Followers

Thursday, December 1, 2011

Jangan kau Pergi 27 (Akhir)


“Mana boleh. Saya nak jaga Alif.” Hafiya berkata marah. Elman tersenyum.


“Abang tahu Fiya sayangkan Alif. Tapi, Abang Arif lebih berhak terhadapnya. Fiya masih boleh menjenguknya. Abang yakin, kali ini mereka akan jaga Alif dengan baik.” Elman peluk tubuh isterinya.


“Abang tahukan saya sayangkan Alif. Sayang sangat-sangat. Macamana kalau mereka mengabaikannya?” Elman renung jauh ke dasar mata Hafiya untuk memberi kekuatan pada isterinya.


“Sangat tahu. Tapi, lebih baik kita gunakan peluang ini untuk kebaikan kita semua.” Hafiya mendiamkan diri.


“Keadaan Fiya sekarang ni sangat lemah. Baby dalam kandungan Fiya perlukan perhatian lebih. Kalau Fiya risau dengan keadaan Alif, menjaga Alif lagi, abang takut perkara lain pula yang terjadi.” Hafiya usap perutnya. Doktor menasihatinya supaya berhati-hati memandangkan keadaan rahimnya yang lemah.


“Fiya sayang anak kita.” Elman tersenyum.


“Sebab itu abang nak Fiya tumpukan perhatian pada anak kita. Tentang Alif, Fiya jangan risau. Abang Arif dan Kak Sal mampu jaga dia. Lagipun, Kak Sal dah berhenti bekerja untuk menjaga Alif. Nanti, ada masa kita jumpa Alif. Okey?” Hafiya angguk kepala.


“Fiya, abang ingat, sebelum perut Fiya semakin besar, kita patut buat majlis persandingan kita yang tergendala tu.” Hafiya pandang wajah Elman. Elman tersenyum dan angguk kepala.


“Tapi....” Hafiya sebak. Dia ingin Nurina bersamanya ketika mereka bersanding.


“Kalau Fiya belum bersedia, tak mengapa. Kita tangguhkan dulu.” Elman tepuk tangan isterinya. Hafiya termenung seketika. Jauh disudut hati dia memang inginkan perkahwinan yang meriah seperti gadis-gadis lain.


“Bila abang nak buat?” Akhirnya dia bersetuju. Elman berpaling merenung wajah isterinya.


“Betul?” Hafiya angguk kepala. Elman terus memeluk tubuh isterinya.


“Akhirnya abang akan bersanding dengan Fiya. Biar semua orang tahu Fiya isteri abang. Takdelah abang rasa tergugat kelak.” Hafiya kerutkan dahi.


“Apa maksud abang?” Elman tersengih.


“Abang tak suka tengok cara mereka kat pejabat tu pandang Fiya. Abang cemburu.” Hafiya pukul lembut dada suaminya.


“Itu pun nak cemburu. Fiya hak abang sorang. Hanya Allah S.W.T yang dapat memisahkan kita.” Ucapnya luhur. Elman tersenyum bangga.


“Terima kasih sayang.” Hafiya mengeluh lega.


**************************


“Wah!!! Handsome anak ibu.” Hafiya cium pipi Alif. Alif hanya merenung wajah Hafiya. Tangannya leka bermain alat mainan yang dibeli oleh Elman beberapa hari lepas. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hafiya dan Elman akan bersanding setelah tiga bulan kemalangan tersebut berlalu.


“Fiya, dah sedia?” Hafiya tersenyum melihat wajah ceria ibu mertuanya. Pn.Mariam tersenyum lebar melihat wajah ceria menantunya.


“Sudah mama. Tapi...” Hafiya terdiam seketika. Pn.Mariam kerutkan dahi.


“Tapi apa?” Soalnya pelik. Hafiya mengeluh lemah. Tangannya mengusap perutnya yang semakin membesar. Pn.Mariam tersenyum.


“Takpe. Menantu mama tetap cantik walaupun dengan perut yang besar.” Hafiya tersipu malu. Matanya terarah pada Alif.


“Alif, ibu cantikkan?” Pn.Mariam bertanya pula pada Alif. Alif angkat muka dan memandang lama wajah Pn.Mariam kemudian dia memandang pula wajah Hafiya. Alif menghampiri Hafiya dan memeluk Hafiya. Tersentak Hafiya dibuatnya. Begitu juga Pn.Mariam.


“Sayang anak ibu. Tak lama lagi, Alif akan dapat adik tau.” Hafiya usap pipi gebu Alif. Setitis airmata jatuh ke pipinya. Walaupun sudah tiga bulan berlalu, keadaan Alif masih tidak berubah. Cuma kadang-kadang Alif selalu memeluknya jika mereka datang ke rumah.


“Fiya jangan sedih. InsyaAllah dia akan sembuh. Kita serahkan pada Allah S.W.T.” Hafiya angguk kepala.


“Dah sedia?” Hafiya angguk kepala.


“Sekejap lagi majlis nak mula.” Hafiya tersenyum. Keadaan rumah banglo tersebut penuh sesak. Semua pekerja di syarikat dijemput hadir. Pn.Mariam sengaja mahu majlis dibuat di rumah mereka memandangkan hanya Elman seorang anaknya.


Majlis persandingan berjalan dengan lancar. Riak gembira jelas terpancar diwajah pengantin. Elman tidak pernah melepaskan tangan Hafiya. Betapa gembiranya dia saat itu. Semua yang hadir memuji pasangan pengantin yang sama cantik sama padan.


“Kaira, terima kasih sebab datang jugak” Elman tersenyum pada sahabatnya. Kaira turut sama tersenyum dan menghampiri Hafiya.


“Wah!!! Memang cantik isteri kau. Patutlah tak senang duduk dibuatnya.” Elman tersipu malu. Hafiya pandang wajah merah suaminya. Tersenyum dia melihat wajah suaminya ketika itu. Nampak comel sangat.


“Ini kali pertama kita berjumpa. Tahniah!!!” Hafiya menyambut tangan Kaira dan membalas senyum wanita cantik itu.


“Terima kasih.” Hafiya terus tersenyum.


“Kau datang sorang je?” Kaira angguk kepala.


“Ye. Nak buat macamana. Sekarang aku dah single.” Kaira berkata selamba.


“Aih!!! Mana suami kau?” Elman bertanya pelik. Mereka berjalan menuju ke meja makan.


“Kami dah berpisah,” Kaira berwajah selamba.


“Apa??? Betul?” Elman terkejut. Hafiya lagilah terkejut.


“Ye. Dia dah kahwin lain.” Hafiya genggam erat tangan Kaira. Kaira membalas dan tersenyum.


“Terima kasih Fiya. Saya tak apa-apa. Kalau Elman curang, cepat-cepat lapor pada saya. Biar saya bagi dia 3,4 bijik.” Hafiya tersenyum dan angguk kepala.


“InsyaAllah aku tak macam tu. Aku dah serik. Terlalu banyak perkara yang terjadi sejak 2 tahun kebelakangan ni.” Elman tarik tubuh isterinya dan memeluknya erat.


“Doaku sentiasa mengiringi kalian berdua.” Elman dan Hafiya tersenyum.


“Jemputlah makan.” Hafiya menghulur pinggan berisi nasi kepada Kaira.


“Bertuahnya aku, dapat makan nasi yang pengantin sediakan.” Elman mencebik.


“Fiya, abang nak jugak,” Hafiya menjeling sekilas wajah nakal suaminya.


“Abang nak Fiya suap sekali?” Hafiya bertanya selamba. Kaira tergelak melihat wajah kelat Elman.


“Hai, kalau nak minta pujuk, tunggulah majlis ni habis dulu.” Elman tersengih. Dia sudah biasa bergurau dengan Hafiya. Kerana sikapnya itu juga, Hafiya kurang memikirkan tentang Nurina.


“Dia memang selalu macam ni?” Hafiya angguk kepala. Kaira tersenyum lagi.


“Manja. Macam budak-budak. Kasihan Fiya, nanti lahir lagi baby tu, tak larat lah Fiya nak melayan kerenah manja kau tu,” Elman jungkit bahu.


“Tak kisah.” Jawabnya perlahan.


Mereka bertiga berbual panjang memandangkan Kaira adalah tetamu terakhir mereka. Setelah selesai bergambar dan berbual kosong, Kaira minta diri untuk pulang. Begitu juga Arif dan Salimah.


“Terima kasih sebab sudi datang,” Elman bersalaman dengan Arif.


“Memang patut pun kami datang. Terima kasih sebab terima Hafiya seadanya.” Arif berjabat tangan dengan Elman.


“Terima kasih sebab lepaskan dia dulu. Dan, saya sangat bertuah sebab menjadi suaminya.” Arif dan Elman berbalas senyum. Tiada dendam dihati mereka. Arif sayangkan Hafiya seperti dia sayangkan adiknya sendiri.


“Terima kasih. Nanti jumpa lagi.” Hafiya peluk tubuh Kaira. Kaira angguk kepala.


“Sama-sama. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa hal, kita berjumpa lagi.” Kaira masuk ke dalam kereta dan terus berlalu setelah bersalaman dengan tuan rumah.


“Alif, salam ibu,” Hafiya menghampiri Alif. Anak kecil itu tetap melakukannya tanpa banyak soal. Hafiya tersenyum dan mencium pipi Alif. Begitu juga Elman.


“Saya papa,” Elman mencium pipi Alif. Kemudian En.Ezhan dan Pn.Mariam pula mencium pipi anak kecil itu. Rindu mereka pada telatah nakal Alif.


“Okey. Kami pergi dulu. Alif mari masuk,” Salimah membuka pintu kereta untuk Alif.


********************************

“Lega rasanya. Fiya nak pergi honeymoon tak?” Hafiya kerutkan dahi.


“Honeymoon? Tak payahlah. Tak nak susahkan Abang El.” Elman memeluk bahu isterinya.


“Apa pulak susah. Kita honeymoon di kampung. Nak tak? Kita bawa Alif sekali. Mana tahu dapat pulihkan ingatan dia,” Hafiya terdiam seketika.


“Bagus jugak tu. Fiya dan Elman berehat di kampung dulu. Tentang hal syarikat, nanti papa uruskan.” Hafiya pandang wajah suaminya.


“Fiya ikut je. Ke mana abang pergi, Fiya akan ikut,” Elman tersenyum bangga.


“Sayang isteri abang,” Ucapnya bangga. Pn.Mariam mencebik.


“Dulu tak sayang, sekarang dah tak dapat berjauhan pulak.” Elman tersengih.


“Dulu lain. Mama ni, mama dulu pun marahkan El sebab kahwin dengan perempuan yang tak dikenali. Bila dah kenal, terus paksa El terima Fiya.” Hafiya hanya tersenyum. Semua itu sudah diketahuinya sejak hubungan mereka pulih.


“Dah kamu cakap yang bukan-bukan tentang Fiya, tentulah mama takut anak mama ni tak bahagia. Tapi, bila jumpa Fiya hari tu, mama rasa, El yang tak layak untuk dia,” Hafiya tergelak melihat wajah kelat suaminya.


“Apa pulak tak layak?”


“Menantu mama ni, sangat baik hati. Lepas kena cerai, masih juga jaga budak-budak tu. Kalau anak dia sendiri, tak mengapa jugak, ni mereka tu anak saudara dia. Nasib baik ada ayah kamu ni. Kalau tak, menyesal tak sudah kita dibuatnya.” Hafiya pandang lembut wajah suaminya yang sedang menggenggam erat jari jemarinya.


“Fiya pun rasa tak layak bersama abang dulu. Yelah, siapa yang nak kahwin dengan janda beranak dua,” Hafiya tergelak kecil.


“Dulu abang ingat Alif dan Ina memang anak kandung Fiya. Sampai, abang fikir, Fiya menyara mereka dengan cara tak halal. Maafkan abang,” Hafiya pandang wajah suaminya.


“Cara tak halal?” Elman tersengih.


“Yelah. Masa tu, abang kecewa sangat sebab kena tangkap basah. Lagipun, abang baru je mula mengajar kat kampung tu, tiba-tiba nama tercemar. Nasib baik tidak kena tindakan disiplin.” Hafiya tetap menjeling tajam wajah Elman.


“Tak patut abang bersangka buruk. Kan elok, kalau bertanya.” Marahnya.


“Err...Macamana nak bertanya kalau tengah marah?” Elman angkat kening.

Hafiya hanya tersenyum. Elman menggenggam erat jari jemari isterinya. Setiap perkara yang berlaku menjadikan hubungan mereka bertambah erat. kini, dia tidak kisah jika orang berbicara tentang perkahwinannya atau apa saja tentang mereka kerana mereka semakin kuat dan cekal menghadapi apasaja dugaan yang mendatang.


Bagi Hafiya pula, dia sudah melupakan semua perkara yang mengguris hatinya. Kini dia hanya perlu menjaga dan membesarkan anak yang dikandungnya. Tidak lupa juga untuk membahagiakan orang-orang yang disayanginya. Tangan Elman diciumnya.


" Fiya cintakan abang," Elman tersenyum bangga.


-Tamat-




11 catatan:

blinkalltheday said...

eppy nding..yey2..

YONG JIAO XIU said...

happy ending tp mcm pendek je. hahaha ok sorry, over mintak plk. hurm tak nak sambung 1 episod lagi ke?hehehe

MaY_LiN said...

nak lagi

MaY_LiN said...

nak lagi

Anonymous said...

anak dia x sembuh lg..sambung la lg...mcm tergantung pun ye gak...sambung lg....

kaira_syuma said...

InsyaAllah...sedang usahakan untuk cari idea yang best utk buat n3 terbaru...

zawani mukhtar said...

apa jdi dnn mastura

kaira_syuma said...

zawani, sedang berusaha utk JKP 2..dlm tu nanti InsyaAllah ada kisah semua yg tertangguh tu..

nni said...

habis sudah maraton baca crite ni.. best sgt n sgt suka bila happy ending.. he

fazi syah said...

best sangat..wuuu..cair..hehe

writer mmg berbakat :)

Anonymous said...

betul...betul...macam tergantung stroy ni,sambunglagila....apa jdi mastura?apa jadi alif?pelajaran di U n ambil alih peniagaan n baby girlke..baby boyke?,anak angkat puan mariam?