Aku gigit bibir sambil mataku memerhati segala tindak
tanduknya.
“Cantik pinggang kau. Tergoda aku dibuatnya.” Bisiknya lembut ditelingaku.
Aku rasakan jantungku berhenti berdegup. Jarak yang begitu hampir itu
membuatkan aku hampir tidak dapat bernafas. Oksigen. Mana oksigen ni. Tolong.
Sesak nafas. Perlahan dia berbaring mengiring disebelahku.
“Kau tak ingat, semalam merupakan malam pertama kita,” Wajahnya didekatkan
kewajahku. Mataku terbuka luas. Malam pertama kita? Suara Ishamudin yang
perlahan itu menyebabkan bulu roma ku berdiri. Aku pandang wajahnya yang sedang
tersenyum menggoda. Biar betul. Tapi, kenapa, masa bangun tadi, pakaian aku
biasa je. Masih sama macam semalam. Melihat wajah miang Ishamudin, aku jadi
sangsi.
“Awakkk.....Awak..apa awak dah buat kat saya semalam?” Aku bertanya gugup.
Dia tergelak. Ketawanya jelas sekali tersembunyi niat jahat. Tangannya pula
asyik sekali bermain dengan rambutku. Perlahan dia menarik rambutku dan
menciumnya.
“Errmm...Wanginya rambut kau. Semalam kita dah jadi suami isteri dalam erti
kata yang sebenar. Betul kau tak ingat?” Bibirnya menguntum senyum yang sanggat
menawan.
Aku
mula terasa kelopak mataku hangat. Apakah, aku dan dia sudah... ahhh....kenapa
harus terjadi perkara itu. Aku tak cintakan dia. Tapi, betulkah aku tak cinta
padanya? Aku mendongak membalas renungannya. Dia terkejut. Aku gigit bibir
menahan tangis. Akhirnya aku tutup muka dengan kedua-dua tanganku.
“Errr..Kenapa kau menangis?” Soalnya pelik. Aku gigit bibir menahan suara
dari keluar. Bimbang Kak Rina akan mendengar esak tangisku.
“Mawar...kenapa ni?” Aku berpaling ke arah lain. Aku sedih sangat. Mengapa?
Aku tidak tahu.
“Heiii...kenapa ni?” Sekali lagi dia bertanya dan duduk berlutut
disebelahku. Aku terus menyembunyikan wajah ku. Kali ini, aku tutup mukaku
menggunakan bantal kecil pula. Aku malu padanya.
“Mawar..okey...okey. Aku minta maaf. Semalam takde apa-apa yang terjadi
antara kita.” Aku tersentak lantas memandang wajahnya.
“Apa maksud awak?” Aku bertanya dalam suara yang tertahan. Dia tersenyum
kecil.
“Aku tolong urut je. Aku tak buat lebih-lebih,” Aku gigit bibir sambil
menjeling tajam wajahnya yang pucat itu.
“Betul?” Soal ku inginkan kepastian. Dia angguk kepala.
“Kalau terjadi pun, bukan berdosa. Kita dah kahwin,” Dia bersuara selamba
setelah melihat aku sudah berhenti menangis. Aku berdiri tegak dan mencapai
bantal lalu memukul badannya menggunakan bantal tersebut. Dia berusaha mengelak
dan tergelak ceria.
“Padan muka. Suka sangat usik saya,” Aku memarahinya. Dia hanya tersenyum
dan terus keluar dari bilik tidur. Aku pula mengeluh lega. Tapi, apa yang dia
cakap memang betul, kalau terjadi pun, bukannya kami buat dosa. Aku dan dia
suami isteri yang sah. Malangnya, aku masih belum dapat menerima dia sebagai
suami. Berdosakah aku?
*************************
“Mawar..” Aku angkat muka.
“Ye?” Wajah Kak Rina mencuka. Ditangannya terdapat mangkuk dan juga sapu
tangan.
“Nah!! Ambil ni. Tu, suami kau tu, apasal lebam sana lebam sini. Kalau ye
pun, kau benci kat dia, janganlah belasah dia ikut sedap hati kau je. Berdosa
tau tak.” Aku telan liur. Apa kes???
“Mawar belasah dia? Bila masa pulak ni?” Aku tayang muka tak puas hati. Ni
mesti suami aku yang pandai reka cerita untuk menagih simpati kakak aku.
“Tengok je dah tahu. Dah, tak payah nak buat drama kat sini. Kau bawak ni,
tuam kat lebam dia tu. Ada suami, tak dilayan, tak dijaga dengan elok-elok.
Esok-esok, kena tinggal baru nak menangis terlalak terlolong.” Kak Rina dah
mula membebel. Baik aku blah.
“Kak, bukan terpekik terlolong ke?” Aku sempat bertanya setelah beberapa
langkah menjauhi kakakku. Bimbang pula, kalau aku yang dapat lebam sebiji kat
muka. Kakak aku kalau marah, tangan dia cepat je sampai.
“Sama je. Kalau kau nak terpekik kat sini, lawan lagi cakap aku. Aku bagi
kau dua biji. Lagi teruk dari Sham punya.” Aku terus geleng kepala dan berlalu
menghampiri Ishamudin yang sedang bersandar di sofa. Tanpa amaran sapu tangan
yang berisi ais itu mendarat di dahi Ishamudin. Hampir melompat dia dibuatnya.
Aku tergelak dan terus menekan tanpa menghiraukan Ishamudin yang menjerit kesakitan.
Aku tergelak lagi.
“Macam budak-budak.” Kutukku. Dia menjeling tajam.
“Ini ke tanda terima kasih sebab tolong kau semalam?” Aku mencebik.
“Bukan. Ni tanggungjawab saya sebagai isteri awak,” Aku berkata selamba.
Dia tersentak. Wajahnya pucat. Kenapa? Aku salah cakap? Tanpa mempedulikan dia
yang terus mendiamkan diri, aku melakukan kerja dengan tenang. Kalau mulut dia
bising, aku tak dapat tumpukan perhatian pada kerja. Yelah. Asyik membebel, menjerit
dan mengata aku.
“Kat mana lagi sakit tu?” Aku bertanya terus tanpa memandang wajahnya.
Tiba-tiba terasa malu pulak. Yelah, baru aku perasan, matanya dari tadi
merenung wajahku.
“Err...Kita masuk bilik, boleh?” Aku kerutkan dahi. Apasal pulak kena masuk
bilik? Tak boleh buat kat luar je ke?
“Kenapa?” Aku bertanya acuh tak acuh.
“Malulah kalau Kak Rina tengok.” Aku kerutkan dahi. Apasal malu pulak ni?
Dia terus berjalan menuju ke bilik. Aku mengekorinya dari belakang. Sebaik
sahaja sampai di bilik, dia terus membuka baju.
“Erkkk...Ni buka baju apahal?” Aku dah kalut.
“Badan aku sakit. Kuat jugak kekasih kau bagi penumbuk kat aku semalam.
Tengok, sampai lebam perut aku.” Aku gigit bibir. Memang teruk. Kesan biru
dibadannya jelas kelihatan walaupun kulit dia agak gelap.
“Apa pulak kekasih saya. Awak ni. Suami yang sorang ni pun tak terlayan.
Beranganlah nak pasang lebih,” Dia tersengih.
“Dia cuba nak sentuh kau. Aku ni suami kau. Mestilah aku marah kalau ada
lelaki lain yang cuba nak sentuh isteri aku.” Aku mencebik. Selalu tak kisah
pun. Sengaja nak menang. Semua yang berkaitan dengan aku dia nak rampas. Aku
tekan kuat-kuat dibahagian belakangnya.
“Arghhhh...Mawar. Sakitlah.” Aku tersengih.
“Sorry. Tak sengaja.” Aku berpaling ke arah lain. Senyuman puas terukir
dibibir. Dalam hati bersorak riang. Padan muka.
“Sengajakan?” Aku angkat kening. Tapi bila tiba bahagian perut. Aku gigit
bibir. Tak sanggup nak tengok lama-lama perut pak cik ni. Dadanya bidang, otot
dada dan perutnya jelas kelihatan....fuhh...Boleh tahan. Mengalahkan Rain,
penyanyi Korea tu. Aku serba tak kena. Dia pula santai berbaring sambil
kedua-dua tangannya berada di belakang kepala. Macamana ni. Aku ni perempuan
normal. Naluri ingin dibelai dan membelai tiba-tiba datang menyinggah tanpa dijemput.
Aku berusaha berlagak biasa tetapi aku tetap tak mampu nak berlagak biasa.
Jantung semakin kuat berdegup.
“Kenapa muka kau merah? Tergoda ye.” Aku menjeling tajam wajahnya. Dia
angkat kening kemudian kenyitkan matanya padaku. Ni yang buat aku tak senang
duduk. Silap hari bulan ada yang kena peluk sekejap lagi. Aku gigit bibir.
“Berangan.” Aku tekan dengan kuat sekali. Menjerit sekali lagi dia dibuatnya.
Wajahnya jelas menunjukan rasa tak puas hati. Tapi hanya seketika dan dadaku
berdebar kencang bila dia menarik kepalaku. Sekarang kepalaku berada didadanya.
Aku cuba untuk mengelak, namun tidak berjaya.
“Lepaslah. Awak ni kenapa?” Aku berusaha melarikan diri darinya.
“Sekejap je. Esok kita keluar jalan-jalan ye. Rindu rasanya nak habiskan
masa dengan kau. Macam kat Sabah hari tu,”
Aku terdiam. Haruskah aku terima pelawaannya?
“Yelah rindu. Entah-entah dia dah
lupakan kita.”
“Kau nak kena cium?” Aku terus
menutup mulutku.
“Siapa suruh marah orang hari tu.
Kan, elok kalau bertanya. Ini tak, suka sangat nak serkap jarang.” Marahku. Dia
tersengih.
“Aku tak kenal abang kau tu. Kau
pun salah jugak. Telefon ditinggal kat bilik. Macam tak nak aku ganggu masa kau
dengan dia.”
“Orang terlupalah. Nak naik ke atas
rasanya tak sempat lagi. Takut lewat pulak. Dah tu, yang awak tak angkat
telefon bilik tu kenapa?”
“Aku tak dengar pun bunyi telefon.”
Aku mengeluh.
“Kita keluar esok ye?” Lembut
sekali suaranya ditelingaku.
“Awak ajak saya dating ye?” Dia
ketuk kepalaku perlahan.
“Sakitlah. Teruklah hobi baru awak ni.” Dia tersengih.
Aku cubit perutnya. Dia menjerit kesakitan. Padan
muka. Suka sangat ketuk kepala aku. Walaupun tak kuat, tapi, tetap juga sakit.
Aku gosok kepalaku.
“Bukanlah. Aku nak kau bayar upah aku tolong urutkan pinggang kau malam
tadi.” Aku angkat muka memandang wajahnya. Dia angkat kening. Aku mencebik.
“Eleh!! Ye ke awak tolong urut,kan? Semalam, pinggang saya taklah sakit
sangat.” Aku menjawab lagi.
“Tak kira. Kau mesti temankan aku jalan-jalan esok. Kalau tak, kau temankan
aku malam ni?”
“Yelah..yelah. Lepaslah,” Aku menjawab kasar.
“Betul kau nak temankan aku malam ni?” Aku karutkan dahi.
“Temankan apa pulak ni? Yang mana satu betul ni? Sekejap kata keluar
jalan-jalan, lepas tu nak temankan malam ni pulak? Awak main-mainkan saya?” Aku
merungut. Mata pulak merenung tajam padanya. Wajahnya tetap selamba.
“Kalau kau temankan aku malam ni, kita check
in di hotel je malam ni?” Aku kerutkan dahi.
“Nak buat apa pulak kat hotel tu?” Pelik betul laki aku ni. Takkan ada
gegaran otak semalam?
“Kita raikan malam pertama kita di hotel. Nak tak?” Aku dapat rasakan
wajahku membahang.
“Apa yang awak merepek ni? Hiss..” Aku menolak keras badannya dan terus bersedia
untuk beredar.
“Yelah. Esok kita keluar. Tapi, petang ni ikut aku balik rumah sewa. Ambil
baju untuk malam ni dan esok.” Ucapnya perlahan dan menarik semula kepalaku
supaya melekap di dadanya.
Aku
mengeluh lemah namun membiarkan dia mengusap kepalaku. Aku terleka mendengar
degupan jantungnya yang kadangkala tenang, kadangkala tidak menentu. Ketika aku
hampir terlena melayan alunan degupan jantungnya, aku tersentak bila terasa
tangannya mula menggosok belakang tubuhku.
“Err...Awak, saya nak keluar ni. Nanti kakak bising pulak.” Aku berusaha
melepaskan diri dari pelukannya.
“Okey. Jangan lupa, esok kita keluar jalan-jalan. Petang nanti kita ke
rumah sewa aku. Errr...Mawar, ada baju dan seluar panjang tak? Tak selesalah
pakai baju ni. Dah bau semacam,” Katanya sambil melepaskan pelukannya dengan
wajah yang aku tak dapat nak menekanya. Aku terus bangkit dari tempat tidur dan tanpa berpaling aku terus menuju ke almari
pakaianku. Beberapa helai t-shirt aku keluarkan.
“Baju saya ni kecil je. Cubalah, okey atau tak dengan awak?” Dia
menghampiriku. Satu persatu bajuku dicubanya. Semuanya baju ketat-ketat.
Akhirnya dia mencapai baju t-shirt hitam yang agak longgar dan membelek pula
seluar track suit aku yang tersusun kemas di dalam almari.
“Ok. Yang ni sesuai.” Dia tersenyum dan terus mencapai kain tuala. Aku
terus keluar dari bilik tersebut. Panas. Aku sentuh pipi yang terasa panas.
Entah macam manalah rupa Ishamudin bila pakai pakaian aku.
********************************
p/s : selamat membaca semua...
4 catatan:
Hihihi...lawak la Mawar nih..bc citer ni bbyk kali pun x borink..
Tq cik writer :)
best!! cayalah !!
-aKIF
weeee..
dia da start da..
:)
xsabar tgu chap 35...huhu..sll dah ade n3 br..arini dah brp kali ngendap blog ni...hihihi
Post a Comment